MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Saturday, June 25, 2011

GAMBAR ROSLI DOBI DIEDIT?


dapat info daripada Facebook
"Gambar tu kena edit sbb dia dimalukan kat depan org ramai dgn x pakai seluar"...

Sejauh mana kebenarannya, insyaAllah, saya kaji lepas  nie (^_^)

BERDENGKUR???

HARDY BOY : BARU-BARU NI SAYA TERTARIK DENGAN ARTIKEL MENGENAI BERDENGKUR KERANA MASALAH TIDUR INI BERLAKU BUKAN SAHAJA KEPADA KAUM ADAM TETAPI JUGA KEPADA KAUM HAWA. BERDENGKUR INI JUGA TURUT BERPUNCA DARIPADA POSTUR TIDUR YANG TIDAK BETUL DAN JUGA AKIBAT TERLALU PENAT..... 
Kalau anda berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.
 TETAPI, MASALAH TIDUR INI JUGA BOLEH MENYEBABKAN PENCERAIAN, BETUL KE???


Kuat berdengkur & badan berbau antara punca perceraian

Reasons couple cite for getting a divorce
Other news & views
Compiled by Ng Cheng Yee

Loud snoring, body odour, language barrier and unwillingness to have sex are some of the reasons Singa*porean couples ask for a divorce, reported Sin Chew Daily.
_______________________________________


 MASALAH PERNAFASAN PUNCA BERDENGKUR

artikel : Utusan Malaysia
Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHAIFUDDIN MOHD. NOOR



TIDUR berdengkur kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki lebih-lebih lagi jika seseorang itu memiliki tubuh yang gemuk. Penyebab lain yang dikatakan mengenai seseorang yang berdengkur ialah terlalu penat, terlalu kenyang atau mengalami masalah pernafasan.



Bagaimanapun ini tidak seratus peratus benar kerana terdapat juga orang yang tidak gemuk yang tidur berdengkur.
Bagi Zahrullail Rohsely, 25, yang memiliki susuk tubuh biasa bagi lelaki Melayu, iaitu tidak gemuk dan tidak kurus tetap mengalami tidur berdengkur.

Jika penat, kadang-kadang Zahrullail Rohsely terlelap di atas sofa dan berdengkur.

Thursday, June 23, 2011

KONTROVERSI KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA MENGHINA ISLAM???

 
   
PERSATUAN ULAMA KECAM KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA, DAKWA HINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.
Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Klik untuk besarkan gambarajah..
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Friday, June 17, 2011

RAHSIA-RAHSIA PROTOKOL YAHUDI DAN ZIONIS



Ketahuilah RAHSIA KEKUATAN YAHUDI LAKNATULLAH DAN CARILAH KELEMAHAN MEREKA supaya kekejaman mereka dapat kita hancurkan bersama-sama...

  24 PROTOKOL YAHUDI KUASAI DUNIA

 
Rahsia bagaimana #Israel Laknatullah terus bermaharajalela menyembelih rakyat Palestin, sebuah bangsa pintar tetapi yang angkuh, riak, tamak haloba dan bangsa yang hebat dalam tipu muslihat...

Antara punca kekuatan Israel terus kuat adalah bermula apabila Kesatuan Yahudi seluruh Dunia telah menetapkan protokol-protokol yang bangsa mereka wajib patuhi. Walaupun Israel sebuah negara yang kecil, Yahudi seluruh dunia telah bersetuju untuk bergabung membantu bangsa-bangsa Yahudi lain di seluruh dunia termasuk Israel...

Protokol-protokol ini seterusnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan Bangsa Yahudi di Dunia...


Firman Allah Taala bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Surah al-Baqarah: ayat 120).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwfJ7X2FPWaEIxWkNTalZ92s86fmJHZ12B0ydDp99f54RYTxC2t4mCM8gMtlX8hmq5le9qf1VC2NxxMwL6UqUg2PdgCzhodTWwQ4L14BGvCNktvvYBexuBrslW0bbOBI-PyDxa/s1600/1920_The_Jewish_Peril_-_Eyre_&_Spottiswoode_Ltd_-_1st_ed..jpg
Protokol Yahudi
Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah
diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”
 
Injil Gospel Of Barnabas yang menjadi rebutan


 
Protokol-protokol Zionis Yahudi seperti berikut:

TERINGATKAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM


 Semasa sedang kemaskini fail-fail dalam komputer saya baru nie, tetiba saya terjumpa gambar-gambar program Sarjana dulu, salah satunya semasa saya ditugaskan sebagai Pengarah Program untuk mengadakan FORUM PERDANA EHWAL ISLAM anjuran UTHM (tapi FORUM nie bukan anjuran RTM seperti dalam TV tu (^_^)) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Johor serta beberapa Jabatan/Agensi lain.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun kepenatan. Gambar selepas tamat forum ini. Beberapa keajaiban muncul dalam program ilmu ini turut mematangkan saya sebagai Pengarah Program.

Thursday, June 16, 2011

WEBSITE MALAYSIA DIHACK LAGI !!!

Antara Isu panas sekrang nie ialah mengenai beberapa website dan blog Malaysia dihack lagi...Dah la sebelum ni website RTM perlu dihack gara-gara kononnya dorang kalah sebab Malaysia main laser. 
Apa-apa pun, kepada pemilik website atau blog, ambillah langkah berjaga-jaga dengan perketatkan tahap keselamatan seperti password untuk akses ke blog anda walaupun blog anda tak famous (^_^)


Jejak yang pernah ditinggalkan pada website RTM suatu ketika dahulu...




Jejak terbaru yang ditinggalkan pada website Malaysia sekarang nie...



Website "Hacker Indon" yang kononnya "dorang" nie HACKER website Malaysia. Kononnya, dorang nie telah berjaya hack beberapa website siap letak list link-link website lagi(ntah betul nth tidak). Malasla aku nak letak link website dorang, wat sakit hati jer...

Hacker Indon
  


SEBELUM TU BLOG TUN DR MAHATHIR PUN PERNAH KENA SERANG LAGI.

Wednesday, June 15, 2011

AWAS LELAKI - KEAJAIBAN SOLEKAN WAJAH WANITA

 
 HARDY BOY : ADAKAH WAJAH SEBENAR WANITA CANTIK tanpa make-up ADALAH benar-benar CANTIK???
(^_^) 

 RAHSIA WANITA : KEAJAIBAN SOLEKAN WAJAH WANITA

(The Miracle of Modern Makeup) 
Maybe, not all women are truly beauty (^_^)  
(But, Nobody are Ugly...) 
  _____________________________________________________


BEFORE & AFTER
  ____________________________________________________

THE MIRACLE OF MODERN MAKEUP

 
 HARDY BOY : THE TRUTH BESIDE WOMEN BEAUTY
(^_^) 
 The Miracle of Modern Makeup
Maybe, Not All Women Are Truly Beauty (^_^) 
But, Nobody are Ugly... 
  _____________________________________________________


BEFORE & AFTER
  ____________________________________________________

Tuesday, June 14, 2011

Menakjubkan : EXTREME MAKE OVER!!!

  
 HARDY BOY : SAPE CAKAP YANG HODOH TAK BOLEH JADI CANTIK & KACAK HAAA??? (^_^)  
BEFORE & AFTER

_____________________________________________________
BEFORE 
AFTER

Amazing: EXTREME MAKE OVER!!!

  
BEFORE & AFTER

____________________

PANDUAN MEMILIH JODOH

HARDY BOY : Tentang isu perkahwinan ini, bagi saya bukan sesuatu yang main-main, jangan main sebarang je pilih pasangan kita, perlu kenali betul-betul mendalam kerana menurut Dato' Dr Fazillah Kamsah, sebelum kahwin pun, kita hanya kena semaksimum 30% sahaja diri pasangan kita, selebih baik buruk lagi 70% hanya akan kita kenali selepas kahwin nanti...
Jadi, kepada yang belum kahwin, beberapa ujian perlu diadakan kepada pasangan kita untuk mencungkil beberapa ciri-ciri dalamannya yang selami ini disembunyi oleh kita supaya tidak menyesal kemudian hari. Ujian-ujian tersebut mungkin akan saya kongsikan dalam entry lain (^_^)... 
Cuma, secara umumnya, kalau pasangan tersebut menjaga AGAMAnya, maka insyaAllah beberapa ciri lain dalam dirinya adalah lebih baik kerana dia akan mengganggap ISTERI yang dinikahinya merupakan suatu AMANAH dan jika dia mengkhianati AMANAH tersebut, dia akan takut akan menerima hukuman/balasan daripada Allah di akhirat kelak....


Baru-baru nie, saya ada bertanyakan kepada para peserta perempuan "Bengkel Kerjaya", 

Hardy boy : "KEPADA WANITA DI SINI, JIKA DIBERIKAN SATU PILIHAN SAHAJA, apakah ciri-ciri yang diinginkan oleh perempuan, ADAKAH YANG KAYA ATAU YANG HENSEM?".
Kebanyakannya perempuan jawab : "KAYA!!!!!"....
Semasa kursus kerjaya yang lalu (^_^)
Hardy Boy : Bagi saya semua jawapan adalah betul. Mungkin kepada para wanita yang memilih ciri-ciri tersebut, mungkin bagi mereka dengan KEKAYAAN mereka boleh lakukan apa sahaja, yang  
TAK CANTIK PUN BOLEH DICANTIKKAN(selepas dok ulang alik gi SPA), 
yang GEMUK PUN BOLEH DIKURUSKAN(dengan duit dorang bole ambik pakej menguruskan badan) dan 
YANG KURUS PUN BOLEH DIGEMUKKAN(bila duit banyak, dorang boleh makan apa sahaja untuk membesarkan badan sehingga sebulat belon pun bole.hehehehe).  

Kemudiannya, saya cabar para peserta lelaki
Semasa kursus kerjaya yang lalu (^_^)

HARDY BOY:TENTANG JODOH NIE, KEPADA yang tak cantik atau hensem, jangan berdukacita. Jadi, kesimpulannya, ANDA TERUTAMANYA SEBAGAI KAUM ADAM HENDAKLAH BERUSAHA MENDAPATKAN PEKERJAAN YANG TERBAIK KERANA DENGANNYA ANDA TAK PERLU RISAU UNTUK MENCARI JODOH... 
WALAUPUN RUPA ANDA SEMUA NIE hensem macam Brad Pitt sekalipun tapi malas kerja, kerja pulak cukup untuk tampung diri sendiri je, mana ade perempuan sanggup nak jadikan anda SUAMI???!!!

 Dalam bengkel tersebut, saya berikan beberapa RAHSIA bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik termasuklah bekerja sendiri dengan gaji lumayan berdasarkan rahsia-rahsia individu-individu dan sahabat-sahabat saya yang telah pun berjaya sekarang nie... Tak perlu join DIRECT SELLING atau Multilevel Marketing (MLM) kalau nak kaya pun, asalkan kita sanggup berusaha keras dengan mempunyai strategi/RAHSIA berkesan....

Saya tertarik dengan artikel BERIKUT tambahan kepada Panduan Memilih Jodoh  sebagai peringatan kita bersama (^_^) untuk yang dah berumahtangga dan juga yang masih single...



PANDUAN MEMILIH JODOH


Sumber Artikel : www.iluvislam.com

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

 
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.


Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.

Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".


Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai a
lasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

  


HARDY BOY : JIKA KITA INGINKAN PASANGAN KITA MEMPUNYAI CIRI-CIRI IDAMAN KITA, PERTAMA SEKALI KITA PERLU PERBETULKAN DIRI KITA SENDIRI TERLEBIH DAHULU, BETUL TAK?!! INSYAALLAH, KITA AKAN DAPAT PASANGAN YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI IDAMAN KITA. (^_^) 




Artikel saya berkenaan tajuk "CINTA & PERKAHWINAN INI"-
 >>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
>>> RESPON KPD DILEMA BERKAHWIN SEMASA BELAJAR  

Wednesday, June 08, 2011

TERINGIN NAK ANJUR SEMINAR RAWATAN PERUBATAN ISLAM

Sambungan entry terdahulu 

Sekadar Gambar Hiasan

  Selepas beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ini, saya teringin untuk anjurkan SEMINAR PERUBATAN ISLAM. SURPRISE bila salah seorang ustaz yang saya pernah ikuti seminar perubatan 2 tahun lepas, Ustaz Hussein keluar TV dalam Program MASTIKA astro. Sebelum ini, saya pernah ikuti seminar daripada Ustaz Majid, blognya ialah : http://akrine.blogspot.com.

Selepas berbincang dengan ustaz, katanya seminar seperti ini perlu kerana kes-kes seperti ini amat berleluasa tanpa kita sedari. Kebanyakan perawat tidak menetapkan harga kerana rawatan yang diberikan tersebut perlu ikhlas kerana Allah.
Ustaz Hussein
Jika ada perawat yang tetapkan harga yang tidak munasabah, maka perawat tersebut mungkin seorang perawat palsu.  Apabila menghadiri seminar ini, saya rasa kagum betapa hebatnya Al-Quran dan ajaran dalam Islam.


Saya pernah bertanya, APAKAH KESANNYA JIKA JIN YANG TINGGAL DI DALAM BADAN KITA TIDAK DIBUANG?

Tuesday, June 07, 2011

KEKEJAMAN MUSTAFA KAMAL ATTATURK

Hardy boy : Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali asal usul Mustafa Kamal Ataturk yang merupakan individu paling utama yang memusnahkan empayar Khilafah Uthmaniah di Turki (yang dahulunya amat hebat dan utuh) semasa pemerintahannya dengan amalan sekularisme. Sehinggakan, jika di Turki, wanita dibenarkan memakai tudung tetapi wanita wajib memakai skirt pendek (maksudnya, takde ertinya kalau pakai tudung tapi perlu membuka aurat).

Natijahnya,  balasan yang Allah berikan kepada Mustafa Kamal Ataturk laknatullah ini, sehingga kini mayatnya tidak dapat ditelan bumi yang akhirnya mayatnya diawet serta dijadikan pameran dalam kotak kaca di Turki untuk tontonan umum  generasi sekarang (begitu besar Allah berikan balasan sehingga mayatnya diaib sebegitu rupa).

---------------------------------------------------------------------------------------------
Dulu Empayar Uthmaniah digeruni oleh Eropah, namun kini mereka digelar Orang Sakit Eropah. Dan dengan keadaan dan suasana hiruk-pikuk serta terasak dari semua penjuru akhirnya Khilafah Uthmaniah ini tercabut terus dari leher pemimpin dan ummahnya pada awal abad ke-20. 

Perdana Menteri mengalungkan bunga di kubur Kamal Attaturk
Selain daripada penyebab di atas, Mustafa Kamal Ataturk adalah manusia yang paling bertanggungjawab memusnahkah sistem Khilafah Uthmaniah Turki, di mana pengkhianatannya bermula semasa beliau dilantik menjadi panglima perang di Palestin. 

Mengikut Dr. Ali Hassan, pada tahun 1924, di mana secara sepihak (tanpa pengetahuan pasukan panglima yang lain) Ataturk menghentikan peperangan dengan Inggeris dan mengundurkan tenteranya secara tiba-tiba. Dia memberi jalan kepada musuh untuk mara ke Utara Palestin tanpa sebarang tentangan sesuai dengan rencana yang telah mereka sepakati bersama Inggeris. 

RUMAH SEWA AKU BERHANTU KE?

Sambungan entry terdahulu 

KEJADIAN PERTAMA 
Rumah Sewa Aku Berhantu Ke?
Rumah sewa aku, aku pilih pilih rumah ini sebab kat Taman nie ramai
member2 sekerja, senang nak minta tolong ape-ape nanti.hehehe..
Terkejut? Aku lagi la terkejut... Apa taknya, baru nie member sekerja aku bagitau yang dulu member dia pernah ternampak kelibat menda tu semasa tumpang repair motor rumah aku (masa tu aku bkum masuk menyewa lagi, sekrang aku menyewa sorang-sorang sebab housemate2 lain dah berpindah tinggal dengan isteri masing-masing).... 

Kekadang aku terdengar jugak menda menggaru2 atas siling malam-malam.. GERAMMM!!!...
Dah la aku dok sorang. Kat rumah memang aku ade simpan satu parang panjang (dulu guna wat tebas semak depan rumah..hehehe), kalau dia turun mau aku tebas kepala dia..hehehe...
Last, aku fikir positif, maybe yang menggaru atas siling tgh2 mlm tu adalah kucing (sebab berat dengar dia berjalan). Terasa nak panjat siling tgk menda tu, tapi siling plk xleh nak buka.huhuhu....

AJARAN SESAT- LEBAI SYARAH LUCAH


USTAZ HARUN DAKWA JELMAAN IMAM MAHDI
sumber : www.hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.


BERTAFAKUR...pengikut Ustaz Harun dalam sesi ceramah.
BERTAFAKUR...pengikut Ustaz Harun dalam sesi ceramah


MEWAH...bangunan  markas pengikut Ustaz Harun.
MEWAH...bangunan markas pengikut Ustaz Harun.


Perbuatan itu mencurigakan beberapa pengikut, tetapi peliknya kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan lelaki terbabit.
Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini, asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM.

Monday, June 06, 2011

PIC SEMASA KURSUS INDUKSI DI TERENGGANU (^_^)

18 APRIL hingga 28 April baru nie dikehendaki berkursus di SUTRA BEACH RESORT & SPA, SETIU, TERENGGANU. Seronok juga, berkursus 2 minggu sambil bercuti. Tempat kursus pun cantik, jatuh cinta buat kali pertama.

Para peserta terdiri daripada kalangan pensyarah-pensyarah muda di seluruh Malaysia, ada 38 orang semuanya, lelaki 9 orang termasuk saya..hehehe.. Majoritinya ramai dah kahwin tetapi masih ada yang bujang cuma menanti hari je untuk diijab kabulkan....
Dalam kursus nie saya dikenali apabila saya dikehendaki menyampaikan sebuah ucapan ringkas dihadapan para peserta yang lain. Selepas memerah otak di suatu petang di tepi pantai, saya dapat idea untuk menyampaikan ucapan bertajuk kontroversi iaitu  
"SAYA TAK MAHU JADI SEORANG PENSYARAH???".hehehe...
Sebelum berucap, saya bertanyakan audien (yang semuanya hebat-hebat) 2 soalan panas iaitu:-
1) Mengapa Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua memilih untuk menjadi seorang pensyarah?
2) Berapakah peratus minat Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua untuk menjadi seorang pendidik?
(Masa tu ade yang cakap 50%, 100% & ada juga yang suaranya tertelan dalam kerongkong sbb xpasti betul xjawapan mereka tu.hehehe).
(Saya bertanyakan soalan tersebut kerana kadang-kadang ada juga kakitangan kerajaan (semasa saya berkhidmat di Institusi kerajaan yang lain dahulu), yang kelibatnya tenggelam timbul di dalam pejabat, kekadang ada kekadang hilang, ada juga yang sanggup datang punch seawal 7.00 pagi sebelum hilang menunggu untuk punch out seawal 5.30ptg supaya orang lain ingatkan dia bercuti. Ada juga sesetengah yang sanggup berpakat dengan security guard minta tlg punchkan. Akhirnya, selepasa "kantoi", bos saya masa tu terus pindahkan mesin punch card tu ke depan bilik dia (bengang kot dgn 2-3 org pekerja nie walaupun majoritinya menunjukkan komitmen yang tinggi).

Agak-agaknya, Apakah hukumnya gaji yang dia perolehi (yang mungkin akan menjadi darah daging keluarganya)? Saya pernah bertanyakan soalan tersebut kepada seorang penceramah dalam kursus tersebut dan jawapan ustaz tersebut ialah "Hukumnya DUIT YANG DIPEROLEHINYA ADALAH HARAM". Nauzubillah. Sekadar utk peringatan diri saya sahaja....).


GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MERUPAKAN SEBAHAGIAN GAMBAR SEMASA KURSUS TERSEBUT. HEHEHE (^_^)



Friday, June 03, 2011

PIC SEMASA SEMINAR KERJAYA'2011

Baru-baru ni saya berkesempatan jadi penceramah SEMINAR KERJAYA KOLEJ KOMUNITI, TAWAU pada 11 Mei 2011, sebaik sahaja balik drp berkursus 11 hari di Terengganu. 

Alhamdulillah, pagi tersebut walaupun blackout pada pukul 7.45 pagi tetapi keadaan pulih kembali pada pukul 9.00 pagi. Ingat nak cancel je bengkel tersebut tetapi bila lihat di luar dewan syarahan, ramai pula yang menunggu, memang di luar jangkaan. Alhamdulillah, Allah bantu saya gagahkan juga diri ini, untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan para pelajar.
Pada permulaan SEMINAR KERJAYA, saya mulakan sesi motivasi selama 30 minit bersama para peserta, tajuk yang saya pilih ialah JASA IBU (sempena Hari Ibu pada minggu tersebut). Saya cuba mempelbagaikan segala teknik dan Alat Bantu Mengajar dengan semaksimum mungkin serta cuba mewujudkan pelbagai suasana di dalam Dewan bermain-main dengan pelbagai emosi para peserta sama ada emosi provokasi, marah, sedih, kecewa, gembira, kelakar, bersalah dan sebagainya.... Saya cuba memaksimumkan segala penggunaan PA system, bermain dengan lampu-lampu dan suhu dalam dewan, Pancaran LCD dan tayangan slide, video serta musik. Syukur kepada Ilahi, sesi Motivasi tersebut berjaya menyebabkan beberapa orang peserta menitiskan air mata sambil saya tersenyum (^_^)...
Masuk kepada sesi ke-2 iaitu sesi SEMINAR KERJAYA, saya mulai dengan penerangan diri saya dan sedikit latar belakang tentang diri saya seperti saya bermula daripada serendah-rendah pekerjaan sebagai sebagai pernah bekerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan semasa belajar dulu, kerja sebagai pam attendant stesen minyak Petronas dengan gaji RM300, kerja kilang sebagai operator pengeluaran, bekerja dengan pelbagai pekerjaan lain sehinggalah saya ditawarkan pekerjaan sebagai JURUTERA PROJEK.
Semasa menjawat jawatan sebagai JURUTERA PROJEK (yang seharusnya perlu mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan selama min 3 thn), saya diuji oleh Allah dengan dikehendaki mengendalikan 7 buah projek mega empangan hidroelektrik di Cameron Highlands yang sedang dalam pembinaan, di bawah saya terdiri daripada 22 buah syarikat kontraktor, pekerja saya melebihi 200 orang, terdapat 22 orang jurutera yang hebat di bawah seliaan saya dan saya juga mempunyai 11 orang klien yang terdiri daripada orang putih yang perlu saya kendalikan.
Gaji saya memang cukup lumayan tetapi saya mula bekerja seawal pagi sehingga 3 pagi keesokan harinya dalam merancang, mengarahkan, memeriksa dsbinya memastikan semua projek tersebut berjalan lancar (cukup sibuk sehingga saya tiada banyak masa untuk menikmati/membelanjakan wang tersebut) . Alhamdulillah, pada 2008 projek-projek empangan hidroelektrik ini berjaya saya siapkan (dengan kos penalti RM25 000 sehari jika saya lambat siapkan). Tidak lama kemudian, projek-projek ini disiarkan di dalam MAJALAH 3 pada tahun 2009 dan 2010 (satu kepuasan yang tak terhingga). RUJUK my-previous-job-description.

Semasa seminar ini, saya berkongsi 7 RAHSIA BESAR KAEDAH MENDAPATKAN PEKERJAAN kerana saya tidak sanggup ramai daripada mereka menganggur selepas tamat pengajian nnti.. sekurang-kurangnya, bila saya meninggalkan dunia ini, pengalaman berharga saya tersebut terus dimanfaatkan oleh orang lain...