MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Sunday, May 18, 2014

Rahsia Perniagaan

"Keberkatan Mencari Rezeki"


Kata-kata DOA tersebut mengingatkan saya kepada kata-kata Dr Azizan Osman dalam Buletin Utama bahawa "KITA BUKAN BERNIAGA TETAPI MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH ORANG LAIN".


------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, May 16, 2014

Kebakaran Maahad Tahfizh Muhammadi Bukit Rangin


Satu kebakaran telah berlaku di Maahad Tahfizh Muhammadi Bukit Rangin, Kuantan pada awal tahun ini yang memusnahkan blok bangunan Maahd Tahfiz tersebut. Maahad Tahfiz ini merupakan Maahad Tahfiz yang turut dikhususkan untuk Anak-Anak Yatim dan golongan fakir miskin serta bergerak di atas persendirian. Semoga kita semua dapat membantu mereka sama ada dengan menghubungi mereka atau terus ke Lokasi mereka. Semoga sumbangan kita tersebut dapat menjadi saham akhirat apabila kita sudah tiada nanti....  




Extreme Plastic Surgery


Bila saudara-mara atau kawan-kawan saya memuji betapa hensem dan cantiknya lelaki & gadis Korea, aku explain sebenarnya di Korea merupakan perkara yang biasa jika mereka melakukan plastik surgery, asalnya dorang semua bukannya cantik atau hensem sangat, KALAU TAK PERCAYA, boleh tengok gambar-gambar di bawah ni !!! [ sebenarnya bagi lelaki, faktor utama seorang wanita tersebut dilihat CANTIK adalah pada sifat dan sikap serta ciri-ciri dalaman wanita tersebut, walaupun wanita tersebut cantik macam BIDADARI sekalipun, tetapi jika PERANGAI MACAM JIN SERTA JEMBALANG TANAH, maka hilanglah CANTIKNYA TU.hihihi (^_^) ]  

Pembedahan plastik juga turut dilakukan dengan memotong tulang-tulang pada badan dan wajah seperti pada bahagian dagu, hidung, dahi, pipi dan sebagainya, kemudian ada juga yang dimasukkan silikon di dalam wajah supaya nampak hidung, pipi dan sebagainya lebih mancung, panjang, tirus dan sebagainya.... PEMBEDAHAN PLASTIK JUGA MEMPUNYAI BANYAK RISIKO UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG. 

"Sentiasalah bersyukur dengan segala ciptaan-Nya..."
(Lepas ni jangan berangan sangat nak pergi Korea sebab nak kahwin dengan Lelaki & Wanita yang kononnya Hensem/Cantik macam movie/drama Korea tu ye... jangan marah (^_^) 

TAKDE MAKNANYA JIKA RUPA CANTIK BERBANDING YANG ASAL TETAPI IANYA MASIH TIDAK DAPAT DISOROK APABILA ANAKNYA DILAHIRKAN NANTI.. 
MAKA BERSYUKURLAH DENGAN SEGALA YANG DIKURNIAKAN ALLAH... (^_^)
 

Tuesday, May 13, 2014

Artis Hina Islam

Sikap tidak bertanggungjawab artis Malaysia menghina Islam dan menjadikan Islam sebagai bahan LAWAK di Rancangan  Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro (Agama bukan Bahan Lawak...).

Sebelum artis tersebut HINA ISLAM, perbetulkan diri terlebih dahulu, bimbang nanti mati tak boleh nak mengucap. Jika mereka niat nak menegur,  banyak lagi cara lain yang lebih berhikmah...


Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak dan 

BAHAN LAWAK ARTIS


LINK >>>> http://www.youtube.com/kSfHN0Fbo0



Tokoh Jenama Terkemuka Dunia

TAHUKAH ANDA???

#motivasi
Ramly Mokni - Pengasas Ramly Burger. Diasaskan pada tahun 1979 dengan sebuah stall burger jalanan di Lorong Haji Hussein. Kini Burger Ramly menjadi pemandangan biasa di seluruh Malaysia dan dianggap burger paling legendary!



 

Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Ibu

Sometime we forgot who is behind our success...
#happy_mothers_day

Thursday, May 08, 2014

Berhati-hati Bercuti di Cameron Highlands

Ketika sedang Blogwalking, saya "terbaca" entry berikut >>> hati-hati-bercuti-di-cameron-highland, saya tertarik untuk berkongsi pengalaman kena cekik darah oleh pemilik sebuah kedai makan kecil di Brinchang, bersebelahan  stesen bas Brinchang pada April 2014. 

(Sebelum ini, pada 2007 pernah sepupu saya dipukau semasa ke Pasar Malam di Brincang hinggakan puas keluarganya mencari selepas 5 jam kemudian pada jam 12 tengah malam barulah mereka temui sepupu saya ini di sebuah bangunan yang dalam pembinaan dalam keadaan mamai, blur tak dapat bercakap, hingga kini kejadian tersebut masih menjadi misteri hinggakan sepupu saya tidak dapat terangkan bagaimana dia dipukau hingga tidak sedar diri. 

Pengalaman lain kena "sembelih" oleh peniaga kedai makan kampung di tepi jalan ialah semasa pulang dari Kedah. Sampai pertengahan jalan ahli keluarga 10 orang berhenti makan. Bapa saya order makan malam semuanya untuk 10orang, nasi 10 orang sayur kailan 10 orang makan, tomyam 10 orang  makan, telur dadar 10 orang  makan & air 10 orang  makan. Geramnya makanan yang sampai kuantitinya tidak sampai untuk jumlah 10 orang, memang sedikit sangat yang dihidangkan disekalikan semua dalam beberapa bekas sahaja. 

Alangkah terkejutnya kami, bila dah habis makan, bila diminta bil jumlah semua sekali adalah RM110, langsung jauh berbeza begitu mahal jika hendak dibandingkan dengan kuantiti serta kualiti makanan yang dihidangkan kepada kami, dengan sayur macam sesuai diberikan makan kambing sahaja, lauk pula macam apa entah. Disebabkan penat dan terkejut, kami terkedu untuk melawan peniaga tersebut bahawa harga makanan betul cekik darah. Kami terus ke kereta masing-masing, sampai rumah barulah kami buka mulut tentang kejadian tersebut. 

Taktik peniaga tersebut CEKIK DARAH kerana mereka tahu jika mereka cekik darah tinggi melambung sekalipun, kami bukannya pelanggan tetap kedai makan tersebut dan kami tidak akan kembali ke kedai makan tersebut lagi. Kemudian, peniaga tersebut mengenakan bayaran secara lum sum RM11 seorang untuk memudahkan dia mengira bayaran makanan tanpa melihat kuantiti dan kualiti makanan yang sampai. Akhirnya saya bagitau bapa saya, lain kali kena order makan cukuplah 2-3 orang sahaja untuk setiap jenis lauk untuk 10 orang makan, kerana ianya sudah mencukupi. Jika bertemu lagi jenis peniaga tersebut yang suka CEKIK DARAH, bersedia untuk berhujah dengannya tapi jangan la sehingga macam nak bergaduh pula). 

Jika ke arah Ringlet, medan selera tersebut berada di sebelah kiri bersebelahan Stesen Bas Brinchang, kedai yang cekik darah saya ni berada hampir ditengah-tengah medan selera tersebut (selepas dicekik darah, saya terus berjalan keluar daripada kedai makan tersebut dengan perasaan geram, jadi tak sempat nak ambil gambar)....



Kejadian bermula apabila saya bungkus makan untuk 5 orang, (nak jimat punya pasal) saya & adik order Ayam Masak Kicap (tertulis di menu RM5.00 untuk seorang makan) untuk 2 orang makan, Ayam Masak Paprik (tertulis di menu RM5.00 untuk seorang makan) untuk 2 orang makan, sayur kailan ikan masin untuk 2 orang makan (tertulis di menu RM4.00 untuk seorang makan), nasi putih 5 orang makan (harga di menu RM1.00 untuk seorang makan), air tea panas untuk 2 orang. (Cadang nak order masakan campur tapi peniaga tersebut bagitau nasi campur dah habis, tapi saya suspek yang mereka sengaja tidak hidangkan nasi campur supaya mereka dapat jual masakan panas yang memberikan keuntungan yang lebih tinggi).