MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, April 25, 2013

Jangan Bersedih - La Tahzan


Duhai mata yang sedang menangis

  credit to: Fatimah Syarha


Duhai mata yang sedang menangis,

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir di pipimu adalah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di mata dan di tubuhmu kemudiaan disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini matamu masih mampu menangis.

            Aduh!

Wednesday, April 17, 2013

Penyebaran Hadis Palsu

~Islamic section~
 
hardy boy - Dalam media sosial kini, memang terlalu senang untuk share apa sahaja yang difikirkan bermanfaat di alam siber. Tak salah niat tersebut, cuma kena lebih berhati-hati dalam penyebaran sesuatu yang tidak sahih sumbernya, kena selidik betul-betul daripada mana sumber asalnya dan jangan hingga mengundang fitnah..
Hadis terbahagikan kepada 5 kategori iaitu :
1 : Mengenali Hadis
2 : Hadis Sahih
3 : Hadis Hasan
4 : Hadis Dhaif
5 : Hadis Maudu’


Ciri-ciri hadith sahih: 
1- Rangkaian sanad bersambung
2- Perawi yang adil
3- Penjagaan yang baik
4- Tiada syaz (janggal)
5- Tiada kecacatan.

wallahualam...
----------------------------------------------
Antara Hadis Palsu yang mungkin direka di atas kepentingan-kepentingan tertentu serta tersebar luas di facebook..

Tuesday, April 16, 2013

Kuliah Maghrib Masjid Al Kauthar

Semalam saya 15 April 2013 ke Masjid Al Kauthar di bandar lagi, mendengar kuliah maghrib walaupun saya tak sempat balik rumah mandi, badan pula bau semacam je tapi saya tawakkal je la, xsempat dah nak balik rumah, habis kerja di pejabat pun dah pukul 5.45ptg dengan kelajuan kerja yg sepantas siput... 
Malam ni, dalam minggu ini dah masuk beberapa hari saya menghadiri kuliah maghrib di Masjid Al Kauthar dlm 2 minggu, penceramah juga bukan calang-calang orangnya. Tajuk Malam ni "Akidah  & Tauhid" antara tajuk saya suke.hehehe...



JADUAL KULAIH MAGHRIB DI MASJID AL KAUTHAR
ISNIN- "Akidah & Tauhid"
SELASA - "Al - Quran"
RABU - "Tafsir Al Quran"
KHAMIS - "Akhlak"
JUMAAT - "La-Tahzan"
SABTU - "Hadis"
AHAD - "Feqah"

Friday, April 12, 2013

Penawar Stress

Dalam minggu ni saya menghadapi kekangan masa, dengan program di tempat kerja & yang terbaru Program Motivasi & Wajadiri bersama pelajar sekolah di mana saya dijemput untuk menjadi penceramah. Memang seronok. InsyaAllah saya akan sentiasa cuba update blog ini sekurang-kurangnya seminggu sekali (^_^)..  

Malam ni saya akan ke Masjid Al Kausar di bandar, menghadiri kuliah maghrib (tapi saya sebagai pendengar), walaupun saya tak sempat balik rumah mandi... Malam ni, dalam minggu ini dah 2 kali saya menghadiri kuliah maghrib di sana, Tajuk Malam ni "La Tahzan" memang antara tajuk yang paling saya suke.hehehe...
(Azam saya, kalau boleh setiap hari saya akan cuba menghadiri kuliah maghrib tersebut)..

JADUAL KULAIH MAGHRIB DI MASJID AL KAUSAR
ISNIN- akidah
SELASA - Al - Quran
RABU - Tafsir Al Quran
KHAMIS - Akhlak
JUMAAT - La Tahzan
SABTU - Hadis
AHAD - Feqah

InsyaAllah, semenjak dimakbulkan Allah memiliki sebuah kereta impian (yang baru seminggu saya drive), saya berazam untuk selalu ke Masjid & mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, sekarang makin terasa dekat diri saya kepada Allah & seronok bila saya berdoa mahupun beribadat kepada-NYA....
SEMOGA SAYA KEKAL ISTIKAMAH BERIBADAT KEPADA-NYA SELEPAS INI DAN SEMOGA DENGAN SEGALA KURNIAAN-NYA AKAN MENDEKATKAN DIRI SAYA LEBIH LAGI KEPADA ALLAH....



Monday, April 01, 2013

Petua Sakit Gigi

Hari ni saya sakit gigi bermula 2 hari lepas semasa drive daripada Kelantan ke KL. Saya tak merokok, biasanya saya minum satu tin air tongkat ali yang rasanya memang manis lenting, then kemam gula-gula hampir separuh bungkus plastik gula-gula untuk hilangkan mengantok. Disebabkan banyak sangat gula-gula yang saya telan sepanjang 8 jam, malam tu saya dah mula rasa sakit gigi yang amat sangat, nak tido pun tak boleh...

Ubat sakit gigi yang saya beli