
MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)
Monday, August 23, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Bergembiralah Wahai Wanita...
Friday, August 13, 2010
Thursday, August 12, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Keajaiban Ilmu Al Qur'an - Perkembangan Embrio Manusia -

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (Al Qur'an, 23:12-14)
Secara bahasa, kata bahasa arab 'alaqah mempunyai tiga makna: 1. lintah, 2. sesuatu yang menempel/tergantung, dan 3. gumpalan darah.
Jika kita membandingkan sebuah lintah dengan embrio pada fasa 'alaqah, kita akan menemukan persamaan di antara keduanya, sebagaimana digambarkan dalam gambar 1. Selain itu, embrio pada fasa ini memperolehi makanan melalui aliran darah dari ibunya, mirip dengan lintah yang menghisap darah dari makhluk lain.
Makna ke dua dari kata 'alaqah adalah sesuatu yang melekat/tergantung. Hal ini dapat kita lihat dalam gambar 2 dan 3, di mana embrio pada fasa 'alaqah, menggantung dan melekat pada rahim ibu.
Makna ke tiga dari kata 'alaqah adalah gumpalan darah. Kita dapat melihat bahawa bentuk luaran dari embrio dan kantungnya pada saat fasa 'alaqah seakan-akan darah yang menggumpal. Hal ini disebabkan oleh kehadiran darah yang relatif banyak selama fasa ini (lihat gambar 4). Pun pada fasa ini, darah di dalam embrio belum mengalami sirkulasi hingga akhir minggu ke tiga. Dengan demikian, embrio pada fasa ini memang menyerupai gumpalan darah.
Jadi, tiga makna dari kata 'alaqah secara tepatnya amat bersesuaian dengan keaadaan embrio pada fasa 'alaqah.
...
Bagaimana bisa Nabi Muhammad mengetahui semua perincian ini lebih dari 1400 tahun yang lalu? Sedangkan para ilmuwan baru mampu mengetahui hal tersebut di masa moden ini dengan bantuan peralatan terkini dan mikroskop yang amat kuat? Hamm dan Leeuwenhoek adalah ilmuwan pertama yang mengamati sel sperma manusia (spermatozoa) melalui mikroskop di tahun 1677 (lebih dari 1000 tahun setelah zaman Nabi Muhammad). Mereka berdua secara salah menganggap bahawa sel sperma mengandung manusia kecil yang akan tumbuh ketika ia dibenihkan ke dalam kelamin wanita.
Di tahun 1981, dalam Persidangan Kedoktoran Ke Tujuh di Dammam, Arab Saudi, Profesor Moore berkata: "Adalah sebuah penghormatan tersendiri bagi saya untuk boleh membantu memperjelas pernyataan Al Qur'an tentang perkembangan
manusia. Sangat jelas bagi saya bahwa pernyataan tersebut tentulah sampai kepada Nabi Muhammad dari Allah, kerana hampir semua pengetahuan
mengenai hal ini baru ditemui berabad-abad kemudian. Hal ini membuktikan kepada saya bahwa Nabi Muhammad tentulah merupakan Utusan Allah.
Kemudian, Profesor Moore ditanya: "Apakah ini bererti bahawa anda mempercayai Al Qur'an merupakan firman Allah?" Ia menjawab: "Saya tidak keberatan untuk menerima hal tersebut."
Keajaiban Ilmu Al Qur'an - Permulaan Alam Semesta
Ilmu pengetahuan moden, ilmu astronomi, baik yang berdasarkan pengamatan maupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahwa pada suatu saat seluruh alam semesta masih berbentuk 'gumpalan asap' (yaitu komposisi gas yang sangat rapat dan tak telus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, hal. 94-105.). Hal ini merupakan sebuah prinsip yang tak diragui lagi menurut standard astronomi moden. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap' semacam itu (lihat gambar 10 dan 11)
Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, dulunya berupa materi 'asap' semacam itu. Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:
ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... (Al Fushshiilat, 41: 11)
Kerana bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. (Al Anbiya, 21:30)
Dr. Alfred Kroner adalah salah satu ahli ilmu bumi terkemuka. Ia adalah Profesor geologi dan Ketua Jabatan Geologi pada Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Ia berkata:
"Jika meneliti tempat asal Muhammad... Saya fikir sangat tidak mungkin jika ia boleh mengetahui sesuatu semisal asal mula alam semesta dari materi yang satu, kerana para ilmuwan saja baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi terkini. Inilah kenyataannya."
Ia juga berkata:
"Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang fisikal keadaan 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan boleh mengetahui, melalui pemikirannya sendiri, bahawa dulunya bumi dan langit berasal dari hal yang satu."
Kenangan Masa Ramadhan + My Besday...
MY PROFILE
Datang jer Ramadhan, teringat kepada beberapa kisah/kenangan aku dulu-dulu...
Darjah 6 -
Aku pernah kena tolak basikal sorang-sorang sebab rantai putus, jauh pulak tu, dah pkl 8.00mlm baru sampai rumah. Orang lain pun dah lame dah habis berbuka puasa. Mak aku & famly bukan main risau, siap nak g wat report polis dah masa tu sebab takut apa-apa jadi kepada aku (yela, klu dulu ade henset, bole la dorang call tanye aku ade kat mane..hahaha..)
2007 - Aku banyak kali kena naik turun turun terowong jalan kaki sebab tempat parking dalam tunnel tu dah penuh, penatnya Tuhan sahaja tahu... Macam nak tercabut lutut rasenye...
2009 - Baru je dapat offer mengajar di Sabah. Masa ride ke Kota Bharu tengahari bulan Ramadhan (seminggu sebelum ke Sabah), lagi beberapa kilometer je lagi nak sampai bandar, ntah camner bike aku tetiba je engine blow. betapa seksanya nak menolak bike aku tu sorang-sorang, macam nak tercabut lutut pergi cari workshop. Sampai je workshop, dorang plk cakap dorang tak boleh repair, aduss, sabar ajala....
Terpaksa menolak lagi, yang paling seksa masa nak kena melintas jalan, dah la berat bike aku tu, mase ni la nak wat hal.... Last-last, ade jugak satu kedai yg sanggup repair walaupun dia tak biase. Kena overhaul. Aku cakap, aku sanggup bayar lebih sebab mane lagi nak cari workshop bulan-bulan puasa nie, nak patah balik bukan main jauh lagi...
- 1st time aku berpuasa dalam tempoh yang paling singkat iaitu masa baru sampai ke Tawau, imsak pukul 5.45 pg kat LCCT, berbuka 6 ptg lebih je sebab kat Tawau, siangnya lebih cepat...
- 1st time tempoh berpuasa aku yang paling lame, iaitu masa nak balik beraya kat kg, imsak kat Tawau dalam 4.45pg, berbuka kat semenanjung pukul 7.20ptg gitu.... Sabar je la.....
Thursday, August 05, 2010
KISAH KEAJAIBAN ISLAM- "KENAPA TIDAK PERKOSA SAYA?"
KISAH BENAR hikmah Kenapa Islam mewajibkan bertudung & menutup aurat?!!
dipetik daripada www.facebook.com

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.