MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, May 26, 2011

ADAKAH INI DAJJAL???


HARDY BOY : SAYA TERTARIK MENGENAI SEBUAH CERITA DARIPADA KAWAN SAYA YANG MENCERITAKAN SEORANG EX-CLASSMATENYA(NON-MUSLIM) YANG SAYA TURUT KENALI MEMUJA SESEORANG YANG MENIMBULKAN KEGEMPARAN KEPADA DUNIA SEHINGGA MENGANGGAP LELAKI INI ADALAH TUHAN. 
LELAKI INI MEMPUNYAI PELBAGAI KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN YANG MENAKJUBKAN SEHINGGA BOLEH MEMBUATKAN SESEORANG YANG LEMAH IMANNYA TERPESONG AKIDAH. 
WALAUBAGAIMANAPUN, LELAKI INI DIKHABARKAN TELAH PUN "PASS AWAY" BARU-BARU INI.
BAGI SAYA, JIKA NON-MUSLIM MEMUJA SESUATU SELAIN ALLAH, KITA BOLEH MENGANGGAP DIA BELUM MENDAPAT HIDAYAH LAGI (SELAGI DIA MENGHORMATI KEPERCAYAAN KITA), TETAPI BAGI SAYA YANG LEBIH BAHAYA IALAH JIKA UMAT ISLAM (KONONNYA BERAGAMA/BERNAMA ISLAM) SENDIRI YANG MENGHINA ISLAM 
(SEKARANG NIE, TIMBUL KEGEMPARAN DALAM DUNIA SIBER BEBERAPA BLOG "ORANG ISLAM MALAYSIA" YANG MENGHINA ISLAM SECARA TERANG-TERANGAN).
 


DAJAL SIDAH MUNCUL DARI KURASAN???

Wednesday, May 25, 2011

WEBSITE MAYBANK2U & CIMB CLICK PALSU


Terdapat beberapa laman web MAYBANK2U DAN CIMB.CLICK palsu yang memerlukan anda lebih berhati-hati.  
Anda boleh membandingkan gambar dalam laman web palsu di bawah dengan laman web tulen di 

ii) https://www.cimbclicks.com.my


CIRI-CIRI KESELAMATAN MAYBANK2U (KLIK UNTUK BESARKAN)


CIRI-CIRI KESELAMATAN CIMB CLICK.COM (KLIK UNTUK BESARKAN)




MAYBANK2U PALSU 

Maybank menyertakan beberapa alamat-alamat ‘Maybank’ palsu tersebut sebagai rujukan pelanggan.


Contoh Paparan Phishing Website dan cara bagaimana mereka mencuri duit daripada pengguna Maybank2u :
1- Penjenayah siber akan menghantar emel secara pukal, antara tajuk emel yang dihantar : M2U ACCOUNT NOTICE

2- Kandungan Emel (lihat gambarajah di bawah) :
ramai 
yang tidak perasan link url palsu ini

ramai yang tidak perasan link url palsu ini

paparan
 emel
paparan emel


3- Selepas anda klik link tersebut, anda akan dibawa ke laman yang menyerupai laman Maybank2u :
100% 
menyerupai laman Maybank2u
100% menyerupai laman Maybank2u
4- Selepas anda memasukkan kata pengguna dan kata laluan, anda akan dibawa ke laman “verify your identity” :

Tuesday, May 24, 2011

HIKMAH BERTUDUNG DALAM ISLAM

Sambungan daripada entry saya terdahulu kisah keajaiban Islam: Kenapa Tak Rogol Saya???.


Baca nie ade terbaca mengenai artikel menarik daripada Ustazah Hamizah http://mrse1faaezmom.blogspot.com. So, saya minta share ye ustazah.hehehehe..
 
Saya tertarik dengan artikel tersebut kerana sebelum nie saya pernah berdebat & bertegang leher tentang isu tudung nie, bukan berdebat dengan perempuan tetapi dengan lelaki yang merupakan kawan rapat saya (semasa di Kuala Lumpur dahulu) tetapi mamat nie memang JAHIL tentang ilmu agama, nama dia je Islam tetapi selalu bawa balik perempuan-perempuan yang bertukar bersilih ganti ke rumah (memang bagi saya member saya nie seorang yang cukup hensome, memang dia pernah membukti depan saya yang dia dapat me"tackle" perempuan dalam masa beberapa min sahaja, tak sampai 30 min. 
Dengan ayat manis & kereta mewahnya, siapa tak cair. Kata-kata yang keluar daripada mulutnya sungguh berkuasa sehingga dapat mencairkan perempuan yang mana perempuan-perempuan tersebut akan dia bawa hingga ke dalam bilik (sudah tentulah untuk meniduri perempuan tersebut). 
Allah Maha Agung apabila suatu hari, lelaki ini disihir sehingga hampir menemui ajal di depan saya, tak lama kemudian barulah dia mula bertaubat (tapi sekejap jer). 


Bagi lelaki nie yang saya namakan Mr. F, bagi dia semua perempuan bertudung nie adalah hipokrit berbanding yang free hair & bermacam2 lagi tohmahan buruk dia lontarkan kepada wanita bertudung. Semasa berdebat, dia pernah mencabar saya supaya tunjuk je mana-mana perempuan bertudung & dia akan "äyat" sehingga dia bawa masuk dalam bilik. Then, saya tak menyahut cabaran tersebut selepas puas berdebat, biarlah Allah sahaja yang tunjukkan kepada Mr. F nie, tak sanggup saya menanggung dosa saya yang sudah sedia menggunung.


Akhirnya, baru-baru ni saya terlihat, dalam ramai-ramai gadis yang dia kenal (memang dia nie seorang playboy), akhirnya dia berkahwin dengan seorang gadis bertudung. Bagi saya, ia bukanlah mustahil kerana walau lelaki nie "jahat macam jin" sekali pun, pasti dia akan cari isteri yang "baik macam malaikat". 
Sehinggalah beberapa bulan selepas berkahwin, mulalah isterinya menanggalkan tudung, free hair, MASYAALLAH... Dan, bagi saya juga, ia bukanlah mustahil kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada kawan isteri saya yang menanggalkan tudungnya selepas kahwin kerana suaminya memuji dia lebih cantik jika tidak bertudung, nauzubillah, dunia akhir zaman....


HIKMAH BERTUDUNG DALAM ISLAM
1. Menjalankan syi’ar islam
2. Berniat untuk ibadah
3.Menutup aurat terhadap yg bukan muhrim
4. Kerana saya ingin taat kepada Allah yg telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi dan menolong saya.
5. Kerana saya ingin taat kepada Rasul-Nya, pembimbing umat dengan risalah beliau
6. Untuk memperoleh redha Allah (inya Allah)
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmatnya yg tiada putus
8. Seluruh ulama sepakat bahawa hukum mengenakan jilbab itu wajib

Thursday, May 19, 2011

NIKMAT TIDUR : TIDUR MENURUT ISLAM

 

Assalamualaikum Warahmatullah,


Umumnya, manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat, antaranya
Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Walau apapun versinya, tidur dilihat sebagai satu nikmat yang kurniakan oleh Allah kepada manusia.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas)


Tidur juga secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Persoalan berapa lama jumlah jam tidur yang patut kita ambil dalam sehari, sebenarnya tiada peraturan tertentu atau khusus mengenainya. Bagaimanapun, begitu kebanyakan ahli perubatan menyarankan untuk tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Berapa jumlah tidur yang kita ambil yang bertujuan untuk beristirahat bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Ini kerana jumlah tidur bagi kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Bagi orang yang bekerja manggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding mereka yang bekerja menggunakan fizikal.

Thursday, May 05, 2011

GAMBAR SEMASA BERKURSUS DI TERENGGANU

18 APRIL hingga 28 April baru nie dikehendaki berkursus di SUTRA BEACH RESORT & SPA, SETIU, TERENGGANU. Seronok juga, berkursus 2 minggu sambil bercuti. Tempat kursus pun cantik, jatuh cinta buat kali pertama.
Para peserta terdiri daripada kalangan pensyarah-pensyarah muda di seluruh Malaysia, ada 38 orang semuanya, lelaki 9 orang termasuk saya..hehehe.. Majoritinya ramai dah kahwin tetapi masih ada yang bujang cuma menanti hari je untuk diijab kabulkan....
Dalam kursus nie saya dikenali apabila saya dikehendaki menyampaikan sebuah ucapan ringkas dihadapan para peserta yang lain. Selepas memerah otak di suatu petang di tepi pantai, saya dapat idea untuk menyampaikan ucapan bertajuk kontroversi iaitu  
"SAYA TAK MAHU JADI SEORANG PENSYARAH???".hehehe...
Sebelum berucap, saya bertanyakan audien (yang semuanya hebat-hebat) 2 soalan panas iaitu:-
1) Mengapa Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua memilih untuk menjadi seorang pensyarah?
2) Berapakah peratus minat Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua untuk menjadi seorang pendidik?
(Masa tu ade yang cakap 50%, 100% & ada juga yang suaranya tertelan dalam kerongkong sbb xpasti betul xjawapan mereka tu.hehehe).
(Saya bertanyakan soalan tersebut kerana kadang-kadang ada juga kakitangan kerajaan yang kelibatnya tenggelam timbul di dalam pejabat, kekadang ada kekadang hilang, ada juga yang sanggup datang punch seawal 7.00 pagi sebelum hilang menunggu untuk punch out seawal 5.30ptg supaya orang lain ingatkan dia bercuti
Agak-agaknya, Apakah hukumnya gaji yang dia perolehi (yang mungkin akan menjadi darah daging keluarganya)? Saya pernah bertanyakan soalan tersebut kepada seorang penceramah dalam kursus tersebut dan jawapan ustaz tersebut ialah "Hukumnya DUIT YANG DIPEROLEHINYA ADALAH HARAM". Nauzubillah. Sekadar utk peringatan diri saya sahaja....).


GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MERUPAKAN SEBAHAGIAN GAMBAR SEMASA KURSUS TERSEBUT, SELEBIHNYA AKAN SAYA UPLOAD PADA MASA AKAN DATANG.HEHEHE (^_^)


Tuesday, May 03, 2011

KEBENARAN DI SEBALIK KEMATIAN OSAMA BIN LADEN

WAWASAN 2020 DAN 9 CABARAN

hardy boy : Pejam celik, dah pun menjelang 2011, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2020 & aku tertanya-tanya, semoga impian WAWASAN 2020 menjadi kenyataan.


Y.A.B. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". 

            Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. 

            Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

            Terdapat 9 cabaran sebagai garis panduan umum untuk membentuk pembangunan Nasional iaitu yang perlu dihadapi oleh pegawai awam untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 ini iaitu :-
                      i.        Cabaran 1: Bangsa Malaysia
                    ii.        Cabaran 2: Jati Diri
                   iii.        Cabaran 3: Demokratik
                   iv.        Cabaran 4: Moral dan Etika
                    v.        Cabaran 5: Liberalisme
                   vi.        Cabaran 6: Saintifik
                 vii.        Cabaran 7: Penyayang
                viii.        Cabaran 8: Keadilan Ekonomi
                   ix.        Cabaran 9: Kemakmuran