Hari nie, hampir-hampir nak ke bandar, simcard problem, nak call orang pun tak dapat, tetiba pkl 11.15pg satu kejadian menimpa kepada seorang student kolej. Perasaan masa tu terkejut, marah, sedih, timbul pelbagai pertanyaan, perasaan takut pun memang ade tetapi takkan nak biarkan student tu macam tu je. Beberapa orang dok jauh kat belakang, maybe risau @ tak berani. Yang lain ramai dah balik sebab nak mengejar Solat Jumaat.
Terjelir-jelir lidahnya, memang cukup agresif, nada suara pun bertukar, dengan melilau memerhatikan orang sekeliling, pastu bercakap bahasa cina sedangkan dia tak pernah belajar bahasa cina, risau juga takut dia tergigit lidahnya tue (teringat aku kepada dokumentari bomoh di tokong cina yang dimasuki oleh "datuk" sehingga bole merubat beberapa orang di TV3, dengan terjelir-jelir lidah sambil mengelar lidahnya dengan pedang)....
Beberapa orang sekeliling turut cuba membantu. .. Alhamdulillah, selepas beberapa usaha yang termampu & yakin kepada-Nya, student mulai separuh sedar tetapi masih tak dapat bercakap..... Kesian & tak sampai hati aku lihat student tersebut, kepenatan tapi belum pulih sepenuhnya.... Kaki plk luka, kesan dia meronta-ronta tadi...
Selepas dibawa ke surau, ustaz Faizal tiba dengan membawa beberapa bahan. Mangsa mulai tenang cuma kepenatan & lesu. Selepas di"scan"ustaz, puncanya dapat dijangka. Tak berapa lama kemudian, ibu & sepupunya sampai. Selepas ditanya beberapa soalan, jawapannya mengukuhkan lagi jawapan daripada hasil scan tadi.
Rase sedih, kesian, simpati, sesungguhnya pelajar tersebut menjadi mangsa yang langsung tidak bersalah... Marah & geram pun ade... Dah lama rupanya dia menderita... Pelbagai kaedah telah ibunya cuba. Yang paling aku sedih bila ibunya cakap, setiap kali dibawa ke hospital, student tersebut akan diberikan disuntik untuk menenangkannya sedangkan student tersebut langsung tak menunjukkan simptom sawan seperti yang diberitahu doktor...
InsyaAllah, malam nie student tersebut akan di bawa berubat ke peringkat seterusnya oleh Ustaz Faizal berjumpa sahabatnya...
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN PELAJAR INI & KELUARGANYA KEKUATAN & SENTIASA TABAH!!!
(Actually, bila aku tengok student nie, aku rase sebak sangat, teringat kepada penderitaan teramat sangat sahabat-sahabat terdekat aku suatu ketika dulu life depan termasuklah ex-housemate aku.....
Menurut Ustaz Majid daripada AKRINE, terdapat juga jin yang langsung tak bersalah dalam hal ini tetapi mereka merupakan golongan yang amat berpegang kepada janji/mematuhi kontrak perjanjian bersama "pemilik" mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga sanggup berkorban nyawa..).
update :
Alhamdulillah, selepas dirawat, akhirnya pelajar perempuan saya ini berjaya dirawat dan tiada lagi jin tersebut datang mendampingi/mengganggu sedangkan sebelum itu ibunya telah membawa gadis ini berubat di berpuluh-puluh tempat hingga ke Indonesia sejak daripada kecil lagi namun tidak berhasil......
MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)
~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~
Friday, October 29, 2010
Tuesday, October 19, 2010
KEKEJAMAN PENYEKSAAN TERHADAP DR AAFIA SIDDIGUI

"I can never forget the way you have treated me -- but I will forgive."
- Dr. Aafia to Judge Berman
"I'm not an enemy. I never was."
- Dr. Aafia quoted in TIME
"She is being charged for attacking her captors?"
- Attorney Charles Swift
"You should not base cases on hate but on facts."
- Dr. Aafia in court addressing the US Attorney
Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California. Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana “berkelakuan ganas” dan memasuki Korea Utara secara haram. Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutuskan untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II. Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan.
PENAMPAKAN HANTU POCONG DI HIGHWAY AIRPORT TAWAU
![]() |
Pocong - Sekadar gambar hiasan (mana la aku sempat nak ambil gambar sebenar, gilo apo?!!hahaha) |
![]() |
Gambar Hiasan- Pocong |
Alhamdulillah, masih lagi diberikan peluang bernafas oleh-Nya selepas pulang daripada menghadiri program di Kota Kinabalu.
Sampai je ofis, beberpa member staf sepejabat mula bertanyakan soalan, dorang cakap dah kecoh dah satu kolej pasal citer aku..
Dalam hati "Citer ape plak nie? ." Cukup la kolej kecoh lepas aku terkunci dlm kolej hari tu..hahaha....
Member : "Kitorang dengar ko ade ternampak pocong?".
Tuesday, October 05, 2010
Program TOT Anti Dadah Pembimbing Rakan Siswa IPT Borneo 2010
Dah tak lama lagi, Program TOT (Teaching of Trainer) Anti Dadah Pembimbing Rakan Siswa IPT Borneo 2010 akan bermula tak lama lagi, macam-macam hal timbul (seperti yang aku jangka & tak terjangka), masing-masing sedang bertungkus-lumus untuk membuat persiapan terakhir + tak kurang jugak yang melepaskan tangan (sebab dah penat sangat kot). Setiap perancangan akan direalisasikan next week, nak tengok hasilnya hopefully berjalan lancar & mencapai objektif.
Member asyik tanye program ape tu? Aku cakap la "Anti Dadah".. (malas nak citer panjang..hahaha...).
"Program menda gak tu?(cakap Terengganu..). "
Program nie merupakan program yang melibatkan IPTA & IPTS di Sabah & Sarawak dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau di bawah Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi & Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. RM40 ribu lebih telah diperuntukkan (bagi aku merupakan jumlah yang cukup besar utk program sebegini, biasanya program biase RM4-8 ribu sahaja). Hanya para peserta yang terpilih seramai 100 orang sahaja yang dipilih. Aku ingatkan program biase je tapi tau-tau beberapa "orang-orang besar" akan turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Sukan KPTM & Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sukan KPTM, Pengarah Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang dan beberapa orang lagi pegawai JPKK.

Adakah perpisahan kita ditangisi atau disyukuri?!!
Aku suka tengok reaksi orang dlm farewell dinner. Setiap orang yang diraikan tu aku sure mesti berdebar-debar bila menghadapi majlis perpisahan yang diraikan utk kita.
KENAPA?
Masa tu kita boleh tengok sama ada perpisahan kita tersebut ditangisi atau disyukuri.....
Sama ada perpisahan kita tu diraikan atau dinanti...
Sama ada perpisahan kita tu orang lain akan terus mengenangkannya atau terus ingin dihapuskan dari memori...
Dah banyak kali aku menghadiri farewell dinner exboss-boss aku, macam-macam reaksi manusia dapat kita tengok. Macam kate-kate orang dulu-dulu, "Raja Agung Raja DiSanjung"...
Aku teringatkan kisah ex-boss Jurutera Jajahan JKR tempat aku pernah berkhidmat dulu. Para pekerja begitu menyanjung ketua mereka nie sampai betapa sedihnya dorang nie sampai dorang mengakui belum pernah ada lagi ketua yang dapat menyaingi ketua mereka tu, Encik Zaim. Dorang nie sampai sanggup tawarkan pindahkan barang-barang tanpa diminta Jurutera Jajahan tu, daripada Kelantan sampai ke Kuala Lumpur naik lori & kenderaan JKR lain. Bulan Puasa plak tu, sampai sana siap ketua dorang tu belanja berbuka puasa lagi...
Sorang lagi ketua dorang, sampai hari terakhir big boss dorang berkhidmat pun (ditukarkan ke daerah lain), dorang wat derk jer. Lepas beberapa hari big boss dorang, dorang siap tumbangkan lembu, buat kenduri (antaranya kenduri tersebut untuk meraikan perpindahan big boss dorang tu).hahaha.. macam berdendam sangat.... Apa taknye, big boss dorang tu habis sampai porak peranda & kacau bilaukan organisasikan dorang lagi, yang elok bertambah buruk jadinya...
Aku pun bukanlah bagus sangat sampai nak komen-komen orang, lagipun bukan semua orang sukekan kita, tapi untuk menasihatkan diri aku sendiri supaya dijadikan pengajaran & tak jadi ketua yang dikeji setiap hari
(teringat kepada Ratnasamy, orang yang paling banyak suka minta rasuah & sabotaj kerja aku dulu, setiap hari berpuluh-puluh orang kutuk & menyumpah, akhirnya meninggal dunia sebab kena serangan jantung dlm meeting..).
Orang kate "Cakap orang boleh la, cuba buat sendiri nak tengok...".
Ye la, susah sangat ke kalau tak nak jadi boss yang:
i) tak pernah marah golongan pekerja tertertentu tapi memburukkan nama dorang depan golongan pekerja yang lain?!!
ii) cakap berapi-api pasal agama tapi makan duit haram, tapi pelik tak kaya-kaya jugak. Habis duit-duit pekerja pun dimakannya & menidakkan hak pekerja yang tidak sepatutnya dengan bodoh sombong dlm membuat keputusan...
iii) meng"anak" emas golongan pekerja yang mempunyai kepentingan untuk dirinya tetapi meng"anak tiri"kan golongan pekerja yang tidak berkepentingan peribadi.. Apa cerita?!!!
Pls refer how-to-be-respected-boss. Tak susah pun nak jadi boss yang dihormati, betul tak?
hardy boy : Maybe tiada kena mengena dengan sesiapa, hanya pengajaran semata-mata...

Dream car or just dreaming...
Dream car or I just day dreaming.hahaha. First time jumpa kat Petaling Jaya, tepi kedai masa nak breakfast, terus jatuh hati sampai sekarang, takde penggantinye lagi. Tau-tau wife aku pun berkenan jugak, ade la can nanti kot.
Tapi, just day dream kot..hahaha... Just wait & see...
Tunggu ekonomi stabil dulu (^_^)...

Video honda civic vs honda cbr
Tapi, just day dream kot..hahaha... Just wait & see...
Tunggu ekonomi stabil dulu (^_^)...

Video honda civic vs honda cbr
Subscribe to:
Posts (Atom)