MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, October 31, 2011

TRAVEL PHOTOS - MELANCONG KE TERENGGANU

Sekarang nie pelik, buka je TV3, dah kurang dah cerita/berita pasal politik (berbanding dulu, entah ape-ape entah dorang nie dok kutuk pembangkang dengan entah ape-ape citer).  Memang hebat percaturan politik media, dengan citer entah ape-ape yang kekadang nampak sangat menipunya, seolah-olah penonton nie terlalu jahil nak telan bulat-bulat.Kekadang kalah TV1 & TV2 yang terang-terangan merupakan stesen TV kerajaan Malaysia berbanding TV3 yang merupakan stesen TV swasta.

Terdapat sesetengah media ni Malaysia nie, mula-mula dok ampu pemimpin-pemimpin politik, then api-apikan para pembangkang dengan kerajaan pelbagai isu dengan ditambah pula ulasan-ulasan daripada ahli-ahli politik tertentu. 
Then, lepas puas guna taktik tu, meraka guna pula taktik dok laga-lagakan antara parti-parti pembangkang (yang kesiannya, Nik Aziz yang dah uzur pun dilaga-lagakan bersama Karpal Sigh yang masih berkerusi roda). Kalau nak lagakan pun, pilihla lawan yang masih gagah & kuat kudratnya. 

Aku bukan ape, sebenarnya apabila rakyat dah muak tengok berita politik yang entah ape-ape tu yang disiarkan TV3, bertambah ramai yang menukar siaran ke channel lain takpun lebih baik tengok brita Tamil. Cubalah buat kajian meninjau pendapat masyarakat setempat tentang pandangan mereka tentang berita politik yang disiarkan TV3. Ini secara tidak langsung juga menaikkan populariti pihak pembangkang dan ramai juga yang bersimpati serta berpaling kepada pembangkang akibat tidakkan percaturan politik yang kurang bijak. Akhirnya, pihak pembangkang menjadi semakin kuat akibat tindakan pihak media ini. Jangan sampai disebabkan percaturan politik oleh pihak media, habis masyarakat abaikan jasa-jasa yang ditabur oleh pihak kerajaan. JANGAN SAMPAI KERANA MARAHKAN NYAMUK, KESIAN HABIS KELAMBU KENA BAKAR....


Yang non-malay pulak segelintir dok ketawa terbahak-bahak tengok orang melayu dok bertekak-tekak, sedangkan tempat mereka dalam kuasa ekonomi Malaysia ini makin bertambah-tambah. Cuba tengok, mereka terutamanya ahli-ahli korporat mereka bersatu-padu membina banyak sekolah-sekolah swasta di Negara ini dengan kemudahan yang canggih. Kalau nak harapkan orang kita buat menda yang sama, banyak yang mengharapkan kepada bantuan kerajaan sedangkan mereka dilatih tidak mengharapkan bantuan tetapi lebih banyak kepada saling bersatu membantu memperjuangkan menaiktarafkan kehidupan mereka... SUSAH SANGAT KE ORANG KITA NAK BERSATU-PADU???

Diharap TV3 terus menyiarkan berita yang lebih telus dan adil (cuba Buletin Utama siarkan hujah yang adil antara kedua-dua pihak antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang, tengok sapa yang berikan hujah yang PALING bernas, parti politik tersebut la yang berada di pihak betul. MESTI SERONOK BETUL TAK???...).
 ---------------------------------------


Stop cerita pasal politik,  pada 18 APRIL hingga 28 April baru nie dikehendaki berkursus di SUTRA BEACH RESORT & SPA, SETIU, TERENGGANU. Seronok juga, berkursus 2 minggu sambil bercuti. Tempat kursus pun cantik, jatuh cinta buat kali pertama.




GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MERUPAKAN SEBAHAGIAN GAMBAR SEMASA KURSUS TERSEBUT. HEHEHE (^_^)



Friday, October 28, 2011

FOTO 18SX : MANA LAGI CANTIK, BUKA AURAT ATAU TUTUP AURAT ???


Conclusion drp gambar di atas, MANA LAGI CANTIK, BUKA AURAT ATAU TUTUP AURAT???
hehehe... (^_^)

Lelaki pun kena tutup aurat juga tau, bukan perempuan sahaja (^_^)



Anda mungkin meminati >>> kisah-keajaiban-islam-kenapa-tak-rogol


Thursday, October 27, 2011

HARAMKAH BERCINTA / BERCOUPLE ???

"BERCINTA"LAH SECARA ISLAM ("BERCINTA" DENGAN SYARAT TIDAK MELAKUKAN SEMUA YANG DIHARAMKAN OLEH AGAMA ISLAM). 

Lanjutan entry ini saya panjangkan di link >>> TIPS BERCINTA CARA ISLAM 

DIBOLEHKAN "BERCINTA" TETAPI WAJIB MENJAUHI SEGALA LARANGAN ALLAH.

"BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" dan sebagainya mempunyai takrifan berbeza dan sangat subjektif merujuk kepada setiap individu. 

Bagi saya, istilah "COUPLE" itu sendiri terlalu subjektif, berbeza mengikut pemahaman individu & mungkin mengelirukan. Jika di negara lain seperti indonesia, istilah tersebut mungkin ditukar kepada "berpacaran", tetapi jika dirujuk kepada bahasa Inggeris istilah "COUPLE" itu sendiri tidak sesuai untuk digunakan bagi istilah "sepasang kekasih yg sedang bercinta".

Ada juga remaja yang menggunakan istilah "KAMI HANYA BERKAWAN SAHAJA" tetapi pergaulannya adakalanya mengalahkan suami isteri (bertepuk tampar manja, bersentuhan antara lelaki perempuan, berpeluk sana sini, dedahkan aurat sesama sendiri dan melakukan segala yang diharamkan ATAU menghampiri zina), JADI ADAKAH BERKAWAN JUGA PERLU DIHARAMKAN??? Maka bagi saya ISTILAH BERKAWAN itu juga wajar diperbetulkan dan berpandukan landasan yang sepatutnya...

Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, APA SAHAJA YANG MELIBATKAN PERHUBUNGAN ANTARA LELAKI ATAU PEREMPUAN (WALAUPUN HANYA BERKAWAN BIASA) WAJIB MENJAUHI SEGALA YANG DIHARAMKAN DI DALAM ISLAM..


CUMA, BAGI SAYA PERKATAAN "BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN"
bagi saya lebih elok jika KETIGA-TIGA PERKATAAN TERSEBUT diistilah kepada perkataan "BERKENALAN" cuma "ISTILAH BERCINTA DI DALAM BLOG SAYA INI" bermaksud ianya "BERKENALAN DENGAN LEBIH DEKAT YANG SEADANYA SAHAJA" cukup hanya untuk mengenai secara amnya ciri-ciri pasangan yang ingin kita jadikan PASANGAN HIDUP tetapi DENGAN SYARAT WAJIB MENJAUHI SEGALA YANG HARAM DAN MENDATANGKAN MAKSIAT, cukuplah jika kita umpama jika "BERCINTA" pun cukuplah jika DOS perasaan CINTA tersebut adalah sama sahaja seperti DOS SAYANG kita kepada saudara sejenis dan seISLAM dengan kita atau perasaan CINTA TERSEBUT sama seperti CINTA KITA KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK KITA dan WAJIB tidak lebih daripada itu...

JANGAN JADIKAN "BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" ITU DIHIASI BUNGA-BUNYA NAFSU SYAHWAT DAN MAKSIAT. JIKA TIDAK MAMPU MENJAUHI SEGALA YANG DILARANG OLEH ALLAH WALAUPUN SEKELUMIT KETIKA "BERCINTA" , SENANG SAHAJA PENYELESAIANNYA, JANGAN BERCINTA!!!

 >>> Bercinta Boleh Tapi Jangan Bercouple !!!

Jika ingin mengahwini calon pasangan hidup kita, pastikan kita telah kenal sedalamnya jika mampu sehingga hampir 50-70% bakal pasangan kita terutamanya agama, akhlak dan sebagainya supaya tidak tersalah pilihan....   


Saya juga bersetuju jika maksud/definisi "BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" tersebut ditukar definisi dan berlandaskan asas kepada taaruf  TETAPI berkenalan dengan lebih mendalam (iaitu bukan hanya setakat berjumpa di rumah ibu bapa wanita tersebut kemudian lihat dengan sepintas lalu bakal pasangan kemudian terus mengikat tali pertunangan jika berkenan. Seeloknya berkenalan dahulu dalam tempoh masa yang sesuai sebelum bertunang untuk kita mengenali baik buruk bakal pasangan kita tersebut dan JIKA mampu kenali baik buruk pasangan sehingga 50%-70%) tetapi WAJIB bertunjangkan SYARIAT AGAMA ISLAM DAN MENJAUHI  YANG DIHARAM iaitu:-
i) KENAL -
Kita di suruh KENAL pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.

ii)  KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

iii) KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.



iv) KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis……
“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah bersabda:
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu.”
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang -orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah tetapi pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.
Kalau tak berkenan, jangan dipaksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok-pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

iv) REDHA
Redha terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
“Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
 ---------------------------------------------------------------------------------

Saya pernah mengikuti sebuah seminar Persatuan Pelajar Islam di UTHM ketika menyambung pengajian keperingkat Master suatu ketika dahulu. Dalam seminar tersebut, kebanyakan ahli persatuan ini terdiri daripada  siswa dan siswi yang kebanyakannya adalah bagi saya dalam kategori alim, warak, kaki masjid/surau, berpengatahuan luas tentang agama Islam (tak macam diri saya nie.hehehe) tetapi sayang hanya beberapa kerat je kaum adam. Kebanyakannya adalah dalam ketegori "adik" saya kerana semuanya muda belia semuanya.

Kena Tag Dgn Mrs. Lurve..

Kena Tag Dgn Mrs. Lurve... So, saya cuba jawab la ye...
  

Question from Mrs. Lurve, sila jwb ok :) Link indahitukamu.blogspot >>>tagged-lagi.

1. Makanan yg plg disukai, fav8 lah kira nie
 Hardy Boy - Banyak yg favourite becoz saya ni suka masak.hahaha.. Maybe yg paling best sate & nasi himpit kot.... Nampak je cam senang tapi cube korang masak, jadi x .hehehe..

2.Masakan pertama yg korg belajar  memasak
Hardy Boy -Masakan pertama selain meggi & goreng telur ialah saya belajar masak kari from my mum, alhmdulillah jadi. Sebelum tu saya belajar masak ayam masak pedas (macam kat kenduri kawin tu) sebab that was one of my favourite food, cuma sekarang nie saya upgrade tambah madu dlm ayam tu plus masukkan kacang pes, simple & sedappp....

3. Cita-cita korg masa kecik2 dulu nk jd apa
Hardy Boy -  Masa standard 5 saya bagitau cikgu nak jadi penternak arnab, then masa form 5 saya bercita-cita nak jadi kaunselor/pakar motivasi tapi hakikatnya skarang saya jadi lecturer lepas jadi project engineer dulu...huhuhu...

4. Sebelum tdo, pe yg korg akan wat
Hardy Boy -  Bace doa tido then saya buka speaker orang baca Al-Quran.

5. Tiap2 pagi bgn pukul berapa
Hardy Boy - Tak menentu, tengok pukul berapa tido sbb biasanya pkl 1pg @  2pg baru saya tido, kekadang awal kekadang terlwat.hehehe..

6. Kalo time cuti ujung minggu, pe yg korg akan wat
Hardy Boy - Teringin nak jenjalan tengok keindahan alam such as kat pantai sambil sepak2 pasir pantai then tangkap anak-anak ketam kat tepi pantai tue [(tapi kat tempat kerja skarang xde pantai, laut je ade.(^_^) ]

7. Target kahwin umo berapa
Hardy Boy - Target umur 24 tapi umur 27 baru saya kawin...
 
8. Product skin care  apa yg korg pakai sekarang
Hardy Boy - Hantam jer ikut selera.hahaha..
 
9. Berapa org anak yg diidamkan
Hardy Boy - Tujuh kot, meramaikan umat Islam di bumi ini. Dapat kembar pun bagus, bole sama2 jaga. hahahaha.. Then saya plan nak masuk bilik bersalin setiap kali wife bersalin, ADA BRANI?!!

10. Jam tgn yg plg tahan lama, yg korg pernah pakai
Hardy Boy - Jam tangan murah je, pakai masa kerja tahun 2008 then jam tu masuk dalam parit tahun 2011 tak jumpa-jumpa sampai sekarang gara-gara saya terjatuh masuk longkang sebab dah lewat nk pergi kerja.hahaha... 
 
11. Jodoh pilihan sendiri atau pilihan keluarga
Hardy Boy - Jodoh pilihan sendiri kot walaupun mak dia tolong kenalkan, skali berkenan la plak trus jadikan isteri.hahahahahahaha....

Tuesday, October 25, 2011

RAHSIA YAHUDI / ISRAEL SEMBUNYIKAN DARIPADA MASYARAKAT DUNIA!!!

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. 

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

Monday, October 24, 2011

Foto : DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, TOKOH YANG TERBILANG TETAPI CUKUP MERENDAH DIRI

DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, TOKOH YANG TERBILANG TETAPI CUKUP MERENDAH DIRI YANG MUNGKIN TIADA GALANG GANTINYA...

RAKYAT KELANTAN BERSYUKUR DIANUGERAHKAN-NYA PEMIMPIN SEPERTI BELIAU YANG TERUS MENJADI ROLE MODEL KEPADA PARA PEMIMPIN PADA MASA KINI DI DALAM MAHUPUN DI LUAR NEGARA. 


DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
ref : mbkelantan.tripod.com


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
Pondok Tuan guru Hj Abbas, Besut
Universiti Deoband India
Universiti Lahore Pakistan
Universiti Al Azhar
Sarjana Muda bahasa Arab
Sarjana Perundangan Islam
According to Hussain Yaacob (1992), Nik Abdul Aziz B. Nik Mat was born in 1931 at Pulau Melaka, a village located about 7 km from Kota Bharu town. His father, the late Tok Guru Haji Nik Mat B. Raja Banjar is a famous Islamic Scholar at that time. The late Haji Nik Mat Alim was the founder for Pulau Melaka Islamic School or Sekolah pondok (hut type school). Haji Nik Mat really serious about his sons Islamic education and this is one of the factor that contributed to the style of leadership perform by Tok Guru Nik Aziz. He trained all his son and daughter about the Islamic knowledge from early days.
Furthermore, Tok guru Nik Aziz also had been sent to learn Islamic knowledge from Tok Khurasan, one of the most famous ‘Guru’ in Kelantan at that time. Later, Tok Guru Nik Aziz continue his study with a few other Islamic Scholar in Kelantan and Jertih, Terengganu with the late Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad at Madrasah Ittifaqiah.

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/528635_371616096205004_146443882055561_1136786_87941823_n.jpg 
After 5 years studied at the school, in 1952 Tok Guru Nik Aziz went to India to further his study at the Deoband Darul Ulum in India. The course at Deoband took about 5 years. From India, Tok Guru Nik Aziz continue his Islamic Education at Al-Azhar University in Cairo, Egypt. There, he took the Arabic Language and Islamic Law as main subject After 4 years, this brilliant Tok Guru managed to pass and finish his Bachelor Of Arts and Master of Art in Islamic law. In 1962, Tok Guru Nik Aziz went to Malaya (now Malaysia). Tok Guru Nik Aziz can speak a few foreign languages such as Arabic, Tamil, Urdu and English.
In 1963, Tok Guru Nik Aziz married with Tuan Sabariah Tuan Ishak (at that time his wife was 14 years old). Now, both of them got 10 children (5 daughter and 5 sons). According to Tok Guru Nik Aziz, all his children took Islamic education as their main subject.

Career path

Thursday, October 20, 2011

AWAS!!! FESYEN TUDUNG MENYERUPAI RAHIB WANITA KRISTIAN???

HARDY BOY - Ketika ramai muda-mudi sekarang nie GHAIRAH mengejar pelbagai fesyen (klu tak ikut risau member kate out-of-date pulak) termasuk pemakaian tudung, kita semua perlu berhati-hati daripada terus menerima sebarang fesyen secara melulu jer, cuba kita sama-sama kaji asal usul sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mengikutinya...



Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

 
TAPI CUBA BACA PULA YG INI:

TUDUNG YANG DIPINKAN KE BELAKANG; MENYAMAI BIARAWATI KRISTIAN?

Wednesday, October 19, 2011

Jenayah : "Sila Pilih, Mau Bayar Parking atau Calar???"

OPERASI...penyedia menggunakan payung dan meja kecil sebagai kaunter pembayaran parkir haram.
OPERASI...penyedia menggunakan payung dan meja kecil sebagai kaunter pembayaran parkir haram.
BAYAR...seorang lelaki mengambil wang caj parkir daripada orang ramai.
BAYAR...seorang lelaki mengambil wang caj parkir daripada orang ramai.
KUALA LUMPUR: Ia bukan masalah baru, namun kewujudan tempat letak kenderaan yang beroperasi tanpa lesen atau lebih dikenali parkir haram tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutama di kawasan yang menjadi tumpuan ramai di sekitar ibu kota.
Awalnya kewujudan parkir haram terbabit mungkin memberi pilihan kepada orang ramai untuk membayar kadar parkir lebih murah berbanding tapak dalam bangunan, tetapi lama kelamaan ia mengundang banyak masalah.

Tuesday, October 18, 2011

Foto: INDAHNYA PERMANDANGAN DI ATAS AWAN / KAPAL TERBANG



Seminggu outstation di Kuala Lumpur, akhirnya hari ni sampai juga di pejabat, alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia... Lama tak update blog nie, so di sini saya share la sedikit gambar sepanjang saya bawa student bertanding di pertandingan Inoreka Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Kolej Komuniti Selayang. Yang paling best, ade pertandingan "BEAUTY 0F THE BEAST, MAKE-UP SPECIAL EFFECT". Memang kreatif dan berbakat rupa-rupanya orang Malaysia nie tanpa kita sedari. Dorang make-up memang cantik, cuma perlu tambah sikit je lagi supaya setanding nak masuk dlm filem.hehehehe... kLIK SINI>>> beauty-0f-beast-

Sila klik untuk besarkan gambar....

Saya memang sukakan permandangan alam semulajadi, melihat agungnya ciptaan Allah... Lihat awan tu, memang indah semasa fajar sedang menyinsing, tidak bertongkatkan berdiri gagah di dada langit. Bila diamat betul betul, seolah-olah terbentuk kalimah Allah di awan tersebut..

Monday, October 17, 2011

INOREKA 2011 : BEAUTY 0F THE BEAST, MAKE-UP SPECIAL EFFECT


Seminggu outstation di Kuala Lumpur, akhirnya hari ni sampai juga di pejabat, alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia... Lama tak update blog nie, so di sini saya share la sedikit gambar sepanjang saya bawa student bertanding di pertandingan Inoreka Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Kolej Komuniti Selayang. Yang paling best, ade pertandingan "BEAUTY 0F THE BEAST, MAKE-UP SPECIAL EFFECT". Memang kreatif dan berbakat rupa-rupanya orang Malaysia nie tanpa kita sedari. Dorang make-up memang cantik, cuma perlu tambah sikit je lagi supaya setanding nak masuk dlm filem.hehehehe...

Sila klik untuk besarkan gambar....



















Myself with Hantu Pengantin. Hantu Cun, Walaupun hantu, tapi masih cantik.hehehe (gelak gatal...)..


Thursday, October 06, 2011

Awas: Kisah "Teman Lelakiku Perempuan"



MENIPU...Samantha menyamar sebagai lelaki bernama Lee.
MENIPU...Samantha menyamar sebagai lelaki bernama Lee. (Jadi, pastikan "teman lelaki" anda benar-benar lelaki.hehehe).
CINTA SONGSANG...Nicole bersama Samantha satu ketika dulu.
CINTA SONGSANG...Nicole bersama Samantha satu ketika dulu.
LONDON: Impian seorang ibu tunggal untuk berumah tangga dengan kekasih hatinya berkecai selepas dia mendapati pasangannya itu sebenarnya seorang wanita.
Lebih mengejutkan, ‘lelaki’ yang bercinta dengan Nicole Lindsay itu pernah dipenjara kerana mendera seorang budak perempuan berusia 14 tahun dan diletakkan di bawah pengawasan selama 10 tahun.

Kata Nicole, sejarah hitam Samantha Brooks didedahkan polis selepas wanita terbabit ditahan kerana menipu identiti serta dua tuduhan menyerang.
“Apabila polis memberitahu kekasih yang selama ini saya kenali sebagai Lee sebenarnya seorang lesbian, saya memang tidak mempercayainya.

“Saya sangat terkejut dan kecewa,” katanya.

Wednesday, October 05, 2011

Hebat : GAMBAR DATO' Sri NAJIB DAN DS ANWAR IBRAHIM MINUM BERSAMA

PERMANDANGAN YANG SUKAR DILIHAT

 Kagum aku kalaulah ahli-ahli politik selalu dok semeja seperti dalam gambar-gambar nie. Nie tidak, asyik nak bertelagah jer, last-last nasib orang Melayu entah ke mana-mana. Why not, walaupun berlainan ideologi politik tapi saling bersaing untuk meningkatkan taraf orang Melayu kat Malaysia nie.
Yang paling menyampah, orang atas biasa-biasa saja tapi kat bawah dorang  nie kekadang yang berlebih-lebih, tukang cucuk bontot pulak bersepah-sepah dok kipas-kipas api-apikan menambah-nambah api pecah belah sambil mengipas-ngipas boss-boss dorang nak tunjuk dorang nie taat setia gila-gila punya kepada boss dorang dengan harapan nnti boss dorang bagi habuan.
Tapi, kepada yang tiada jawatan apa-apa dalam politik tu, tak payahla nak menambah api keretakan orang Melayu. Daripada dok komen & menuduh bukan-bukan, lebih baik korang pikir mcammna nak majukan orang Melayu, kalau setakat komen sesiapa pun bole, so jangan nak harapkan ahli politik/wakil rakyat sahaja untuk bantu kita. Cuba buat sendiri, kita semua nak tgok!!! (^_^)

HARDY boy : Opss, terlebih emo la plk.hahaha... Apapun, bersama-sama kita bangun tingkatkan diri, bangsa & negara kita, RIGHT?!!








Tuesday, October 04, 2011

Ngeri : Pengecas Telefon Bimbit Terpacak di Belakang Kepala Bayi

BAYI malang dengan pengecas telefon bimbit masih di kepalanya.
BAYI malang dengan pengecas telefon bimbit masih di kepalanya.
QUINGYUAN: Sebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas dia terjatuh dari katil dan menghempap alat itu.
Bayi berusia setahun itu kini semakin pulih selepas pakar bedah mencabut pengecas itu dalam pembedahan selama enam jam.