MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, August 25, 2011

IKLAN HARI RAYA PETRONAS "MAK OK "....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, TETAPI TERASA SEDIH BILA RAMADHAN SEMAKIN MENINGGALKAN KITA...
JADIKAN SEGALA AMALAN KITA SEMASA RAMADHAN MASIH DITERUSKAN DI BULAN-BULAN YANG LAIN (^_^) 



Video iklan Petronas "MAK OK....". 
Hargailah ibu kita kerana mungkin tiada sesiapa yang dapat membaca hati kecil mereka. bu kita sanggaup berkorban jiwa atau nyawa mereka skalipun tanpa kita sedari. Hargailah mereka sementara masih diberikan keizinan oleh-Nya. Tiada jaminan esok ibu kita masih lagi bernafas...
 
Video iklan Petronas "MAK OK....". 

Wednesday, August 24, 2011

KEWUJUDAN YAKJUJ MAKJUJ

Yakjuj, Makjuj Dikurung Dalam Tembok Ajaib...



ASAL USUL YAKJUJ DAN MAKJUJ DAN BILANGAN MEREKA
Yakjuj dan Makjuj adalah berasal dari zuriat Nabi Adam a.s dan Hawa a.s. Mereka lahir dari keturunan Yafith bin Nuh a.s.
Dari Abi Sa’id al-Khudriy r.a dari Rasulillah s.a.w bersabda : (( Allah berfirman kepada Adam (pada hari Kiamat) : Wahai Adam! Adam menjawab : Aku menyahut seruanMu. Firman Allah: Keluarkan (dari zuriatmu) rombongan ke neraka. Adam bertanya: “Apakah rombongan (penghuni) neraka?” Allah berfirman : “Dari setiap satu ribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan” Maka di saat itu berubanlah anak-anak kecil, gugurlah bayi dalam kandungan dan kamu melihat manusia seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah sangatlah keras.)) Para sahabat lantas bertanya : “Siapakah di kalangan kami yang termasuk dalam bilangan satu tersebut? Rasulullah s.a.w menjawab : ((Bergembiralah, bahawa sesungguhnya (rombongan penghuni neraka itu) satunya dari kalangan kamu dan sembilan ratus sembilan puluh sembilan dari kalangan Yakjuj dan Makjuj)) Riwayat Bukhari
---------------------------------------------------------------



BEBERAPA SIFAT YAKJUJ DAN MAKJUJ

Tuesday, August 23, 2011

MISTERI KEWUJUDAN "MOLE PEOPLE" & YAKJUJ MAKJUJ

 KEWUJUDAN "MOLE PEOPLE", SEJAUH MANAKAH KEBENARANNYA ATAU HANYA PROPAGANDA YAHUDI???


WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam .. 

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu di kenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. 

Monday, August 22, 2011

SOS MENGANDUNGI DNA BABI

IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.

Tuesday, August 16, 2011

SPORT CAR : Porsche 987 Boxster S

Bila tengok sport car & kereta import nie, kekadang terfikir jugak alangkah bestnye kalau kereta Malaysia (Proton ke, Perodua ke) ubah bentuk keta sekarang jadikan lebih nampak mewah sikit.hehehe... Aku pernah bawa kereta import & kereta tempatan, memang terasa perbezaan yang ketara... Tapi, hopefully bila joint venture dengan Lotus nie, kereta-kereta Malaysia yang akan keluar lepas nie, kualitinya bertambah-tambah mantap. Cuba tengok syarikat kereta-kereta Jepun, dorang rekabentuk kereta yang terbaik sebagai menghargai kesetiaan rakyat mereka membeli kereta tempatan.
Proton Satria Neo

Bukan aku tak sokong produk tempatan, cuma berharap kualiti dapat lebih dipertingkatkan lagi lepas nie. Aku sendiri selalu drive bawa kereta Isteri (Proton Satria Neo) hasil gabungan teknologi Lotus & Proton, drive daripada Kuala Lumpur ke Kelantan, selama 6-8 jam masa pemanduan. terasa mcm dalam "mini sport car" dlm kereta 2 pintu ini, memang pecutan dan deruman kereta tu ber"desup laju" membakar jiwa aku tiap kali tekan minyak melalui jalan mempunyai latar belakang geografi yang pelbagai, takde masalah kalau lalu jalan berliku di lereng-lereng bukit memotong kenderaan lain, tak terasa sangat penat sampaila tiba di kampung...
Then, aku terfikir, kalau kitorang dah ade satu kereta Malaysia, why not kalau ade rezeki lepas nie nak ambil "Honda Civic" yg dah lama aku idamkan, tu pun kalau la budget bulanan lepas la
Honda Civic

(^_^) . Kalau nak tunggu Kereta HANG TUAH, HANG JEBAT, HANG LEKIR, HANG LEKIU, HANG KASTURI TU, tak tau la bila Proton akan keluarkan sebab kereta tu menarik,terus jatuh cinta bila aku tengok kali pertama, hopefully dorang keluarkan cepat-cepat sebelum aku pegang stereng honda tu....
Aku Jatuh Cinta dengan Hang Lekir, hebat juga Proton sebenarnya...

Proton Hang Lekir
 Di bawah ini merupakan SPORT CAR Porsche 987 Boxster S. Suka tengok kehebatan orang putih nie, betapa geniusnya dorang cipta kereta nie. Kalau harap aku nak beli, mimpi jer la... Setakat tengok bole la (^_^)



Monday, August 15, 2011

GAMBAR BARANG - BARANG PENINGGALAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD S.A.W. 
Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. 

KELAHIRAN
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin
Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. 

Kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Tahun kewafatan Rasulullah SAW adalah pada bulan Jun tahun 632 M bersamaan dengan  12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah ketika berusia 63 tahun.

Sekarang dah 1432 H. Maksudnya, Rasulullah telah meninggalkan kita selama 1421 tahun yang lalu mengikut tahun Islam. 


(Foto-foto ini adalah koleksi barangan peninggalan Rasullullah yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Rasulullah…)

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci & agung ini..!!)
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bahagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah lusuh)
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW
Jejak Kaki Rasulullah SAW
Jejak Kaki Rasulullah SAW

Sunday, August 14, 2011

GAMBAR PEDANG-PEDANG LAGENDA DUNIA

PEDANG-PEDANG NABI MUHAMMAD S.A.W

 

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW nampak lebih jelas

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.



PEDANG PANGLIMA ISLAM SALAHUDIN AL-AYUBI


Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan militer, dan sifatnya yang ksatria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan kaki dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud. Sekarang pedang ini merupakan koleksi pribadi Shahhi family in the UAE.Harganya sekitar $555.000
RUJUK entry > Panglima Islam Sholahuddin Al-Ayubi



For The Sword of Goujian

Saturday, August 13, 2011

KEHEBATAN PEDANG SALAHUDDIN AL-AYUBI

Rujuk kepada entry  saya terdahulu Panglima Islam Salahuddin Al-Ayubi



Pedang Salahuddin al-Ayyubi

Friday, August 12, 2011

TOKOH PAHLAWAN ISLAM : PANGLIMA SHOLAHUDDIN AL-AYYUBI

~warning : THIS IS ISLAMIC SECTION~


HARDY BOY : Antara tokoh pahlawan Islam yang teragung ialah Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi nie yg turut menjadi idola saya... 
Tetapi, sewaktu menonton dokumentari baru-baru ni di Astro, pihak barat yang mengulas tentang sejarah panglima agung ini saya lihat seolah-olah memperkecilkan kehebatan Panglima agung ini, kononnya Kekalahan Tentera Salib (Crusader) adalah kerana tentera salib sendiri yang sengaja berundur untuk kembali ke negara mereka. 

Baginda Shalahuddin Al-Ayyubi  yang merupakan Panglima Perang Islam yang Agung sebelum dilantik menjadi Sultan sebenarnya bukan menentang Kristian kerana sehingga kini masih ramai rakyat Palestin beragama Kristian dan dilayan dengan elok, tetapi Baginda Menentang Musuh Islam (tidak kira apa sahaja agama sekalipun) yang menyerang dan dalam mempertahankan negara Islam....
Wujudnya beberapa peperangan dalam menakluk Palestin kerana wujudnya kepercayaan sehingga kini bahawa sesiapa sahaja yang dapat menakluk Palestin & Baitul Maqdis,  akan sekaligus dapat menakluk seluruh DUNIA....

Sewaktu naik flight pulang daripada kursus baru nie, sempat saya beli buku & baca tentang Tokoh Shalahuddin Al-Ayyubi ini dan terbukti hakikat kehebatan beliau.... 

Selain teknikal, baginda Shalahuddin Al-Ayyubi juga pakar dalam teori dan strategi berkesan dengan pelbagai taktik peperangan termasuklah melalui peperangan psikologi. Peperangan hanya akan berlaku apabila rundingan damai tidak berkesan dan kerap dicabuli musuh. Mereka juga tidak dibenarkan mencederakan wanita, kanak-kanak, rumah Ibadat agama lain dan juga tanaman disamping menunjukkan akhlak budi pekerti mulia (seperti yang telah diajar Rasulullah) yang telah berjaya menarik beberapa negara jiran untuk cenderung memilih rundingan damai dan menganut agama Islam daripada memilih untuk berperang.... 

Baginda Shalahuddin Al-Ayyubi pernah memimpin Syria dan Mesir serta telah berjaya mengembalikan Islam di Mesir. Angkatan tentera baginda pernah memenangi pertempuran melawan pasukan Perang Salib dan berjaya menakluk Jerussalem.




Antara rahsia kehebatan Shalahuddin Al-Ayyubi ini sewajarnya dapat kita apply dlm kehidupan kita untuk membantu umat Islam daripada mundur & ditindas...Dalam entry ini, saya share sedikit artikel yang pernah saya baca...

-------------------------------------------------------------

Biodata

 Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.
 

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/536033_415069625243326_1445697717_n.jpg

Monday, August 08, 2011

PERSONALITI BULAN KELAHIRAN - OGOS & ULANGTAHUN KELAHIRAN KU

Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ni aku masih lagi bernafas, menghela sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semoga semasa saat terakhir itu, sudah cukup bekalan untuk ku bawa menemui Allah nanti. 
Memang, memang "Aku tak layak memasuki syurga-Mu Ya Allah tetapi aku juga tidak mampu menghadapi api neraka-Mu".... Makin lama bernafas, makin bertambah saham dosa. Adakah segala pahala amalku tersebut mampu untuk menanggung atau mengatasi dosa-dosa ku yang telah sedia menggunung???

Angka 8, antara angka yang paling saya gemar, sempena 8-8-1983, TARIKH AKU dilahirkan pada tarikh ini 29 tahun yang lalu......
Hari ini genap ulangtahun kelahiran aku semenjak 29 tahun yang lalu...
Umur aku pun dah diakhir 20-an, cepatnya masa berlalu umpama air terjun tanpa kita sedari....

Antara penerangan tentang individu yang lahir pada bulan 8 ini (walaupun aku tak berapa nak percaya sangat) ialah:-



Ogos & Bintang LEO
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
-Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan





CIRI-CIRI PERSONALITI BULAN KELAHIRAN YANG LAIN:-
CIRI-CIRI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN (KAJIAN DATO' DR FAZILAH KAMSAH)...

Friday, August 05, 2011

BETULKAH JIN / SYAITAN DIRANTAI SEMASA BULAN RAMADHAN???

HARDY BOY : Saya tertarik dengan isu ini kerana ada pelbagai pendapat daripada ulama' tentang hal ini. Ada juga yang menyatakan bahawa jin, syaitan, iblis secara realitinya tidak dirantai secara fizikal tetapi apabila umat Islam berpuasa, ini akan menyempitkan saluran darah untuk jin, syaitan & iblis ini melalui tubuh badan kita.

Saya juga pernah dengar cerita benar yang ada juga yang terserempak dengan "hantu" (yang terdiri daripada  jin, syaitan atau iblis) di bulan Ramadhan.

Walaubagaimanapun, berikut merupakan pengalaman seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Majid (saya pernah mengikuti seminar perubatan Islam bersama Ustaz Majid ini suatu ketika dahulu, dan beliau seorang yang amat tidak lokek berkongsi ilmu). Semasa mengubati pesakit, Ustaz Majid ini lebih mengutamakan KAEDAH (Niat, do'a, rukyah dan teknik) sama ada berunding dengan jin, mendakwahkan mereka dan memujuk mereka untuk keluar daripada badan pesakit. 

Jika tidak berjaya, beliau akan mengugut jin tersebut & jin hanya akan disembelih sebagai ikhtiar akhir selepas pelbagai ikhtiar dilakukan. Saya cukup hormat dengan kaedah perubatan beliau. Baru-baru nie, EXPOSE MISTIK, ASTRO menyiarkan bagaimana Ustaz Majid ini mengubati pesakit.

Anda boleh kunjungi blog beliau : http://akrine.blogspot.com/

 

 

Ustaz Majid menjawab isu ini.(isu-jin-kena-rantai.html

Wednesday, August 03, 2011

Motivasi : CUKUPKAH GAJI RM3000???




Saya pernah dapat email nie pada tahun 2006. Bila difikirkan, mungkin ade benarnya tetapi bagi saya (berdasarkan beberapa pengalaman saya), jika rezeki yang kita cari itu adalah bersumberkan daripada unsur halal & KITA MENJALANKAN KERJA YANG DI AMANAHKAN DENGAN TERBAIK, InsyaAllah ade keberkatannya dan InsyaAllah cukup.



----------------------------------------------------------------------


BERIKUT SAMBUNGAN ENTRY DARIPADA EMAIL 
"CUKUPKAH GAJI RM3000???"

Let's to do some calculations here. In Malaysia the average family income is RM3000 (Father works, mother doesnt). I understand there are a lot of families whose income don't reach RM3000, but, to make things simple, lets take RM3000 as the figure. ok la right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. ngam ngam..