MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, March 30, 2012

Foto - Pekerjaan Mencuci Paling Berbahaya di Dunia

Photobucket

Thursday, March 29, 2012

Memang TERBAIK : RAKYAT THAILAND NYANYI LAGU MELAYU

HARDY BOY : Bila kali pertama dengar dia nyanyi, memang rasa kagum orang Thailand pun boleh nyanyi lagu Melayu, so kita semua pun perlu lebih lagi menghargai Bahasa Melayu (^_^) 


Keesamus menyanyikan "Bukan Ku Tak Sudi-Iklim"

Friday, March 23, 2012

Kolam Renang Terbesar di Dunia

hardy boy - Memang kreatif dorang ni, mampu fikir sesuatu yang mungkin tak terfikirkan oleh orang lain membina kolam terbesar di dunia. Kalau la boleh berenang-renang kat sana.... 


The largest pool in the world!

In Chile has been awarded the Guinness World Record for the largest pool on the planet . The gigantic lagoon is located in the resort of San Alfonso del Mar in Algarrobo city . How big is it? A over one kilometer long ( 3323 feet) , covering 20 acres.


Thursday, March 15, 2012

FOTO - WAD BERSALIN YANG DAIF DI HOSPITAL FILIPINA

 HARDY BOY - Saya pernah dengar pengalaman kawan-kawan yang terpaksa bersesak-sesak semasa proses sebelum, semasa & selepas melahirkan anak di hospital yang sesak tapi rasanya dorang taklah bersesak-sesak macam keadaan di bawah ni. Hopefully, keadaan begini tidak terjadi kepada my wife & hospital di Malaysia ini (^_^)


---------------------------------------------------------------


WAD BERSALIN YANG SESAK DI HOSPITAL FILIPINA


Inilah rupa wad bersalin di sebuah hospital di Filipina serta masalah ledakkan kadar kelahiran akibat campur tangan golongan tak masuk akal suatu agama.

Wednesday, March 07, 2012

Islam - Gadis 17 Tahun Peluk Islam

http://dupahang.files.wordpress.com/2012/02/loojoyeepelukislam.jpg
Kisah Loo Jo Yee memeluk Islam menyedarkan ramai umat Islam dan Melayu yang sememangnya dilahirkan sebagai Islam...
Hardy Boy - SUBHANALLAH!!! Semasa surf di blog-blog, saya tertarik dengan sebuah entry berikut. Then, saya teringat kepada pengalaman saya bekerja suatu ketika dahulu dengan bos seorang Cina yang terlalu kuat kepada Kristiannya dan semasa kami bekerja, dia sering wujudkan provokasi, berdebat dengan saya & rakan-rakan sekerja yang lain dan bertanyakan soalan-soalan sensitif dan mempertikaikan mengenai Islam dengan niat untuk berdakwah supaya kami masuk Kristian. Saya tak salahkan dia kerana mungkin dia mempunyai sejarah hidup yang tersendiri yang memungkin dia bersikap sedemikian. (Saya pada masa itu juga tinggal bersama 7 orang bukan Islam di rumah di Kuala Lumpur yang beragama Kristian dan Buddha dan kebanyakan mereka berbangsa Cina, dan mereka amat saya hormati yang bekerja di pelbagai firma kejuruteraan berbeza. Walaupun saya satu-satunya Muslim, tetapi mereka cukup hormat kepada agama Islam dan kepercayaan saya, maka saya juga amat menghormati kepercayaan dan Agama mereka. Jika mereka ingin tahu tentang Islam sebagai pengetahuan am mereka, saya akan cuba jelaskan dengan hikmah. Saya juga selalu juga bertanyakan mengenai Agama mereka sebagai pengetahuan. Hinggakan, jika saya tak outstation, mereka akan keluarkan dan sorokkan minuman keras mahupun daging khinzir dari dalam peti ais, risau jika ditemui oleh saya, begitu kuat mereka hormatkan agama saya iaitu Islam. Sehingga kini, mereka merupakan housemate yang paling saya hormati yang tiada bandingnya). 

Bos Cina saya ini saya rasa sedikit tercabar kerana dia begitu kuat dengan agama Kristiannya sehinggakan dia sanggup mengkaji tentang Islam dan Al-Quran dengan mendalam dan begitu terperinci, sesuatu yang mungkin tak ramai orang Islam sendiri mengkajinya, hinggakan pelbagai soalan asas tak dapat dijawab oleh umat Islam sendiri termasuklah nama kita dalam bahasa Melayunya dan mengagumkan dia dapat menafsir setiap nama Islam rakan-rakan saya. Pelbagai lagi soalan-soalan asas ditanya termasuklah maksud setiap ayat Al-Fatihah dan huraiannya, itu pun tak dapat dijawab oleh sebahagian daripada kita walaupun kita selalu membacanya dalam solat sekurang-kurangnya 17 kali sehari, 119 kali seminggu.
Akhirnya, saya bergabung dengan rakan-rakan sepejabat yang lain, kami berpakat bahawa kita perlu "psiko" bos Cina kami ini, walaupun dia guna KAEDAH KERAS, so kami guna  strategi guna psikologi secara lembut. Alhamdulillah, selepas itu pintu hati Bos kami ini mula terbuka selepas terjadi suatu kejadian keajaiaban semasa Ramadhan semasa umat Islam berpuasa, dia mula menghormati Islam walaupun asalnya dia memang jelas  sangat ANTI-ISLAM. Kejadian tersebut memberikan cabaran kepada saya, kita sebagai Islam ini perlu dalami Islam dengan lebih mendalam, sebagai cabaran. 
Jika non-muslim pun sanggup mendalami Islam dan Al-Quran, kenapa tidak KITA??? DAN KITA JUGA PERLU SEDAR BUKAN SEMUA BUKAN ISLAM ADALAH ANTI-ISLAM... WALLAHUALAM.... 

----------------------------------------------------------------------------------

 
Jo Yee dalam Wawancara TV Al-Hijrah berkongsi pengalaman beliau, keperitan serta cabaran semasa memeluk Islam
Kisah Penghijrahan Loo Jo Yee Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam ini memang betul2 membuatkan Rindok Blog teruja… Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita dengar kisah penghijrahan beliau yang begitu menakjubkan.