MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, September 30, 2010

Our dream house

Thanks to my sister in-law for post this pictures.
Alhamdulillah, setelah setahun lebih, hampir siap rumah kitorang nie, impian our famly. Masing-masing macam tak sabar nak pindah ke rumah baru.

Tapi sayang, tuan punyer rumah tak dapat tinggal lagi di rumah nie sebab masing-masing dok di perantauan di 2 tempat berbeza, kena merentasi lautan selama 2 jam 45 minit baru bole berjumpa sebulan sekali, tu belum kira nak balik ke Kelantan lagi....


Alasan kitorang beli rumah, supaya bole dijadikan alasan kalau terasa nak berpindah balik Kelantan bila dah sampai masanya nanti & sebagai pelaburan masa depan...

Father & mother-in-law asyik tanye, "Bila nak balik?".
Kitorang jawab, "Maybe hujung tahun baru balik kot, insyaAllah".
(Bulan 10 hingga bln 12 nie merupakan bulan yang busy dgn program & exam + nak kejar silibus).

So, solat hajat untuk masuk ke rumah baru maybe akan diadakan tanpa kehadiran kitorang + aku pun tak dapat nak tolong pindahkan barang-barang...

Rombakan baru kolej-kolej di Malaysia nie akan diadakan tak lame lagi, hopefully membawa khabar gembira untuk aku (walaupun berita tu aku sure merupakan khabar mendukacitakan kpd beberapa orang yang terpilih). Hopefully, biarlah aku jadi org yang dipilih tu... (^_^)







Tuesday, September 28, 2010

Panduan Mencari Kerja (untuk fresh graduate)

REZEKI ALLAH YANG MENENTUKANNYA.

Saya dedikasikan entry ini kpd anda... Tujuan saya menulis entry ini
"i) Diharap post ini dapat membantu anda semua mencari kerja untuk sesiapa  yang akan atau telah menamatkan pengajian.
ii) Kepada student yang masih lagi belajar, saya harap entry saya ini dapat membuka minda dan membantu anda untuk mempersiapkan/melengkapkan diri (build-up yourselves) semasa di Institusi Pengajian anda dengan segala yang diperlukan sebelum anda memasuki alam pekerjaan.
iii )Kepada yang telah bekerja tetapi nak bertukar pekerjaan lain, diharap entry saya ini dapat membantu anda mencari kerja-kerja yang lain.. hehehehe..." .                                       

Yang penting, berusaha, berdoa dan bertawakkal. (^_^)
____________________________________________________________________

To Fariza, Fairuz, Shamie & beberapa student yang lain, harap post dapat membantu you all..hehehe… Saya cadangkan anda memilih pilihan ke-6 di bawah (melayari beberapa laman dan daftarlah dengan web mencari kerja yang terkenal) . Efektif, jimat kos & tak memenatkan.... (^_^).

Biodata diri saya. Semoga dengan sedikit pengalaman-pengalaman saya dapat membantu anda semua. Ilmu yang bermanfaat yang disebarkan akan menjadi saham pahala walaupun sesudah kita meninggal dunia...
"Manusia biasa hanya belajar melalui pengalaman sendiri tetapi manusia hebat akan belajar melalui pengalaman orang lain"
 Saya paling tak suka bila para pelajar mengeluh "KALAU BELAJAR TINGGI-TINGGI PUN AKHIRNYA MENGANGGUR JUGA", "SUSAH LA NAK DAPAT KERJA ENCIK SEBAB KERJA SEKARANG NIE SEMUANYA KENA PAKAI KABEL/ORANG DALAM"(sedangkan bagi aku dorang sendiri pun tak pernah mencuba, kalau tak sure dorang tau yang 90% kerja yang akan ditawarkan kepada mereka nanti adalah daripada yang tidak menggunakan orang dalam). 
Bagi aku, faktor student yang menganggur ini ialah kerana mereka tidak tahu jalan bagaimana hendak mencari pekerjaan sedangkan kerja banyak terdapat di Malaysia nie. Mereka kena banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal, rezeki semuanya Tuhan yang Tentukan tapi kalau usaha mencari kerja tak cukup, macammana mereka hendak ditawarkan kerja. Kekadang saya berminat juga untuk mengadakan ceramah kerjaya untuk berkongsi ilmu-ilmu ini.
Saya sendiri pun mengalami situasi yang sama macam mereka, berpendapat macam mereka, sebab di universiti dahulu tak pernah saya didedahkan mengenai ceramah Panduan Mencari Kerja ini. Berbulan-bulan saya tak dapat kerja sehinggalah Tuhan berikan saya sedikit cahaya/jalan. Tak lama kemudian, barulah saya temui LUBUK KERJA KOSONG ini di sungai yang orang menyangka tiada ikan di situ. Daripada langsung tiada ditawarkan kerja, sehinggalah suatu ketika saya pernah ditawarkan beberapa pekerjaan sebagai jurutera setiap minggu yang menyukarkan saya untuk membuat pilihan (tak tahu nak pilih mana satu). Jadi, pengalaman tersebut biarlah saya berkongsi dengan anda semua di sini...

Kepada yang ingin melanjutkan pelajaran, walaupun anda hanya mempunyai sijil, (saya menyokong usaha anda itu) percayalah anda juga mampu untuk menggenggam segulung ijazah, sarjana ataupun Phd jika anda mahu seperti yang dilakukan oleh adik saya, walaupun jalannya berliku-liku, terpaksa "berpatah sayap, bertongkat dagu", akhirnya beliau sekarang telahpun memiliki segulung ijazah. Jalan tersebut perlu dicari (mungkin lanjutan daripada post ini, saya akan berkongsi tips-tips tersebut pada masa akan datang).
 ____________________________________________________________________________




Ada beberapa orang student yang jumpa saya termasuklah masa balik cuti raya baru nie bertanyakan kaedah mendapatkan kerja. Ada seorang tu, dah setahun lebih dah menganggur, ada beberapa orang lagi baru je menamatkan pengajian & ada beberapa orang student masih lagi belajar tapi risau jika menganggur bila tamat belajar nanti.

Ade student jugak yang bagitau "Encik, nanti Encik buka la syarikat, pastu amik la kitorang keja!!!".
Balas aku "Tak mau la saya amik korang keja, datang kelas pun lambat, klu keja sure datang lambat, wat rugi saya jer...".
Tergelak satu kelas...

So, sebagai pendidik kena la cuma bagi mata pancing je kepada dorang nie, jangan bagi ikan, baru la dorang tau cari makan sendiri. Kalau main rekmen je dorang keja, kalau dorang kena marah dengan boss sampai berdarah-darah telinga (perkara biase kena marah & kita marah orang dlm sektor swasta) , sure dorang berhenti keja tak lama kemudian.
Kalau dorang nak dapat keja pun susah, so sure dorang berfikir 2 - 30 kali la klu bercadang nak resign....


Sebagai pensyarah plk, sudah tentu saya mahukan semua pelajar saya mendapat pekerjaan yang terbaik (melainkan para pelajar yang memang malas, kelas pun jarang hadir, belajar pun main-main, takde disiplin, assignment pun meniru atau langsung tak hantar.hahaha).
Kegagalan untuk dorang mendapatkan pekerjaan merupakan kegagalan pendidik juga... Macam pegawai JPKK yang bgtau kitorang hari tu, student menganggur bukan disebabkan takde keja tapi dorang tak tau cara nak cari keja. Bila student mengganggur, mula la parent dorang cakap IPT itu ini tak bagus (walaupun anak dorang memain je bila datang belajar....).


Dedikasi untuk para pelajar ku & anak bangsa ku


Petikan daripada post aku terdahulu




6) Sedarkah bahwa kamu semua sedang berada dalam LOMBONG EMAS iaitu semasa di Institusi Pengajian… Bukan semua orang mampu untuk membawa keluar emas daripada tempat ini… Kamu hanya diberikan masa hanya 3 bulan sehingga 2 tahun sahaja. Habis sahaja tempoh tersebut, percayalah bahawa kamu mungkin akan menyesal sepanjang hayat jika tidak menggunakan menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin…..
(Masing-masing ketika itu terdiam seketika…).. Tenaga pengajar di sini bukan calang-calang orang, semuanya mempunyai kepakaran masing-masing.


7) Aku bertanyakan dorang,

“Berapakah gaji kamu jika kamu bekerja dengan sijil SPM?!!!


Ada beberpa student menjawab“RM300 Encik!!!”


Aku : Jadi, berapakah gaji kamu apabila berjaya mendapatkan sijil?


Ada beberapa student cakap RM500, RM800, RM1000 dan macam-macam lagi…

Aku : Percaya tak jika saya cakap bahawa sekurang-kurangnya kamu akan dibayar gaji RM800 untuk fresh-graduate, sehingga RM3000?!!!

Untuk fresh, jika termasuk elaun & Overtime, kamu bole mendapat gaji sehingga RM1200…


Banyak tak RM1200?!!


Student : Banyak Encik!!!!


Aku : Percaya tak kamu semua bahawa gaji kamu semua boleh mencecah RM3000?


Student : Semua terkejut & terdiam….

Aku : Tapi, percaya tak kamu semua jika dengan sijil, kamu berpeluang untuk mendapatkan gaji sehingga RM8000 sebulan jika kamu tahu berbahasa Inggeris?


Student : Semua terkejut & terdiam lagi….

Friday, September 24, 2010

Peristiwa Kecurian Pencuri Profesional Di Masjid UTHM

~Suspek Pembunuhan Datuk Sosilawati~
Takde kaitan langsung dengan post nie cuma bila aku tengok para penjenayah nie (termasuk la wajah pencuri dalam post aku kali), kenapala wajah kebanyakan penjenayah (termasuklah juga yang telah dihukum) tak sekejam jenayah yang dorang lakukakan, wajah macam rupe orang tak bersalah(innocent) walaupun memang terbukti dorang bersalah?!!




Thanks a lot to all of my blog visitors... Terasa segan plak klu ade orang bace blog aku nie. Yeala, blog nie aku create tahun 2004 masa futher study degree. One of my best member, Zizan cakap,
"Nape create blog, bkn best pn blog ko, xde orang bace pun..."
.
Memang pun, eventhough member2 & isteri aku sendri pn xbace sgt.hahaha....


Memang takde orang bace pun, melainkan orang yang tersesat tertaip ape2 sampai terlink ke blog aku...(^_^). Klu member2 enter my facebook, klu dorang alert, dorang akan jumpe la link ke blog aku nie... At least aku dapat berkongsi sesuatu ngn dorang...

Bahan kes yang dicuri pencuri..

Sebenarnya, tujuan asal blog ni aku create thn 2004 just untuk memudahkan aku search ke link-link dalam alam maya (bukannya alam barzah) & upload data-data penting untuk mengelakkannya daripada hilang.... So, satu-satunya orang yang bace blog nie, hanyalah diri aku sendiri (syok sendiri kot)..hahahaha...


Blogger yang aku paling minat dulu ialah Anna Abadi (http://www.geocities.com/azdriana).. Memang aku minat artikel dalam blog dia, sampai masa tengah feeling, jatuh hati dgn blog Teratak Anna Abadi tu, one day, dapat khabar mendukacitakan yang penulis blog tu, Anna telah menyahut panggilan ilahi.... Betapa kecewa, lebih-lebih lagi bila dah tak dapat masuk ke blog tu lagi...


Ade beberapa tajuk sensitif/berguna dalam blog nie yang aku tengok antara paling ramai orang surf.... Hopefully, apa yang aku kongsikan tu menjadi sesuatu yang bermanfaat & dapat membantu korang...

Bahan kes

Banyak artikel/material yang ingin dikongsikan cuma tidak berkesempatan lagi buat masa nie... Yang terbaru ialah pengalaman yang tak dapat aku & seluruh keluarga aku tak dapat lupakan pada 8 Ogos 2010 (iaitu masa besday aku), semasa convocation masters degree kat UTHM... 2 orang anak beranak pencuri berjaya mencuri beg tangan adik aku & hampir-hampir berjaya mencuri beg tangan mak aku juga....

Thursday, September 02, 2010

Semporna & Sipadan..eeeiii Geramnya....

Semporna & Sipadan..eeeiii geramnya....
Memang geram sangat-sangat tentang dua tempat nie lebih-lebih lagi semua pulau-pulau sekitarnya Semporna......

Dan aku paling tak suka bila TV selalu jer 2 3 menjak nie paparkan kawasan-kawasan pulau-pulau nie...

Klik gambar untuk menonton MAJALAH 3, 31 JULAI 2010


Dan aku juga tak suke bila selalu jer dalam TV tu cakap pulau-pulau nie adalah pulau yang tercantik di dunie... eeiii, memang geram sangat-sangat.... Majalah 3 ngn astro pun asyik dok tayang pulau-pulau nie jer....memang geram...


Nape aku GERAM sangat nie?!!!
SEBAB UTAMANYA, walaupun 1 September lepas genapnya 1 thn aku kat Sabah nie, belum pernah aku berpeluang g kat pulau-pulau sana, bukan jauh pun, 1 jam lebih jer....

Pelik la aku, nape la member2 aku pun bukan jenis kaki jalan (ye la, dorang smua dah pencen dah semenjak dah kawin nie, byk komitmen)..... Kalau setakat shopping, aku dah puas dah mengukur shopping-shopping complex kat KL dulu, so, kena ubah hobi la plk memandangkan umur dah tua nie....


BESTNYE KALAU LA DAPAT GI SANE sementara masih berada di Bumi Di Bawah Bayu nie..... huhuhu.......GERAM, GERAM..... (^_^)



Wednesday, September 01, 2010

Project Cameron masuk Majalah 3 lagi....

Klik gambar untuk menonton video (MAJALAH 3 28 OGOS 2010)...

Tambah satu lagi sejarah dlm hidup aku, balik jer sembahyang terawih 28 Ogos 2010, buka jer tv3 (one of my fovourite documentary program), bukan main terkejut lagi, tak sangka my project kat Cameron dulu masuk majalah 3 lagi ..hehehe...(kesinambungan daripada post 11 April 2010 dulu. Walaupun aku tak masuk tv, tapi terasa susah payah menyiapkan projek tu macam terbalas, terasa kepuasan yang tak terhingga sebab hasilnya dihargai oleh orang lain.. (^_^) .


Klik gambar untuk menonton video (MAJALAH 3 10 APRIL 2010- part 1)



Klik gambar untuk menonton video (MAJALAH 3 10 APRIL 2010- part 2)


Klik gambar untuk menonton video (MAJALAH 3 10 APRIL 2010- part 3)

Klik gambar untuk menonton video (MAJALAH 3 10 APRIL 2010- part 4)



Dulu memang terasa tertekan, baru je masuk kerja, 2 bulan kemudian bos bagi arahan 24 hour, hari Ahad plk tu, hari Isnin esoknya aku dah sampai Cameron sebab dapat arahan projek tu kena disiapkan on time, dah la schedule orang dulu dah lambat beberapa minggu, geram jugak, bebannya aku plk yang kena kejar schedule tu balik (Sure work schedule dia lambat kalau datang site cuma spend masa 3 hari je seminggu untuk bagi arahan, pastu balik KL. So, banyak keputusan yang kena diputuskan secara drastik, tertangguh. Bila keputusan tertangguh, kerja pun tertangguhla....


Projek Cameron tu memang dikategorikan sebagai "projek sakit", macam-macam masalah yang kita tak duga muncul kat site setiap minggu ataupun maybe setiap hari. Macam ada sumpahan sebab boleh dikatakan ramai engineer yang berhenti sebab pressure yang terlampau tinggi, ada juga engineer orang putih yang bunuh diri (sebab semasa proses terowong itu di gali, walau dah cuba pelbagai cara & teknologi terkini, terowong yang digali tu masih tidak lurus dan tidak sampai ke lokasi yang sepatutnya. Akhirnya, terowong laluan masuk tersebut terpaksa dipesongkan menuju ke terowong air). Sebab itula, semasa kita memasuki terowong tersebut, kita akan dapati terowong tersebut tidak lurus. Orang kata, sebelum tu dorang buat parti makan ayam dlm tunnel tu, so jin-jin marah kot sampai pesongkan kedudukan terowong daripada tempat yang sepatutnya...).

Dalam projek ni, ada 2 senior engineer yang mati terkena sakit jantung (sorang tu meninggal sebab terlalu kuat bekerja, sampai site sebelum anak dia bangun tido, balik rumah plk lepas anak dia tido. Yang sorang lagi tu, terlalu kuat sangat makan rasuah sedangkan kerja malas, asyik minta rasuah jer + suka sangat sabotaj kerja aku (sebab aku mmg bencikan rasuah or bagi duit kopi), akhirnya meninggal dalam meeting sebab terkejut tak dapat jawab soalan mengenai projek tu).


Akhirnya, sumpahan tu betul-betul jadi kat aku, tapi aku tak meninggal lagi, cuma aku berhenti kerja je, lepas aku nekad berhenti kerja sampai tahap maksimum untuk siapkan projek tu...
Kesannya, 3 bulan pertama kat site, setiap malam aku mengigau-ngigau sebab stress memikirkan beberapa masalah yang pelik-pelik yang kena diselesaikan setiap hari.

Yang menyakitkan hati, ade juga beberapa cubaan sabotaj projek oleh 2-3 orang (dorang nie ikan bilis jer, jerung kat atas pun tak kacau aku). Ade juga kes semasa projek berjalan dorang nie mmg susah nak ade kat site, bila projek siap je, mcm2 menda dorang suruh rombak, hari nie cakap lain, esok cakap lain, supaya buku laporan kerja dorang sentiasa penuh setiap hari, kononnya nak tunjuk kat bos dorang buat kerja la sebab banyak "masalah site" dorang berjaya selesaikan setiap hari.

Yang paling menyirap, sikap mengada-ngada 2- 3 orang nie bila dok dpn bos dorang, cakap macam semua menda tau, tau la nak kipas boss pun, tapi periuk nasi aku dorang selalu tabur dengan pasir. Hasilnya, bila asyik ubah itu ini, kos pun naik 2-3 kali ganda, bila projek lambat siap aku plk yang jadi mangsa dipersalahkan. Nama aku plk naik klu projek bermasalah, kalau berjalan lancar, dorang mengakulah yang semuanya kerja dorang, jual nama dorang. Tapi Allah Maha Adil, tak lama kemudian, mereka semua dah menerima balasannya. Berbanding boss-boss dorang yang banyak membantu aku dulu, aku dengar crita periuk nasi dorang pun dah bertambah-tambah ( maybe kerana tak kacau periuk nasi orang lain, bahkan tolong tambah nasi dalam periuk orang), jawatan sekrang pun dah dinaikkan dengan jawatan yang lagi besar ditambah dengan rezeki yang aku tgk semakin melimpah luah (^_^).

Dalam projek ini, aku bekerja di bahagian construction. Bila dah siap, projek tersebut telah diserahkan kembali kepada bahagian TNB penyelenggaraan (umpama kitorang siapkan kereta, kemudian dorang la yang kena jadi kereta tu elok-elok. Tapi, nak jaga/menyelenggara kereta tu tak sesusah nak bina kereta tersebut, tapi ianya hendaklah berterusan..).

Terowong hidrolektrik tersebut berusia lebih 50 tahun. Selepas 50 tahun, semua isi perut dikeluarkan, digantikan dengan semuanya baru & projek dibesarkan untuk menampung beban yang semakin bertambah dan beberapa bangunan ditambah serta diupgrade dengan teknologi yang futuristik/canggih. Ibarat rumah yang dikosongkan 100%, kemudiannya dicat baru, di touch-up kembali cantik-cantik, dibaiki retak dan semua lubang, ditambah teras supaya tidak runtuh, dibuat renovation dan diperbesarkan untuk menampung beban yang berat berat serta penghuni yang ramai....

Bila dah habis bermandi keringat & darah, akhirnya projek tu siap juga pada 2008 dan diserah sepenuhnya bln Mac 2010 selepas selesai tempoh pengujian dan "defect clearing" . Ade jugak orang putih pun pelik macam tak percaya macammana "engineer kampung" mcm aku berjaya siapkan projek2 yang pada asalnya dorang pandang rendah kpd aku, akhirnya aku berjaya duduk semeja dgn dorang ( Aku sedih juga, kekadang dlm projek2 nie, orang Melayu sendiri pn lebih percayakan orang-orang putih ni daripada anak bangsa sendri, sabar jer la..).
Sekurang-kurangnya, bila aku dah meninggal nnti, ade peninggalan yang aku tinggalkan...




hardy boy : So, tahniah untuk kejayaan-kejayaan TNB. Siapa kata rakyat-rakyat Malaysia tak hebat?!! Projek-projek ini semua menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya rakyat Malaysia & anggota TNB bekerja keras yang terdiri drp pelbagai kaum. Orang putih pun tunduk hormat kpd kita apabila kita berjaya buktikan kpd mereka kehebatan kita. Trully? I have proved to them in this mega projects (^_^)....


Tapi bila search video melalui youtube, "NAMEWEE FUCK TNB MALAYSIA (with eng sub)", kebiadaban mamat nie mnyebabkan berasap juga hati nie... Komen-komen yg menyokong dlm youtube tu juga bole tahan pedasnya, tak paham la aku...
Kalau la TNB dapat berikan pengajaran kepada mamat nie, baru la dia sedar kot. Bila aku tgk mamat nie, teringat aku kepada Ah Choy, pekerja aku yang selalu sangat memeningkan kepada aku dulu sampai hampir-hampir aku nak bergaduh... eventhough most of my Chinesse friends are helpful friends, understanding & nice person like my ex-housemate/ex-roommate, Mr. Dennis...

http://www.youtube.com/watch?v=hAHQGvFqcSE

http://www.rindok.com/blog/video-namewee-fuck-tnb-malaysia-with-eng-sub/


Youtube ~ "NAMEWEE FUCK TNB MALAYSIA"



Youtube ~ "NAMEWEE FUCK TNB MALAYSIA"