MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, February 25, 2011

Dapat Award daripada Nur Gadis Labuan

Create your own banner at mybannermaker.com!Petang-petang jumaat gini biasela, busy sikit, dah la semalam hari Gaji, so hari nie busy plk kelam-kabut nak siapkan keja, next week ade audit...huhuhu... Sape kate keja kt pejabat senang?!! (busy la utk orang yang suke wat keja last-last minute macam saya nie...hehehe...).
Maybe petang nie pkl 6ptg kot baru balik,dah la hari tu rekod saya terkunci dalam bangunan nie dah masuk kali ke-2, last 14 Februari 2011 hari tu, satu lagi tahun lepas, sebabnya Guard yang jaga dorang miss communication sebab pertukaran shif keja... Pastu, saya keluar je bilik staf, tau-tau habis semua lampu dlm bangunan tu dorang tutup, gelap gelita sampai aku teraba-raba cari mane la dorang letak suis lampu tu..huhuhu...
Lepas terkunci kali ke-2, saya diam2 la, malas nak kecoh. 1st time terkunci dulu, saya bengang sampai marahkan security guard yang bertanggungjawab, natijahnya tak lama kemudian, dia berhenti kerja (kesian jugak, sebab aku nie bkn senang nak marah orang..hehehe. Diam-diam gunung berapi, klu sekali meletup, bergegar la dunia nie..hehehe). dah la masa hari kejadian, habis buku laporan dorang aku tulis komen yang pedas sambil mengisi masa lapang menunggu guard buka pintu ... Saya faham, bermacam cerita seram yang ade dlm bangunan nie, security guard pun sampai takut, tapi kalau saya yang kena kunci, ape "aku nie mcm berani sangat ke?!!hehehe".

Tengah busy + tensen wat kerja, thanks kepada Nur Gadis Labuan kerana menghadiahkan award nie (^_^)... Saya sukeee....

 
Blog Nur Gadis Labuan


Thursday, February 24, 2011

JOM TRY BRAIN STORMING, ICE BREAKING, ILUSI OPTIK INI !!!

Salam ukhwah & Thanks to all my visitor & follower, trafik kali nie betul-betul busy berbanding dahulu sampai saya pun tak terjaga blog nie...hehehe.Thanks juga kepada Amyna..(^_^).. 
MY IDOL.?!! hehehe...
Ade beberapa artikel dah saya publish ke luar negara (maksudnya kena la menaip dalam bahasa Inggeris) yang telah dilawati oleh pelawat luar negara seperti MIRACLE OF GOD  dan juga  TAKBAI TRAGEDY  tapi tak larat juga kalau nak mengarang semua artikel In English.hehehe..
Satu lagi entry saya yang sedang hot sekarang ialah
Panduan-Mencari-Kerja-Untuk-Fresh-Graduat.

Hari nie busy sikit, biasela hari nie 24 Februari 2011 merupakan "hari gaji" kepada semua kakitangan kerajaan... Aku pun busy la jugak, melawat ke beberapa bank-bank untuk menyelesaikan beberapa urusan perbankan termasuklah menyambung kembali astro yang dah kena potong (geram jugak sebab dah la dorang daftar alamat aku salah, lain yang aku daftar, lain yang dorang rekod, sebab tu bill tak sampai, last2 kena potong). Nak kena sambung balik terpaksa la bayar tambahan lagi RM20 termasuk bil astro utk 2 bulan(termasuklah utk bln nie skali... Tapi takpe, nasib baik amoi yang jaga kaunter tu lawa, sejuk sikit hati..hehehe ..(gatai)

Then seterusnya aku ke Tabung Haji, menambah sedikit simpanan. Dulu saya & wife dah daftar haji, kena penuhkan RM1300 dalam bank baru bole daftar. Lepas penuh je akaun dlm bank, baru la dapat no giliran. Giliran aku korang tau yang ke berapa?!! Dapat giliran selepas 35 tahun lagi. Tapi pegawai tu ade bagitau klu nak gi awal pun bole, bole la hantar surat rayuan kepada pihak Tabung Haji. Kalau giliran dah tiba, seelok-eloknya penuhkanlah simpanan dalam akaun tersebut sehingga RM11 000. RM1300 yang korang masukkan tadi Tabung Haji bekukan, kalau nak ambil juga wang tersebut (in case la kalau ade hal emergency nak guna duit tersebut) maka korang kena la daftar keluar & no giliran tapi secara automatiknya terbatal.... seelok-eloknya, lakukankanlah Haji ketika kita masih muda belia (macam Tuan Haji Ali, lecturer aku dulu, dah 2 kali dia pergi haji. Panjang citer Tuan Haji nie semasa dia kat Mekah, tapi InsyaALLAH, lain kali saya kongsikan.hehehe)...
(Hajat di hati dulu nak hadiahkan pakej UMRAH kepada isteri sebagai hadiah perkahwinan tapi belum berkesempatan lagi buat masa sekarang. Kos maybe dalam RM3500 seorang..).  

Korang suke tak pendidik/cikgu korang didik korang macam ONIZUKA?!!

Bila jadi pendidik nie, biasela saya suka pakai LCD Projector & laptop. Bukan ape, saya nie memang jenis malas nak menulis kat White Board. Yang seronoknya, bila pakai Projektor nie, saya berpeluang membuli mana-mana student-student saya yang nakal, degil, samseng, keras kepala & suke buat bising. Majoriti student saya adalah remaja 19 tahun ke atas dengan pelbagai perangai & latar belakang. Pendekatan kekerasan tak sesuai, tapi bagi aku pendekatan psikologi ialah paling berkesan. Kalau nak "dera" dorang pun, dera mental lebih mendatangkan kesan berbanding dera fizikal...hehehe.. 

Kekadang saya gunakan pendekatan yang digunakan oleh dalam citer "GREAT TEACHER ONIZUKA", memang berkesan, akhirnya mereka secara automatik hormatkan kita, "Kalau Tak Percaya, Cubalah..hehehe).  Jadi pendidik nie, aku kena memainkan peranan sebagai pelakon filem, kena memainkan semua watak serius, garang, kelakar, sedih, gembira, boring dan bermain dengan emosi student termasuklah jadi GANAZ & SAMSENG kekadang bile keadaan memakse.hehehe...
Dalam kelas, saya nie kekadang seorang yang pemalas, so dengan penggunaan POWER POINT, ia akan membantu kemalasan saya ini (yela, kekadang satu kelas sampai 4 jam non-stop, petang plk tu). Kemalasan ini menyebabkan saya menyukai kepada para pelajar yang pemalas dan suka buat bising dan POWER POINT telah mengubah hidup saya {macam dalam iklan plk(^_^)}. Pelajar yang malas nie la yang akan jadi mangsa membaca kesemua perkataan di dalam SLIDE POWER POINT tu & kena terangkan, then aku akan sambung terangkan dgn lebih detail..... (Bukan ape, dorang nie pemalu nak bercakap depan orang ramai, so kite pergunakanlah sepenuhnya kelemahan tersebut.hehehe.. Lepas tu baru dorang tau susah juga keja pensyarah nie nak kena mengajar/bercakap 4 jam).

BILA DORANG DAH PENAT, SO, SAYA AKAN SHARE LA SLIDE PICTURE DI BAWAH SUPAYA DORANG RELAX & SAMA-SAMA BRAINSTORMING..... 
(bukan main panjang mukaddimah, baru nak masuk isi.hehehe..Kesian korang kena bace..)...


SILA KLIK DI BAWAH YE UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA ...(^_^)...

Friday, February 18, 2011

Thanks A Lot Myna For "PREVIEW : HARDY BOY PUNYA BLOG!"

Kejutan untuk petang-petang Jumaat yang Mulia nie bila rakan sepejabat Puan Amyna dengan baik hatinya promote my blog...hehehe.. Rase segan plk, sebab sape la saya nie, muka xhensem, hidung tak mancung, pipi plk macam keta sorong..huhuhu..... I really appreciate it

Thanks Puan Amyna, terkejut sampai hilang mengantok petang-petang gini. hehehe.... Yang paling saya xleh terima ialah ayat2 promote@pujian tu, adusss, xlayak rasanya utk diri yang hina nie. Sapa la saya nie, siap Myna tlg promote blog saya lg..hehehe...
Anyway, terima kasih banyak2... (^_^) (Berapa banyak terima kasih daa.....). 

Thanks juga kepada Cik Dymna, orang yang paling comel dlm kolej kitorang..hehehe...


 
pls click here!!!
Blog Puan Amyna


 
Pls click here...
Blog Puan Amyna

About myself (yang orang lain tak tahu):

Wednesday, February 16, 2011

GAMBAR-GAMBAR KEAJAIBAN ALLAH






Amazing Photos - ~MIRACLES OF GOD~

Pls "like" at blogobo.com/in/627/0/




Monday, February 14, 2011

KEJATUHAN HUSNI MUBARAK & HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY....



Salam Maulidur Rasul

SALAM MAULIDUR RASUL. SELAWAT DAN SALAM PADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Assalamualaikum,

Esok adalah hari kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi dan semoga kita menjadi hamba yang paling dekat dgnnya di akhirat nanti..
Dan hari ini sambutan valentine. Kepada generasi Islam, tak perlu kita menyambut valentine jika kita sendiri tidak tahu cerita sebenar dibalik perayaan valentine..

Kejatuhan  kepimpinan Husni Mubarak, membawa khabar gembira kepada umat Islam seluruh dunia khasnya di Mesir.  
MEDIA DI MALAYSIA BAGI SAYA MASIH KURANG MENG"HIGHLIGHTKAN"/ MENGHURAIKAN MENGAPA/PUNCA RUSUHAN INI BERLAKU DENGAN LEBIH MENDALAM, MAYBE UNTUK MENGELAKKAN PERISTIWA "HITAM" NEGARA DAHULU BERULANG LAGI KOT?!!"Kesempatan bertemu seorang imam (lepasan Universiti di Mesir) semasa kenduri 2 minggu lepas semasa rusuhan dengan marak berlaku di Mesir, beliau menceritakan bahawa "Jika Husni Mubarak berjaya diguling/ditumbangkan, kebarangkalian "bahang" tersebut akan merebak ke seluruh negara-negara Arab dan yang paling ketakutan ialah Israel iaitu sekutu Mubarak di mana Mubarak sanggup mengorbankan rakyat Mesir demi untuk menyelamatkan Israel. Isteri Mubarak yang rata-ratanya ramai sedia maklum merupakan seorang Israel. 
Kekejaman Mubarak memang secara jelas ingin membiarkan jiran Mesir iaitu rakyat Palestin mati terseksa dengan secara bongkaknya mewar-warkan kepada dunia dengan mengebom secara habis-habisan terowong-terowong yang kononnya "haram" yang menjadi nadi rakyat Palestin (digali untuk menyalurkan bekalan makanan dan perubatan serta keperluan asas rakyat Palestin), supaya tiada lagi rakyat Palestin yang "menceroboh" Mesir (demi untuk meneruskan kelangsung hidup rakyat Palestin ini). Tak cukup dengan itu, Husni Mubarak jugalah yang memainkan peranan penting mengarahkan  cerucuk-cerucuk besi ditanam bagi menghalang terowong-terowong ini menembusi sempadan Mesir. Masakan rakyat Mesir tidak rasa bersalah kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu dengan membiarkan saudara Palestin mereka meninggal di depan mata lantaran kebongkakan Husni Mubarak.
Tambah Imam tersebut lagi, Husni Mubarak turut diumpamakan oleh rakyat Mesir sebagai "FIRAUN" moden diatas segala kezalimannya termasuklah mengamalkan pemerintahan kuku besi. Tambah Imam tersebut, jika Husni Mubarak dapat digulingkan (sesuatu yang rasanya amat mustahil dan tak terfikir oleh akal), maka ia akan menjadi kebangkitan negara-negara Arab yang lain terutamanya jiran-jiran Mesir (hal tersebut telah pun terjadi sekarang dan Amerika sekalipun tidak mampu berbuat apa-apa). Jika negara-negara Arab ini bangkit, umat Islam akan mula berkuasa serta akan kembali ke zaman kegemilangan Islam dan kemungkinan tidak lama kemudian Imam Mahdi akan muncul menandakan tanda-tanda akhir kiamat yang akan berlaku (keadaan tersebut menjadi faktor mengapa "pihak tertentu" cuba menghapuskan Islam kononnya untuk melambatkan kiamat....

Hakikatnya, media tempatan masih lagi, media elektronik dan cetak sekarang pun semakin peka berbanding dahulu yang tidak mewar-warkan perayaan Valentine Day secara terang-terangan berbanding tahun-tahun terdahulu, maybe dorang nie dah peka dengan sensitiviti umat Islam lebih-lebih lagi sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 15 Februari 2011, sehari selepas Valentine Day ini... 
 Kesinambungan daripada tajuk terdahulu April-fool-mengungkap-tragedi,   saya terasa untuk post berkenaan Valentine Day nie, tapi tak berkesempatan untuk detailkan pencarian kerana sibuk sikit dengan kelas hari nie, ngajar Autocad yang dah lama aku tinggalkan & ingat-ingat lupa, tapi nasib baik dapat student yang memahami..hehehe... Alasan yang aku berikan, "Belajar nie kita bukan perlu hafal, yang penting faham serta  "try & error!!!".  Bila aku tanye student, rata-rata dorang faham kenapa mereka dilarang meraikan perayaan ini, sempat la aku berkongsi sedikit ilmu berkenaan tajuk ini...

Friday, February 11, 2011

KEAJAIBAN ISLAM, AL-QURAN DAN KEBESARAN ALLAH


MIRACLE OF ISLAM

(Sambungan daripada post saya terdahulu 

i)subhanallah-ada-sungai-dalam-laut

ii) Quran-book-of-timeless-guidance  

iii) bahtera-nabi-nuh-ditemui.html)

Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut.
Nebula Laguna
 Hardy boy : Baru-baru ini saya bekesempatan menonton dokumentari berkenaan Albert Einstein yang bagi saya amat mengagumkan. (Kemudahan ade astro kat rumah dengan pelbagai channel menyebabkan aku kekadang pening tak tahu channel mane satu nak tengok. tau-tau hujung bulan pening nak bayar bil.hehehe. Kalau nak release tensen kekadang aku masuk ke channel entertainment walaupun sebenarnya aku lebih sukakan kepada channel dokumentari, dan engineering, supaya dapat tambah knowledge & minda menjadi lebih terbuka dengan pelbagai ilmu pengetahuan walaupun ade sesetengah info yang perlu ditapis terlebih dahulu sebelum diserap (^_^). Aku pun bukan jenis suka tengok bola (tengok orang dok berebut-rebut bola yang sebijik tu, lain kali beli la banyak-banyak supaya tak berebut..hehehe.. Kepada Kaki Bola, jangan marah ye (^_^). Dengan segala info, kekadang aku rase betapa kerdilnya diri ini jika hendak dibandingkan KEBESARAN Yang MAHA ESA..).


Semua masyarakat dunia kagum dgn Albert Einstein pada 1921 setelah teori teori relativiti dapat dibuktikan melebihi 10 tahun selepas teori tersebut dicipta beliau. Dalam masa yang sama, beliau mendapat saingan daripada saintis lain yang menentang teori beliau tersebut mengenai teori relativity. (Sila klik pada http://princehardy.blogspot.com/2011/02/albert-einstein.html)
Kesukaran untuk membuktikan teori tersebut ialah, Albert Einstein terpaksa menunggu kejadian gerhana yang terjadi selepas tempoh berbelas tahun sekali. Percubaan pembuktian pertama beliau gagal setelah beliau mengalami masalah teknikal jadi beliau terpaksa menunggu tempoh gerhana 14 tahun kemudiannya(jika saya tidak silap). Untuk percubaan kedua, dengan mendapat saingan daripada saintis-saintis lain, beliau akhirnya berjaya membuktikan teori tersebut. Berita tersebut membawa kepada berita gempar kepada masyarakat dunia yang turut memaparkan berita tersebut pada dada akhbar. Seterusnya, hasil lanjutan daripada pembuktian teori tersebut, Albert Einstein berjaya mencipta teori berkenaan dengan gerhana(esclipse) yang seterusnya melanjutkan kepada penerokaan black hole, seterusnya sehinggalah kepada penciptaan laser dan sebagainya hasil daripada teori-teori beliau.

Apa yang lebih mengagumkan, teori-teori Albert Einstein yang mengagumkan dunia itu, semuanya telah lama dinyatakan di dalam AL-Quran sejak kelahiran Nabi Muhammad melebihi 1432 thn yang lalu.
InsyaAllah, jika berkesempatan, saya akan huraikan dengan lebih lanjut dan sertakan dalam post saya yang akan datang...


ALBERT EINSTEIN

 Hardy boy : Baru-baru ini saya bekesempatan menonton dokumentari berkenaan Albert Einstein yang bagi saya amat mengagumkan. Semua masyarakat dunia kagum dgn Albert Einstein pada 1921 setelah teori teori relativiti dapat dibuktikan melebihi 10 tahun selepas teori tersebut dicipta beliau. Dalam masa yang sama, beliau mendapat saingan daripada saintis lain yang menentang teori beliau tersebut mengenai teori relativity. (Sila klik pada http://princehardy.blogspot.com/2011/02/albert-einstein.html)

Kesukaran untuk membuktikan teori tersebut ialah, Albert Einstein terpaksa menunggu kejadian gerhana yang terjadi selepas tempoh berbelas tahun sekali. Percubaan pembuktian pertama beliau gagal setelah beliau mengalami masalah teknikal jadi beliau terpaksa menunggu tempoh gerhana 14 tahun kemudiannya(jika saya tidak silap). Untuk percubaan kedua, dengan mendapat saingan daripada saintis-saintis lain, beliau akhirnya berjaya membuktikan teori tersebut. Berita tersebut membawa kepada berita gempar kepada masyarakat dunia yang turut memaparkan berita tersebut pada dada akhbar. Seterusnya, hasil lanjutan daripada pembuktian teori tersebut, Albert Einstein berjaya mencipta teori berkenaan dengan gerhana(esclipse) yang seterusnya melanjutkan kepada penerokaan black hole, seterusnya sehinggalah kepada penciptaan laser dan sebagainya hasil daripada teori-teori beliau.

Apa yang lebih mengagumkan, teori-teori Albert Einstein yang mengagumkan dunia itu, semuanya telah lama dinyatakan di dalam AL-Quran sejak kelahiran Nabi Muhammad melebihi 1432 thn yang lalu. (
princehardy.blogspot.com) 
InsyaAllah, jika berkesempatan, saya akan huraikan dengan lebih lanjut dan sertakan dalam post saya yang akan datang...

Albert Einstein


Albert Einstein
Albert Einstein (14 Mac 187918 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".
Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.

 

Wednesday, February 09, 2011

TRAGEDI BERDARAH MASJID AL-FURQAN, NARATHIWAT, THAILAND

Sambungan daripada post terdahulu tragedi-berdarah-tak-bai-narathiwat.

TRAGEDI BERDARAH MASJID AL-FURQAN,  NARATHIWAT, THAILAND

DI SEBALIK TRAGEDI SOLAT ISYAK

Sila klik untuk menonton video kekejaman terhadap umat Islam!!!


MANGSA KEGANASAN DI MASJID FURGAN, SOUTH OF THAILAND SEMASA KAUM MUSLIMIN SEDANG MENUNAIKAN SOLAT ISYAK...
(military suspected involved in this tragedy!!!)
Tragedi Masjid Al-Furqan di Narathiwat, Thailand baru-baru ini mengimbas kekejaman peristiwa Masjid Kerisek dan insiden Tak Bai pada 2004.






60 PANDUAN UTK MENDAPATKAN JODOH / PASANGAN

~MENCARI JODOH~
Artikel ini dari Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan petua mendapat  jodoh yang boleh kite kongsi bersama.
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.