MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)
~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuc i gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.
Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Menghitung hari sebelum aku melangsungkan perkahwinan tapi bulan nie merupakan bulan yang paling busy sebab banyak kerja sebagai pensyarah modul & penyelaras exam yang perlu disiapkan, memang rase macam tak cukup masa, apa nak buat, amanah yang dipertanggungjawabkan perlu diselesaikan, hal kawin dah masuk no.2. Sekarang pun masih mencari-cari sapa yang nak ganti aku jadi penyelaras exam masa dah nak kawin nanti, kalau ade sesiapa yang begitu baik hati & berminat, pertolongan anda amat-amat saya hargai …..huhuhu…(tengah pening kepala mencari pengganti ). Dapat pahala besar siapa yang tolong orang lain membina masjid nie.. ;)
Bila nak kawin nie?!! beberapa sahabat dah mula tanya.
Member : Kenapa pada kad jemputan tertulis “UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN” bukannya “UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN”…. (Aku dah agak dah, mesti soalan tu akan ada yang bertanya…
So, aku bagitau la, kalau di Kelantan, “UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN” atau apabila kad tersebut tertulis undangan “walimatul urus”, that mean semasa majlis perkahwinan tersebut, seelok-eloknya tetamu yang hadir hulurkanlah sedikit wang ringgit (biasenya RM5, RM10 atau RM50) seikhlas yang mungkin untuk membantu meringankan bebanan kewangan oleh pihak pengantin masa bersalam nak balik(kita panggil “salam kaut”). Then, biasanya mereka akan diberikan “door gift” untuk di bawa pulang.
Kalau “UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN”, sama juga bezanya tetamu yang datang menjamu selera cuma tiada “salam kaut” (dorang pun tak perlu hulurkan wang masa salam nak balik tu, hadiah pun kalau bole aku xnak, aku nak dorang datang memeriahkan jer.huhuhu).
Pastu, kawan aku ni tanye lagi,
Member : “Lepas “MAJLIS KESYUKURAN” tu, baru akan diadakan “MAJLIS PERKAHWINAN” ke?”
Aku : Takdela, “MAJLIS KESYUKURAN” tu same je dengan “MAJLIS PERKAHWINAN” .
Member : Jadi, MAJLIS KESYUKURAN tu same la dengan KENDURI KESYUKURAN?
Aku :KENDURI KESYUKURAN tu biasenye ade seperti bacaan doa selamat, solat hajat dan sebagainya contohnya baru menimang cahaya mata, meraikan kejayaan dan sebagainya. Tapi kalau UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN bermaksud jemputan untuk majlis perkahwinan.
Member : Kalau macam tu, MAJLIS KESYUKURAN tu ade doa selamat ke? So, takde bersanding?
Aku : Yang tu terpulang kepada pihak pengantin jika nak adakan doa selamat atau tidaksebelum/selepas majlis perkahwinan tu…Saya memang tak adakan bersanding, tapi pelamin memang disediakan tu pun bergambar kenangan bersama keluarga & tetamu. Kalau bersanding pun, cuma untuk tontonan keluarga yang terdekat sahaja, bukan untuk tontonan umum.hahaha…. (Memang pun aku taknak adakan walaupun member-member ramai yang bersanding, upacara menepung tawar pun aku memang taknak adakan… Sebabnya… “No comment”, sensitive, aku tak nak ulas di sini ;-)
(Selepas aku jawab soalan-soalan tu, aku mula terasa pening-pening lalat, susah jugak nak terjemah bahasa sastera nie..Anyway, thanks sebab bertanye ;-)..
Aku bukan ape, kekadang aku kesiankan orangyang datang daripada jauh, mana hendak bayar duit minyak nak datang majlis lagi, kalau hari tu ade 5 tempat majlis perkahwinan, sure dah berapa dah duit minyak keta dorang. Kalau seminggu, dah berapa RM dah kalau setiap hari dorang ada undangan. Lepas tu, kalau dorang kena hulurkan duit masa hendak pulang tu, dah berapa RM dah duit dorang kena belanjakan. Kalau dorang daripada golongan sederhana, lagi la kesian… Dulu ada sorang pakcik mengadu yang untuk bulan tu dia kena standby paling kuran RM500 untuk menghadiri kenduri selama 10 hari, satu hari dia dijemput ke 3-5 kenduri, kesian plk aku dengar. So, aku niat daripada dulu, aku tak nak tetamu aku yang datang tu bersalam kaut. Jadi, pada kad aku tu aku letakkan “UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN” yang bermaksud, tetamu yang datang cuma datang menjamu selerasahaja, bagi aku doa mereka dah cukup bermakna. Cuma untuk kenduri aku nie, setiap tetamu yang datang akan diberikan “door gift” (ada sepucuk surah Yassin & beberapa gift lain). Sebab duduk satu kawasan perumahan, insyaAllah semua akan dijemput tambah plak ayah aku dilantik sebagai pengerusi taman tu...
Untuk Majlis Perkahwinan aku nie, tak adela aku plan nak buat grandsangat, cukup la yang sederhana tetapi meriah & mendapat keberkatan daripada-Nya.Apa yang aku dah plan?!! Tunggu selepas majlis kawin nnti(^_^). Cuma kekadang tak senang duduk juga bila beberapa kawan bertanya kenapa wang hantaran tinggi? Aku bagitau la, tu permintaan drp pihak perempuan & aku setuju sebagai hadiah aku kepada pihak perempuan tetapi dengan syarat, wang tersebut sebahagian besarnya seeloknya disimpan sebab susah tau aku nak mengumpul duit tu..huhuhu… Then, tunang aku pun dah bersetuju sebagai simpanan/pelaburan dirinya pada masa akan datang. (Jika di Kelantan, kebiasaannya sebahagian kos kenduri ditanggung oleh keluarga pihak perempuankerana bagi ibu bapa, itulah masanya mereka ingin menyumbangkan sesuatu kepada anak perempuan mereka. Kekadang ada juga saudara mara yang bermurah hati menyumbangkan sorang satu par).
Setiap negeri mempunyai keunikan yang tersendiri mengenai Majlis Perkahwinan. Semasa di Johor dulu, memang aku pun sukakan majlis di sana, memang cukup meriah & berbeza daripada tempat aku sampai la ke malam. Johor bagi aku kaya dengan seni budayanya yang tersendiri. Bila malam, majlis di meriahkan dengan pelbagai acara seperti karaoke & pelbagai acara lain yang menarik.
Kalau di Kelantan,semasa majlis berlangsung, majlis akan dimeriahkan dengan persembahan silat, tomoi/muay thai, persembahan dikir barat (dah ade beberapa orang offer diri nak bersilat masa majlis nanti.hahaha), persembahan tiupan serunai & pelbagai persembahan lain. Pada malamnya, akan diadakan persembahan seperti Dikir Barat.
Kekadang, di sesetengah tempat akan diadakan bermarhaban, berzanji dan nasyid.
Bila menjejakkan kaki ke Sabah, first time pergi kenduri kawin, memang aku tengok memang betul-betul cukup meriah (masa kursus pra perkahwinan kat JHEAINS/MUIS hari tu, penceramah/imam tu bagitau purata wang hantaran di sini tak kurangdaripada RM15 ribu, bagi aku that’s why majlis kat sini begitu meriah ;).
Menurut kawan aku, di Sabah nie memang meriah. Contohnya, malam pertama sebelum Majlis Perkahwinan, memang meriah suasana di sini dengan ramai orang berkumpul, bermain game (seperti domino rase, tu pun kalau aku tidak silap) & siapa yang menang game tu akan dapat hadiah. Bila majlis berlangsung, memang cukup meriah cuma aku tak berkesempatan untuk pergi ke majlis perkahwinan di sini pada sebelah malam sebab orang lame yang aku kenal di sini cakap, majlis kat sini paling meriah ialah pada sebelah malam.
Aku pun baru nak study Majlis Perkahwinan di Sabah nie, so takde la banyak sangat info yang aku tau, sorry kalau tersilap ;-)
Hardy Boy : Setiap negeri ade keunikan Majlis Perkahwinan yang tersendiri . Setiap individu mempunyai hak masing-masing bagaimanakah mereka ingin meraikannya (^_^).
: Hopefully mimpi-mimpi ngeri tunang aku yang berulang kali tu tidak menjadi kenyataan. Nauzubillah...
Minggu depan, Selasa akan diadakan mesyuarat pertama jawatankuasa Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi. Boss ku ada memaklumkan aku baru nie tentang beberapa rangka kerja/pelan yang akan dimaklumkan dalam meeting nie, memang cukup berpandangan jauh idea KJKK ku ini. InsyaAllah, akan terlaksana tetapi dengan kerjasama daripada semua ahli organisasi. Bagi aku(setelah dilantik sebagai Koordinator Penyelidikan), idea beliau cukup hebat & memberikan faedah merangkumi diri pensyarah sendiri, para pelajar, staf2 kolej, masyarakat setempat, Tawau dan kolej komuniti. Aku memang cukup berminat tetapi tak tau la ape reaksi JK yang lain, just wait & see...
Bagi aku setiap tempat mempunyai keisteimewaan & kekurangan yang tersendiri. Bagi aku juga, Tawau pun tak la dalam ketegori seteruk dalam tu sebab aku pernah bekerja di beberapa tempat di semenanjung Malaysia yang lagi menggerunkan, ibarat menggadai nyawa tapi disebabkan ingin mencari sesuap nasi, adakala itu semua perlu diharungi & risiko perlu ditanggung. Lokasi/daerah yang tunang aku sedang mengajar sekarang nie pun, memang merupakan BLACK AREA, kes jenayah & pembunuhan dilaporkan setiap hari, lagipun tempat tersebut memang parah dengan isu perkauman. Tunang aku plk perempuan, hopefully dia tidak menjadi salah seorang mangsa jenayah di sana. Masuk je daerah /bandar tu, aku rasakan bahawa aku berada di negara yang lain & dorang pun layan kita semacam je. Kat bandar tu pn, memang rasa seperti pendatang, walaupun dorang yang wat silap/cari pasal, seeloknya kita yang mengalah.
Polis di bandar X tersebut pun memang surrender sebab balai polis tu memang cukup besar tapi jenayah yang dilakukan bagi aku tidak mampu dikekang oleh penguatkuasa tempatan. Macam-mcam jenayah ngeri dilaporkan, pernah tu ada seorang mangsa jenayah digantung di atas pokok di depan sekolah tunang aku.