MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, April 15, 2011

SYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT-MU

Sekejap lagi,saya akan terbang ke Kuala Lumpur sebelum terbang ke negeri "Penyu" pada hari Isnin nie untuk menghadiri kursus selama 2 minggu, 3 May kot baru saya jenguk balik blog nie. So, that mean, blog nie takkan "terjaga" selama 2 minggu.huhuhu.... Kepada comment-comment yang dihantar, insyaAllah balik nanti saya akan reply.... 

Habis kursus,  saya dapat jemputan kena jadi penceramah untuk "Bengkel Kerjaya- Kaedah Mencari Pekerjaan Yang Berkesan" 12 May 2011.

Untuk minggu ini, entry berikut entah macam mana mendapat sambutan yang menggalakkan, setiap hari ada beratus-ratus pelawat, terima kasih banyak-banyak ye kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa nie...

>>> KISAH KEAJAIBAN ISLAM- "KENAPA TIDAK PERKOSA SAYA?"
>>> Dosa-Dosa & Facebook
>>> Amazing Photos - ~MIRACLES OF GOD~
>>>TRAGEDI BERDARAH TAK BAI, NARATHIWAT- October 25, 2004 

 "KENAPA TIDAK PERKOSA SAYA?"
585 pelawat
Dosa-Dosa & Facebook


TRAGEDI BERDARAH TAK BAI
1054 pelawat
MIRACLES OF GOD
1673 pelawat












Alhamdulillah, minggu nie juga sampai surat-surat daripada 2 orang individu yang amat berpengaruh
 

Letter Head Surat Pertama

Wednesday, April 13, 2011

JASA BONDA -WARISAN


3 hari lepas aku dapat jemputan untuk mengadakan ceramah bengkel kerjaya "Panduan Untuk Mendapatkan Kerja Untuk Fresh Gradute"  on 12 May ini, selepas habis berkursus 2 minggu di Setiu, Terengganu.huhuhu..
Semalam selepas tengok Segemen Khas Halaqah TV9 setiap Selasa pkl 10.00mlm, aku dapat idea untuk cuba selit elemen motivasi cam dalam forum tu.

Then aku teringatkan kepada sebuah cerita yang aku pernah bentangkan dihadapan orang ramai dulu, sambil aku pasang lagu "Anak nyanyian Freddie Aguilar" sebagai music background sambil mula bercerita kisah-kisah pengorbanan. 



"Anak - Freddie Aguilar"

 Akhir persembahan aku pasang lagu "JASA BONDA" drp KUMPULAN WARISAN nie sambil bercerita menyedarkan penonton, alhamdulillah ramai yang menitiskan air mata.hehehe..


"JASA BONDA -WARISAN"


Jasa Bonda

Artist: Warisan


Kau diulit mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

....................................................................................................................
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa
Jasa bonda...



Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan

Untuk kebaikan
 Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang……





Salam takziah kepada ibu kepada rakan rapat saya Aqma, Cikgu Da yang menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam walaupun umurnya masih muda dan baru sahaja kehilangan suaminya beberapa tahun yang lalu, AL-FATIHAH, SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN.... (Saya mengenali arwah yang merupakan seorang yang pemurah dan teringatkan Mee Bandungnya yang amat sedap...)..

Tuesday, April 12, 2011

PEMBUATAN TELUR TIRUAN (",)

hardy boy : Telur nie menjadi "panas" sekarang nie walaupun tak sempat dimasak... Tapi alhamdulillah, keluar dlm berita semalam bahawa telur tiruan nie belum sampai ke Malaysia lagi cuma telur di Malaysia nie maybe ada sesetengahnya berlainan krn telah tamat tempoh, berkualiti rendah atau bergantung kepada makanan yang diberikan kepada ayam telur tersebut (Yang tu menurut berita TV3 semalam la...).  (^_^)

 

CARA MENGENALI TELUR AYAM TIRUAN... 

Sekarang saya ingin kongsikan mcm mana hendak bezakan telur asli dgn yg tiruan ye. Harap kita dapat kongsi2 kan kpd rakan agar tidak terbeli yg palsu... .

  


Friday, April 08, 2011

AJARAN-AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Hardy Boy : Saya dedicate entry ini untuk ex-"kawan" saya yang telah jauh tersesat, buta hatinya & terlalu taksub serta fanatik dengan ajaran sesatnya walaupun ilmu agama baru setahun jagung. (Saya pernah berdebat dengan mamat nie yang memang sesat lagi menyesatkan orang lain, Nauzubillah...).  

SILA KLIK UNTUK MEMBACA- " LAGI FAKTA MENGEJUTKAN AJARAN SESAT INI!!!"

AJARAN-AJARAN SESAT DI MALAYSIA
(Sumber : Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.
Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama Angkatan
Tentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.
Suara Persatuan Ulama’ Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h ( November 1992)
muka surat 11-22)