
MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)
~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~
Wednesday, June 30, 2010
Thursday, June 03, 2010
Dosa-Dosa & Facebook

dipetik daripada http://www.zaharuddin.net

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
CADANGAN RANGKA KERJA JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI TAWAU.
Pada 11 Mei yang lalu, telah diadakan mesyuarat agung JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI TAWAU. Terdapat beberapa perancangan bagaimana Jawatankuasa ini dapat menyumbangkan sumbangan kepada para warga kolej, masyarakat setempat, masyarakat Tawau sehinggalah kepada peringkat kebangsaan. Disebabkan kekangan masa, insyaAllah aku selaku koordinator penyelidikan bersama jawatankuasa-jawatankuasa (yang bagi aku semuanya hebat), cadangan-cadangan tersebut akan mula dilaksanakan sebaik sahaja aku pulang bercuti bulan 6 ini.

CADANGAN RANGKA KERJA JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI TAWAU. 1. Ahli Jawatankuasa ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Penyelidikan boleh melibatkan penyelidikan berkenaan masalah social, pembangunan boleh melibatkan penambahbaikan P&P serta inovasi turut melibatkan inovasi serta pengubahsuaian P&P. 2. Para pensyarah akan didedahkan untuk membentangkan kertas kerja diperingkat kolej sehinggalah ke peringkat kebangsaan dan kredit akan diberikan. 3. Para pensyarah digalakkan untuk terlibat dengan seminar dan mengadakan Kursus research methodology sama ada secara individu atau berkumpulan. Peringkat Kolej 4. Menawarkan bantuan, memberikan khidmat nasihat dan memandu para pensyarah yang berminat untuk melanjutkan pelajaran kepada peringkat yang lebih tinggi seperti dengan mengadakan kursus. 5. Dicadangkan agar jawatankuasa ini mengadakan satu buletin/majalah khas untuk setiap semester untuk mempromosikan kolej komuniti dan memperkenalkan setiap bahagian, program atau aktiviti kolej. Majalah/buletin ini akan digunakan untuk dipamerkan kepada umum. Buletin ini boleh diwujudkan dalam bentuk e-buletin, blog dan sebagainya mengikut program yang ditawarkan serta tidak hanya disertakan gambar. 6. Memberikan pendedahan kepada para pensyarah dalam membuat kertas kerja. 7. Menjalankan penyelidikan pada peringkat kolej sama ada dalam bentuk kajian sosial atau kajian projek kejuruteraan (dalam bentuk individu @ berkumpulan). 8. Menghasilkan produk penyelidikan. 9. Membuat kajian bagaimana untuk menyelesaikan masalah para pelajar, pensyarah dan kolej serta menambahbaikan P&P. 10. Para pensyarah di kolej komuniti boleh mencadangkan idea-idea kepada jawatankuasa Jawatan Kuasa Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi atau mengemukakan permasalahan yang mungkin dapat diatasi oleh Jawatankuasa Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi. Peringkat Tawau 11. Menjalinkan hubungan dengan pihak industri dalam penyelidikan seperti sebagai cabang kerjasama dalam kepakaran marin, sumber rujukan dan perundingan(consultancy). 12. Bekerjasama dengan industri dalam menambahkan kepakaran para pelajar kolej komuniti dan membantu menawarkan tenaga kerja kepada pihak industri. 13. Jawatankuasa ini turut berperanan untuk memberikan khidmat perundingan (consultancy) dan Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) kepada syarikat-syarikat di Tawau seperti dalam industri kejuruteraan automotif, motorboat, elektrikal, komputer dan sebagainya. 14. Membantu dan bekerjasama(join venture) dengan industri kecil dan sederhana (IKS) di Tawau dalam mempromosikan produk keluaran Tawau contohnya ke semenanjung Malaysia seperti dalam bidang penyelidikan. Menjadikannya sebagai sebahagian daripada sumber kewangan kepada kolej. Contohnya seperti dalam menambahbaik pembungkusan coklat dan ikan di Tawau. 15. Jawatankuasa cuba untuk mengkaji,membangunkan idea bagaimana hendak memanfaatkan produk keluaran tempatan seperti produk makanan laut kepada peringkat yang lebih tinggi/maju. 16. Mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang teknologi yang mereka mampu gunakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran mereka seperti dalam industri perikanan. 17. Untuk sumbangan kepada komuniti setempat, pihak kolej boleh bekerjasama dengan Dun untuk setiap Adun dan Parlimen Tawau tentang sumbangan yang boleh disumbangkan oleh Jawatankuasa dan Kolej Komuniti seperti melalui penyelidikan seperti penyelidikan tentang keperluan masyarakat di Tawau. Mereka boleh dicadangkan untuk membiayai penyelidikan yang akan dijalankan. Ini boleh ditawarkan seperti melalui pakej memancing di Semporna, golf, bekerjasama dengan koperasi dan e-commerce setempat. Pihak kolej sewajarnya dapat memanfaatkan Jawatankuasa Penasihat Kolej yang terdiri daripada pelbagai individu berpengaruh. 18. Bekerjasama dengan Dun untuk Adun-adun dan Parlimen Tawau seperti mengadakan penyelidikan bagaimana untuk meningkatkan perlancongan ke Tawau. Peringkat Kebangsaan 19. Jawatankuasa bekerjasama dengan para pelajar untuk menghasilkan rekaan rekacipta sebagai produk keluaran kolej komuniti dan untuk dipertandingkan di dalam pertandingan-pertandingan antara kolej-kolej. 20. Jawatankuasa diberikan peluang untuk membentangkan kertas kerja sehingga ke peringkat kolej-kolej komuniti mahupun peringkat kebangsaan. Pandangan dan cadangan-cadangan lain daripada anda semua amatlah dialu-alukan. Hardy boy : Sebarang permasalahan yang wujud serta mungkin dapat diselesaikan oleh JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI boleh dikemukakan kepada saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)