Biasela, semenjak menceburi bidang sebagai Blogger ini, pernah juga beberapa kali saya menerima komen-komen yang tidak bersetuju dengan pandangan saya. Yang menghina Islam pun ada cuma kalau yang itu, malas nak peningkan kepala, saya delete je sambil menarik nafas.hehehehe...
Dalam entry saya terdahulu
>>> HARAMKAH BERCINTA / BERCOUPLE ???
dan
>>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
ada juga wanita yang tidak bersetuju dengan pandangan saya apabila saya menasihati wanita agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, bukan sekadar mengamalkan konsep taaruf, berkenalan secara ringkas dan tanpa berfikir panjang terus mengahwini lelaki idaman dengan hanya bertawakkal kepada Allah kononnya untuk menjauhi maksiat.
Mereka sebenarnya silap, bagi saya tak salah untuk mereka mengamalkan konsep Taaruf tetapi pada zaman yang serba mencabar pada masa kini, mereka juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup SEMASA MENGAPLIKASIKAN KONSEP TAARUF dan menjauhi segala YANG HARAM SEMASA BERKENALAN terutamanya bakal suami kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada keluarga nanti, jika pincang Nakhodanya, mungkin pincanglah kapal sesuatu rumahtangga atau institusi rumahtangga dalam menghadapi pelbagai badai dan ribut taufan di lautan nanti.
Pengalaman saya bekerja dalam bidang Perhubungan Awam sebagai seorang Jurutera Projek suatu ketika dahulu memberikan saya pengalaman berharga menemui pelbagai kategori lelaki yang
BERTOPENGKAN MANUSIA, BERHATI SYAITAN dengan
KATA_KATA MANIS YANG BOLEH MENGGUGAT HATI SEORANG WANITA (tetapi dalam masa yang sama, ada juga lelaki yang baik akhlak dan budinya, berhati MULIA...).

Mungkin ada yang mengatakan, hanya 2-3 orang sahaja yang berperangai buruk sedemikian, tetapi tiada jaminan bahawa mungkin keluarga atau orang yang kita sayangi disekeliling kita mengahwini LELAKI jenis ini lantaran sikap mereka yang tidak berhati-hati kerana tersilap konsep
TAWAKKAL (boleh bertawakkal tetapi dengan syarat seseorang itu perlulah berusaha gigih terlebih dahulu sebelum disusuli dengan BERDOA dan SETERUSNYA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH).....
Berikut merupakan salah satu kisah mengenali seorang LELAKI yang didakwa MENGGUNAKAN AGAMA DAN RUPA SEOLAH ALIM UNTUK MEMIKAT RAMAI WANITA UNTUK DIJADIKAN ISTERI SEBELUM MEREKA DITINGGALKAN (dikhabarkan bahawa sehingga kini LELAKI ini telah mengahwini 11 orang wanita sebelum ditinggalkan terkial-kial dan TERKAPAI-KAPAI)...
Sejauh manakah kebenarannya, sama-samalah kita nilai sendiri tetapi apa yang penting ialah
SEMUA WANITA HARUS LEBIH BERHATI-HATI DALAM MEMILIH PASANGAN HIDUP IAITU SUAMI jangan sampai
"SUDAH JATUH BARU NAK TERNGADAH"...
Tak sanggup lagi saya mendengar WANITA atau ISTERI yang terus dianiaya oleh SUAMI mereka...
[nasihat ini untuk adik-adik perempuan saya serta keluarga saya yang lain juga (^_^) ]
SAYA TERTARIK UNTUK BERKONGSI KISAH DI BAWAH.
SAMA ADA LELAKI DI DALAM KISAH DI BAWAH BENAR-BENAR BERSALAH ATAU TIDAK, KITA KETEPIKAN DAHULU SEHINGGALAH LELAKI INI DIADILI DI MAHKAMAH.
APA YANG PENTING IALAH PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL IKHTIBAR SUPAYA TIDAK MUDAH-MUDAH TERPENGARUH DGN LELAKI YANG BERLAKON ALIM YANG SEMEMANGNYA RAMAI DALAM MASYARAKAT KITA (YANG MEMANG TERANG-TERANG NAMPAK JAHAT, LAGILAH PERLU LEBIH BERHATI-HATI)...
HARDY BOY - SELIDIK DENGAN LEBIH MENDALAM SETIAP LELAKI YANG INGIN DIKAHWINI, BUKAN MAIN SERKAP JARANG JE....