MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, February 25, 2010

~tired~


Terasa sedikit penat untuk beberapa minggu terakhir nie & maybe sehingga beberapa minggu akan datang. Macam biasela, bila ade problem or bz, aku lebih suke menyendiri skejap, berfikir & membuat perancangan. Kalau ade problem pun, aku lebih suke senyap je mencari ilham. Dalam minggu nie, ade beberapa berita baik & tak berapa baik..huhuhu. Macam biase la, minggu nie parent aku dok tanye bila nak balik..huhuhu. Tengokla camner sebab ade beberapa kerja perlu dibereskan terlebih dahulu lagipun 12 hb Mac nie dah nak kena hantar soalan Final exam kepada penyelaras soalan exam Kolej Komunit untuk 2 subjek aku, (Switch Board & Switch Gear Installation & Three Phase AC Electrical Motor) yang memang takde modul cuma ade silibus je so aku kena wat sendri la modul aku nak ajar.

Memang subjek tu cukup tough, dah tu modul pun takde. Untuk setiap bab, mau ambik masa 1 minggu jugak la aku kena cari bahan-bahan mengajar, memang susah nak jupe. Inikan pula untuk gubal soalan final exam. Ingat hari tu nak tolak je, gubal soalan untuk satu modul je, tapi lepas pikir2 aku amik je la, lagipun aku bole jadikan preparation untuk kelas-kelas akan datang, cume kena work hard la buat masa nie. Harap-harap paper-paper exam tu sempat la siap 12hb Mac tu. Untuk Switch Board & Switch Gear Installation aku kena berguru dgn En. Salleh (ketua program elektrik) & Three Phase AC Electrical Motor kena berguru dengan Encik Ismail (dorang lagi hebat, modul pun takde, semua nota dalam kepala je..huhuhu. So, xdapat la aku nak fotostat....



Last, aku tengah pikir how to play a game... Cara kasar or lembut ye?!!



Friday, February 19, 2010

Sebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
  2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
  8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

CINTA & PERKAHWINAN


Setelah aku bace blog Cik Halijah tadi, aku teringat sebuah buku. Baru-baru ni aku ade bace satu buku berkenaan cinta. Tajuk buku "Tentang Cinta". Dalam buku tu banyak menerangkan tentang Cinta dan Perkahwinan. Bila aku baca-baca balik, senang hendak bercinta tetapi untuk berkahwinan merupakan suatu amanah yang besar & banyak lagi ciri-ciri dalam check list tu yang aku belum ade tapi aku akan cube pelahan-lahan adekan.


Dalam buku tu aku tertarik dengan satu kisah (tapi aku lupa la nama tokoh tu). Dua soalan yang ditanya oleh muridnya, apakah maksudnya CINTA dan apakah maksudnya PERKAHWINAN.


Nama tokoh barat tu tersebut Socrates dan anak muridnya Plato..(kalau tak silap la..).


Seorang pelajarnya bertanyakan kepadanya apakah itu cinta. Maka gurunya mengarahkan pelajar tersebut masuk ke dalam hutan tebal dan memilih dahan pokok yang paling cantik. Maka pelajar tersebut masuk ke dalam hutan. Tidak lama kemudian pelajar tersebut keluar tetapi tanpa membawa apa-apa dahan bersamanya.

Maka, gurunya bertanya,

IT IS A GAME OF LIFE

Pagi jumaat ini tetiba tersedar awal pagi la plak selepas termimpi something pagi nie (menarik jugak mimpi tu, kalau la betul..huhuhu). Terdetik nak write something about my previous job & terlampau berbezanya kerja sekarang berbanding dulu. Untuk kerja sekarang, aku rasa beberapa kelebihan dan kekurangan pada diri aku berbanding dulu.



Antara kelebihan kerja sekarang, aku dapati kerja sebagai pensyarah ini mempunyai beberapa nikmat iaitu nikmat Masa (iaitu mempunyai masa untuk diri sendiri, masa untuk memajukan diri dan yang paling penting masa untuk kerja agama untuk mengabdikan diri kepada-Nya yang terbatas dalam kerja dulu). Jika dahulu, aku banyak terlibat dengan bahagian teknikal & perhubungan awam (Public Relationship) yang memberikan peluang untuk aku mengenali berbagai-bagai kerenah manusia. Life kerja pun bermula pada pukul 8 sehingga 3 pagi baru balik rumah (kekadang pkl 6 pagi aku dah ade kat site takpun pernah juga aku tido kat site untuk memastikan pekerja-pekerja projek bekerja 7 hari seminggu, pagi sehingga pagi esoknya non-stop demi mengejar schedule perlu disiapkan sebelum Krismas tersebut sebelum Orang Putih nie balik kampong beraya). Hidup kekadang mewah tapi jika projek lambat disiapkan, satu hari kos penalti yang perlu dibayar ialah rm25ribu untuk satu hari & aku adalah orang yang akan dipertanggungjawabkan.

Life malam pula jauh berbeza. Jika di HQ Kuala Lumpur, paling awal pukul 10 mlm baru aku meninggalkan ofis, hanya ofis boy je yang balik pukul 5ptg. Bila malam menjelang, life bekerja turut berbeza kerana terpaksa melayan kerenah klient menghabiskan kehidupan malam di Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi sama ada makan, ke pusat hiburan& ke mana sahaja yang dikehendaki klien. Penat jugak badan tetapi keadaan memaksa walaupun aku tak suka dengan life begitu. Kekadang terasa ingin je aku off hs melarikan diri tapi sebagai engineer, perlu sentiasa ONN CALL eventhough masa tido. Bila malam, jika bukan klien-klien yang tak habis-habis aku call (kekdang dah bermacam alasan aku bg nak elakkankan diri), subcontractor pula yang call ajak keluar untuk membida/mendapatkan projek, bila keluar kita cakap je ape yang kita hendak smua akan dorang turuti (dalam erti kata lain rasuah la). Bagi aku, walaupun dorang keluarkan wang (maybe orang cakap sebagai umpan/modal), apa la sangat jika hendak dibandingkan dgn keuntungan yang mereka dapat sehingga beratus-ratus ribu @ billion RM. Dalam erti kata lain, bagi aku rasuah boleh dibahagikan kepada 3 iaitu rasuah wang ringgit (termasuklah diberikan kad kredit dorang dan kita bole membelanjakannya ikut suka), kedua material dan ketiga perempuan (rasuah seks takpun akan dihantar perempuan-perempuan cantik untuk menggoda serta sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan projek) tapi alhamdulillah aku belum terasa lagi untuk menerima rasuah yang ke-3 tu, terasa jijik sekali (walaupun ade sekali tu dorang hntar terus ke rumah, tp sorry beb coz aku ni bkn jenis murahan, bkn senang dibeli)….


Gambar di bawah nie merupakan Shahida, setiausaha merangkap PA aku suatu ketika dahulu... Orangnya cukup baik, rajin sehingga beberapa sekali pitam kat tempat kerja disebabkan kerja tengah banyak pada masa tu dengar sekarang dah makin relax & makin sihat)... Kekadang, dia la tempat aku meluahkan & bercerita..hahaha. Dah lama tak dengar khabar Syida nie, ntah dah kawin ke blum..huhuhu. Kekadang tu, bila kerja terlampau banyak, wlaupun bulan puasa, sanggup dia temankan aku siapkan kerja, documentation & siapkan preparation walaupun cuti Sabtu Ahad sebab hari Ahad tengah malam aku dah kena bertolak ke Camerons. Kekadang Syida nie rajin betul tolong mengingatkan ape-ape appointment aku..huhuhu. Kekadang rase seronok juga bila ade PA nie. Commitment keja dia cukup tinggi, kalau dia tak tolong aku dulu tak tau ape jadi ye...

Kekurangan kerja sekarang ialah,

Wednesday, February 17, 2010

HOSPITAL MACHANG + HOSPITAL KUALA KRAI : Pengalaman di hospital. Terima kasih kepada "mereka" ...


Actually, "A Great News From My Hometown" tu bukannye pasal Kelantan dapat wang ihsan yang hangat diperkatakan sekarang. This weekend, aku baru je call my Abah & dapat cakap-cakap ngn dia (biasela aku ni, susah betul nak call dia.hehehe, tapi tiap kali aku call dia plk jarang nak angkat, biasala Abah aku nie malam-malam pun selalu sibuk ngn meeting& agenda politiknya, adussss..). Dah la tak angkat call lepas tu bukannye nak call aku balik, sabor je la sebab dalam famly aku, dia la Big Bossnya.hahaha... Macam biasa la soalan wajib yang ditanya Abah, "Camner dok kat Tawau nie" & "Bila nak balik". (nasib baik dia tak tanye bila nak kawin..hahaha)

Macam biasela, bila dah dok Sabah nie, aku actually tak pernah tenteram, asyik ingat famly aku je terutamanya Abah kesayangan aku nie. Bukan ape, 2 minggu sebelum datang posting ke Tawau, Sabah nie, masa tu hari Isnin 24 Ogos 2009, tetiba je Abah terkena serangan jantung yang belum pernah kami jangka, langsung tak ada tanda-tanda. Balik je daripada rumah lepasa Abah main pingpong dengan rakan-rakan sepejabatnya pada pukul 6.15 petang tu, terus abah kata badan dia panas sangat-sangat, susah nak bernafas & (Abah bagitau lepas je stabil) seolah-olah mati hidup semula. Tetiba je petang tu Abah mengerang kesakitan dan minta aku ambilkan air masak. Tak lama kemudian Abah bagitau dia dah tak boleh tahan sakit lagi & minta aku drive keta bawa ke hospital (masa tu tiada siapa di rumah, Ummi pula gi melawat saudara sakit di Hospital Kota Bharu) . Memang takut & risau jugak masa tu terus drive ke hospital Machang dengan Abah pun seperti tidak sedarkan diri... Yang penting jangan panik & berdoa...

Sampai je depan bilik kecemasan, tanpa mempedulikan ape-ape pun disekeliling aku terus menerjah masuk dalam bilik kecemasan & memanggil pegawai perubatan (dah la ramai pesakit tengah beratur masa dalam tu tapi aku wat tak peduli je).. Terima kasih kepada pegawai-pegawai perubatan yang membantu masa tu, memang aku takkan lupekan jasa diorang. Sampai je sana, MA bagitau yang kat Hospital Machang tu tak ade Doktor jantung, so kena berpindah sama ada ke Hospital Kota Bharu atau Kuala Krai. MA yang membantu pada masa tu memang cukup baik hati (tidak seperti laporan buruk yang kerap disiarkan di dalam akhbar), aku lihat mereka bertungkus-lumus memberikan rawatan awal termasuklah dengan menyuntik morfin tapi keadaan Abah still tidak berubah. Aku tak mampu nak buat ape, just berdiri standby ditepi katil, berselawat & bersedia memanggil Doctor jika perlu. Rawatan awal diberikan. Berselirat wayar disambung pada badan, air & pengesan denyutan jantung (sorry, masa tu aku xsempat nak tanye Doktor name menda tue). Dengan tenang, aku cuba call, memaklumkan kepada Ummi tentang berita ni, risau juga jika Ummi panik semasa drive pulang.

Last, abah dihantar ke Hospital Kuala Krai yang lebih dekat. Pada pukul 8.15 mlm dengan menaiki ambulans (tu la kali pertama aku naik ambulans). Rasa berdebar semakin memuncak bila aku tengok Abah masih tak sedarkan diri. Dah la dalam tu takde alat pengesan deyutan jantung (ye la, menda tu besar, tak muat kot). Ambulans tiba di Hospital Kuala Krai pada pukul 9.00mlm.

Selepas mendapat rawatan, keadaan Abah semakin stabil pada malam itu, Ummi sampai semalaman tidak dapat tido, aku pulak terpaksa balik ke rumah untuk packing barang-barang keperluan yang lain. Kenangan yang tidak dapat ku lupakan, masa tu la kali pertama aku dapat merasa tido kat hospital berterusan sehingga 4 malam menggantikan Ummi yang kepenatan pada hari pertama. Macam-macam pengajaran & pengalaman yang dapat aku pelajari sepanjang di sana (ye la, dah tak tau nak wat ape dalam tu). Tapi, melihat kepada nurse-nurse yang comel memberikan sedikit semangat untuk aku stay lagi kat sana... Macam-macam kerenah manusia dapat dilihat sebab aku ni memang suke mengkaji manusia..hahaha.

Dalam salasilah keluarga ku, belum pernah ada lagi yang terkena sakit jantung. Bila doktor menyatakan berita dukacita tersebut, jelas kelihatan perasaan takut, risau, kecewa& seolah-olah sukar untuk Abah menerima hakikat tersebut pada hari pertama. Apa yang mampu aku lakukan, aku terus memberikan semangat dan meminta ahli keluarga yang lain turut membantu. Aku kemudiannya memberitahu abah, ia bukannya jalan terakhir & aku akan mencari wang untuk membiayai kos pembedahan jika perlu. Ramai saudara mara dan rakan taulan Abah turun memberikan kata-kata semangat. Yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal sedaya-upaya yang kita mampu.

Berita gembira ketika aku call Abah minggu ini, akhir-akhir nie selepas Abah menjalani beberapa ujian jantung di Hospital Kota Bharu, pakar jantung mengesahkan yang Abah dah bebas daripada sakit jantung yang membawa maut itu cuma Abah kena sentiasa datang ke hospital 3 bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan susulan. Syukur kepada Ilahi yang tak terucap. Thanks bebanyak kepada semua doktor, MA & nurse yang banyak membantu ... ;-) Terlampau banyak perkara yang ingin dikongsi sepanjang aku berada di sana tetapi mungkin pada masa akan datang...

Kekadang, respek aku dgn kerjaya sebagai kakitangan hospital kerajaan walaupun di dalam akhbar bermacam cerita yang tidak menyenangkan seperti layanan yang kurang mesra dan sebagainya.


p/s : Moral of the story, sayangilah ibu bapa kita ketika mereka masih ada & rajin-rajin la call, jgn just msg jer..hehehe.
>Adakala ujian-ujian yang Ilahi duga ke atas kita ialah untuk menguji tahap keimanan kita, untuk mendidik kita menjadi insan yang kuat & supaya kita sentiasa sedar serta bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Ilahi...

TERIMA KASIH KEPADA KAKITANGAN UNIT KECEMASAN HOSPITAL MACHANG DAN HOSPITAL KUALA KRAI YANG BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU BAPA SAYA SEMASA KEJADIAN INI.... HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBANTU JASA ANDA....