"KENAPA BERIA-RIA CARIKAN KERJA UNTUK PELAJAR?"
Puncanya, penulis teringat pengalaman pahit suatu ketika dahulu peritnya mencari rezeki demi mencari sesuap nasi (lebih kepada survival hidup bukannya untuk kemewahan).
 |
Maaf, gambar pakcik masa muda-muda dulu.haha |
Ketika di zaman universiti di selatan tanah air, pernah penulis bekerja sebagai pelayan restoran makan (Mak Jah empunya kedai makannya). Time ni kerja pertama kali dalam hidup, gaji RM10 je sehari sebab niat nak tolong Mak Jah yang kekurangan pekerja tetapi pelanggan dalam kalangan pelajar universiti bukan main ramai, 2-3 jam buka kedai dah habis dah semua makanan (bukan sebab taknak masak banyak, kudrat Mak Jah yang tak mampu. Mana taknya masakan kedai Mak Jah habis diserbu ramai, murah, sedap, air balang percuma je siap dia bagi berjug-jug atas meja untuk student tambah, nasi pulak jangan citer la, tambah la puas-puas, semua free je sebab niat Mak Jah nak tolong student, student cuma bayar harga nasi dan lauk pinggan pertama je, air campur nasi dalam RM5 (tahun 2006). Tak lama kemudian, kedai Mak Jah tutup penangan sihir sampai Mak Jah nak berdiri untuk masak pun tak boleh).