MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, February 22, 2012

Udang Galah (Sea Lobster) & My Pets

Baru-baru nie pergi ke pasar, terjumpa la orang jual udang galah. Dulu teringin juga nak beli, sebab harga lobster ni kalau yang sudah siap masak ialah 100gm= RM25.00. So, aku saje je gatal pergi tanya harga, dia cakap RM50 sekilo (Ada satu pasar lagi dorang jual RM25 sekilo tapi aku tak biasa pergi pasar tu). Bukan setiap musim "makhluk" ni ade, so aku beli la sekilo, dapat la RM50 sekilo sebanyak 4 ekor. (Kalau yang dah siap masak, sekilo harganya RM250.00, mak aiiii memang cukup mahal, tak mampu aku nak makan kat kedai.  Kepala udang galah ni pun dah berapa besar daaa tapi masih ada isi.....
Tauke tu cakap yang saing lebih besar harganya RM70 sekilo.  

So, aku attach la gambar lobster yang siap aku beli nie kat bawah. Dah lama aku nak beli sebab aku kagum tengok ciptaan Ilahi ni, ciri-ciri mewarisi makhluk purba dahulu masih ada dengan bercengkerang keras dan berduri. Memang cukup hebat Ilahi ciptaan makhluk purba ini.... Untuk dapatkan lobster (dek kerana rasanya yang sedap) nelayan terpaksa bertarung dengan bdai yang cukup kuat sebab kat situ la favourite lobster nie suka tinggal. Aku memang suka memasak, aku masak 3 rasa, memang rasanya cukup manis....




Tuesday, February 21, 2012

Kelantan Negeri Paling Miskin ??? Penyataan Dato Seri Najib Mengguris Hati Rakyat Kelantan

Penyataan Dato Seri Najib Yang Mengguris Hati dan Membangkitkan Kemarahan Rakyat Kelantan

Monday, February 20, 2012

TIPS BERCINTA CARA ISLAM

Baru-baru ini, saya menerima satu komen daripada entry saya terdahulu >>>HARAMKAH BERCINTA/BERCOUPLE, jadi saya cuba berikan pandangan saya:-


(Komen pembaca blog saya...)
Assalamualaikum ustaz...saya ingin meminta pendapat ustaz. saya kini sedang mencintai seorang gadis yang mak ayahnya telah bercerai baru-baru ini. sebelum ini kami pernah bercinta di alam persekolahan tetapi tidak kekal. kini dia kembali semula dalam hidup saya. 

Sungguhpun saya bukanlah mempunyai perwatakan yang menarik dan tidak ada yang boleh saya banggakan pada diri saya,tetapi saya lihat dia sekarang dapat menerima saya seadanya. saya serba salah untuk menolak cinta darinya tambahan pula saya masih lagi sayangkan dia dan mak ayahnya telah bercerai. Dia adalah anak yang sulung tetapi perangainya masih lagi belum mentah pada pendapat saya. Keluarganya tidak berapa menitik beratkan solat jadi dia jarang bersolat dan membaca quran. untuk pengetahuan ustaz dia kini berada di tahun peperiksaan spm dan saya pula telah menuntut di sebuah ipta tempatan. 

Saya menjadi serba salah kerana saya takut hubungan kami membawa maksiat. saya juga selalu menasihatkan dia agar bersolat dan mendalami ilmu agama dan dia kini hampir dapat saya ubah kerana dia berjanji dia akan solat. saya tidak sanggup untuk tinggalkan dia tetapi saya tidak dapat jamin masa depannya.bagaimana ustaz?apa yang perlu saya ucapkan padanya sekiranya hubungan kami adalah satu dosa?saya risau kalau saya tinggalkan dia,dia akan kembali lalai dan leka dengan dunia. saya juga bukan lah orang yang baik kerana saya sering menonton gambar terlarang. 

---------------------------------------------

Reply daripada saya :-
Waalaikumussalam. Saya bukanlah seorang ustaz yang mengajar Agama Islam (ustaz= guru) tetapi saya cuba jawab berdasarkan ilmu saya yang cetek ini & sedikit pengalaman untuk dikongsikan...
Memang saya akui, istilah "Couple", "Berpasangan", "Bercinta" membawa pengertian berbeza mengikut fahaman setiap individu. 

Friday, February 17, 2012

Satu Cinta & Mustahilkah Umat Islam Terus Bersatu???

Alhamdulillah, pagi tadi selesai sudah Mesyuarat Agung Kelab Staf di mana saya jadi Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi (disebabkan pengerusi telah berpindah). Sepanjang dalam Kelab Staf, aku telah adakan satu experimen dan aku cabar diri aku, ADAKAH MUSTAHIL UNTUK AKU SATU PADUKAN SEMAKSIMUM MUNGKIN UMAT ISLAM bermula kepada yang terdekat kepada yang lebih jauh???

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini, semua berjalan lancar sebelum rombakan untuk memberikan laluan kepada Jawatankuasa baru cuma sedikit terkilan impian untuk aku adakan program bermalam untuk staf sekeluarga selama 3 hari 2 malam tak kesampaian. Bukan apa, bukan untuk diri sendiri cuma beberapa orang memberikan pengharapan untuk aku ankurkan program tersebut & mereka bersedia mengerahkan segala tenaga (nak menunjukkan mereka betul-betul serius). Alhamdulillah, terdapat beberapa pembaharuan yang aku berjaya kecapi dalam menyatukan semaksimum mungkin hubungan antara staf.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFP0jN48pM4LaAYXs3hNq8uXv4PoINoW_f1Dyiezg1FDCLv1ZbbViRst1dnzzqStYJ2t8bD57g8Aa1WvcVS9NDyZUbbE6PRm6DpYptYqdbnv5ZSzJyTyV7qpJcKxFZ8muVU90J/s1600/sujud3.jpg

Sebenarnya, banyak juga cabaran & dugaan yang aku hadapi cukup untuk mengajar aku supaya lebih cekal & tabah menghadapi segala ujian tersebut sepanjang mengendalikan Kelab Staf ini, cuma tak sesuai untuk aku war-warkan kepada yang lain, biarlah hanya aku yg hadapinya. Niat utama aku ialah Untuk Menyatupadukan Sebanyak Mungkin Umat Islam.
Tapi, kadangkala datang beberapa dugaan. Setiap kali datang pelbagai halangan, aku niatkan bahawa niat aku ialah untuk berbakti untuk staf-staf yang lain, bukan untuk diriku... Dan, semakin banyak dugaan yang datang, aku sedar bahawa aku perlu "meratap" kepada-Nya & insyaAllah Allah akan membantu tanpa kita duga. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita walaupun tiada sesiapa lagi yang mahu bersama diri kita yang hina ini. Bila datang pelbagai dugaan, antara yang aku lakukan ialah aku dengar lagu  "Satu Cinta - Star Five" yang penuh maksud tersirat supaya kita sedar bahawa diri kita ini sebenarnya mungkin tiada apa-apa pun di sisi-Nya....    

Hasilnya, pada pagi ini, beberapa keajaiban telah Allah tunjukkan kepada aku, Alhamdulillah....



---------------------------------------------

Lirik 

Lagu Satu Cinta - Star Five

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Wednesday, February 15, 2012

Konspirasi : Kematian Micheal Jackson Dipalsukan (Michael Jackson Still Alive)???

Semasa tgh layan youtube, terlihat video berikut. Then terfikir sama ada konspirasi Kematian Micheal Jackson  adalah benar atau sebaliknya??? Sama-samalah kita fikirkan (^_^)... 
(Sebelum ni heboh tentang dakwaan peminat Elvis Presley bahawa  dia masih lagi hidup. Wallahualam..).


Perbicaraan Mahkamah Hanya Rekaan??? 

Tuesday, February 14, 2012

ISLAM : VALENTINE DAY MENURUT PANDANGAN ISLAM

Sebelum ini saya pernah berkongsi artikel tentang April Fool yang selalu diraikan termasuklah orang Islam tanpa menyelidiki terlebih dahulu sejarahnya: 


 -------------------------------------------------

Kali ini, minta izin ye utk saya copy paste artikel menarik ini 
daripada sumber : tanbihul_ghafilin.tripod.com

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)
Menurut pandangan Islam
Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDpk6gnxys36kuduLPEUSV-ikgQMgDGT3iT3pP2BYvYCGejfTykL4ABpMTM4NVRk-mZIxPsGpflfVpy_p_LGubKDpBlEqe_sLJBBeqZUQVnbyTlOicW7DTKQ6g-ns9d9w7eRCu/s400/valentines-day-haram-in-islam-300x229.jpgHari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.
 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Thursday, February 09, 2012

Pelik : Budak Kunyah Bata Macam Makan Biskut

NATALIE kini diawasi sentiasa oleh keluarganya.
NATALIE kini diawasi sentiasa oleh keluarganya.


TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.
Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.
Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat
Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Wednesday, February 01, 2012

Macam-macam hal : Akibat Panik

HARDY BOY - AKIBAT PANIK, SEBUAH KEMALANGAN TERJADI YANG SEPATUTNYA MENELAN KOS YANG RENDAH TAK PASAL-PASAL MENINGKAT BERKALI-KALI GANDA... JADI, WALAU APA SAHAJA YANG TERJADI, JANGAN PANIK, COOL JE BARU LA DAPAT FIKIRKAN SOLUTION .....(^_^)....


KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.