MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, June 03, 2010

Dosa-Dosa & Facebook




dipetik daripada http://www.zaharuddin.net



Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


CADANGAN RANGKA KERJA JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI TAWAU.


Pada 11 Mei yang lalu, telah diadakan mesyuarat agung JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI TAWAU. Terdapat beberapa perancangan bagaimana Jawatankuasa ini dapat menyumbangkan sumbangan kepada para warga kolej, masyarakat setempat, masyarakat Tawau
sehinggalah kepada peringkat kebangsaan. Disebabkan kekangan masa, insyaAllah aku selaku koordinator penyelidikan bersama jawatankuasa-jawatankuasa (yang bagi aku semuanya hebat), cadangan-cadangan tersebut akan mula dilaksanakan sebaik sahaja aku pulang bercuti bulan 6 ini.



CADANGAN RANGKA KERJA JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI TAWAU.
1. Ahli Jawatankuasa ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Penyelidikan boleh melibatkan penyelidikan berkenaan masalah social, pembangunan boleh melibatkan penambahbaikan P&P serta inovasi turut melibatkan inovasi serta pengubahsuaian P&P. 2. Para pensyarah akan didedahkan untuk membentangkan kertas kerja diperingkat kolej sehinggalah ke peringkat kebangsaan dan kredit akan diberikan. 3. Para pensyarah digalakkan untuk terlibat dengan seminar dan mengadakan Kursus research methodology sama ada secara individu atau berkumpulan. Peringkat Kolej 4. Menawarkan bantuan, memberikan khidmat nasihat dan memandu para pensyarah yang berminat untuk melanjutkan pelajaran kepada peringkat yang lebih tinggi seperti dengan mengadakan kursus. 5. Dicadangkan agar jawatankuasa ini mengadakan satu buletin/majalah khas untuk setiap semester untuk mempromosikan kolej komuniti dan memperkenalkan setiap bahagian, program atau aktiviti kolej. Majalah/buletin ini akan digunakan untuk dipamerkan kepada umum. Buletin ini boleh diwujudkan dalam bentuk e-buletin, blog dan sebagainya mengikut program yang ditawarkan serta tidak hanya disertakan gambar. 6. Memberikan pendedahan kepada para pensyarah dalam membuat kertas kerja. 7. Menjalankan penyelidikan pada peringkat kolej sama ada dalam bentuk kajian sosial atau kajian projek kejuruteraan (dalam bentuk individu @ berkumpulan). 8. Menghasilkan produk penyelidikan. 9. Membuat kajian bagaimana untuk menyelesaikan masalah para pelajar, pensyarah dan kolej serta menambahbaikan P&P. 10. Para pensyarah di kolej komuniti boleh mencadangkan idea-idea kepada jawatankuasa Jawatan Kuasa Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi atau mengemukakan permasalahan yang mungkin dapat diatasi oleh Jawatankuasa Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi. Peringkat Tawau 11. Menjalinkan hubungan dengan pihak industri dalam penyelidikan seperti sebagai cabang kerjasama dalam kepakaran marin, sumber rujukan dan perundingan(consultancy). 12. Bekerjasama dengan industri dalam menambahkan kepakaran para pelajar kolej komuniti dan membantu menawarkan tenaga kerja kepada pihak industri. 13. Jawatankuasa ini turut berperanan untuk memberikan khidmat perundingan (consultancy) dan Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) kepada syarikat-syarikat di Tawau seperti dalam industri kejuruteraan automotif, motorboat, elektrikal, komputer dan sebagainya. 14. Membantu dan bekerjasama(join venture) dengan industri kecil dan sederhana (IKS) di Tawau dalam mempromosikan produk keluaran Tawau contohnya ke semenanjung Malaysia seperti dalam bidang penyelidikan. Menjadikannya sebagai sebahagian daripada sumber kewangan kepada kolej. Contohnya seperti dalam menambahbaik pembungkusan coklat dan ikan di Tawau. 15. Jawatankuasa cuba untuk mengkaji,membangunkan idea bagaimana hendak memanfaatkan produk keluaran tempatan seperti produk makanan laut kepada peringkat yang lebih tinggi/maju. 16. Mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang teknologi yang mereka mampu gunakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran mereka seperti dalam industri perikanan. 17. Untuk sumbangan kepada komuniti setempat, pihak kolej boleh bekerjasama dengan Dun untuk setiap Adun dan Parlimen Tawau tentang sumbangan yang boleh disumbangkan oleh Jawatankuasa dan Kolej Komuniti seperti melalui penyelidikan seperti penyelidikan tentang keperluan masyarakat di Tawau. Mereka boleh dicadangkan untuk membiayai penyelidikan yang akan dijalankan. Ini boleh ditawarkan seperti melalui pakej memancing di Semporna, golf, bekerjasama dengan koperasi dan e-commerce setempat. Pihak kolej sewajarnya dapat memanfaatkan Jawatankuasa Penasihat Kolej yang terdiri daripada pelbagai individu berpengaruh. 18. Bekerjasama dengan Dun untuk Adun-adun dan Parlimen Tawau seperti mengadakan penyelidikan bagaimana untuk meningkatkan perlancongan ke Tawau. Peringkat Kebangsaan 19. Jawatankuasa bekerjasama dengan para pelajar untuk menghasilkan rekaan rekacipta sebagai produk keluaran kolej komuniti dan untuk dipertandingkan di dalam pertandingan-pertandingan antara kolej-kolej. 20. Jawatankuasa diberikan peluang untuk membentangkan kertas kerja sehingga ke peringkat kolej-kolej komuniti mahupun peringkat kebangsaan. Pandangan dan cadangan-cadangan lain daripada anda semua amatlah dialu-alukan. Hardy boy : Sebarang permasalahan yang wujud serta mungkin dapat diselesaikan oleh JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI boleh dikemukakan kepada saya.


Thursday, May 27, 2010

Jadi isteri lebih berat rupanya...


Mat...mat....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat
kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut
sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan
letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung
keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8
jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan,
tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi
isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula
yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan
permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur,
dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari
tidur, dia bergegas ke bilik air, cuc i gigi dan terus
ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan
anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka
bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi
kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak
yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak
nak bawa ke sekolah.

Friday, May 07, 2010

ANTARA UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN, UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN & KENDURI KESYUKURAN.


Menghitung hari sebelum aku melangsungkan perkahwinan tapi bulan nie merupakan bulan yang paling busy sebab banyak kerja sebagai pensyarah modul & penyelaras exam yang perlu disiapkan, memang rase macam tak cukup masa, apa nak buat, amanah yang dipertanggungjawabkan perlu diselesaikan, hal kawin dah masuk no.2. Sekarang pun masih mencari-cari sapa yang nak ganti aku jadi penyelaras exam masa dah nak kawin nanti, kalau ade sesiapa yang begitu baik hati & berminat, pertolongan anda amat-amat saya hargai …..huhuhu…(tengah pening kepala mencari pengganti ). Dapat pahala besar siapa yang tolong orang lain membina masjid nie.. ;)

Bila nak kawin nie?!! beberapa sahabat dah mula tanya.

Member : Kenapa pada kad jemputan tertulis “UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN” bukannya “UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN”…. (Aku dah agak dah, mesti soalan tu akan ada yang bertanya…

So, aku bagitau la, kalau di Kelantan, “UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN” atau apabila kad tersebut tertulis undangan “walimatul urus”, that mean semasa majlis perkahwinan tersebut, seelok-eloknya tetamu yang hadir hulurkanlah sedikit wang ringgit (biasenya RM5, RM10 atau RM50) seikhlas yang mungkin untuk membantu meringankan bebanan kewangan oleh pihak pengantin masa bersalam nak balik(kita panggil “salam kaut”). Then, biasanya mereka akan diberikan “door gift” untuk di bawa pulang.

Kalau “UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN”, sama juga bezanya tetamu yang datang menjamu selera cuma tiada “salam kaut” (dorang pun tak perlu hulurkan wang masa salam nak balik tu, hadiah pun kalau bole aku xnak, aku nak dorang datang memeriahkan jer.huhuhu).

Pastu, kawan aku ni tanye lagi,

Member : “Lepas “MAJLIS KESYUKURAN” tu, baru akan diadakan “MAJLIS PERKAHWINAN” ke?”

Aku : Takdela, “MAJLIS KESYUKURAN” tu same je dengan “MAJLIS PERKAHWINAN” .

Member : Jadi, MAJLIS KESYUKURAN tu same la dengan KENDURI KESYUKURAN?

Aku : KENDURI KESYUKURAN tu biasenye ade seperti bacaan doa selamat, solat hajat dan sebagainya contohnya baru menimang cahaya mata, meraikan kejayaan dan sebagainya. Tapi kalau UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN bermaksud jemputan untuk majlis perkahwinan.

Member : Kalau macam tu, MAJLIS KESYUKURAN tu ade doa selamat ke? So, takde bersanding?

Aku : Yang tu terpulang kepada pihak pengantin jika nak adakan doa selamat atau tidak sebelum/selepas majlis perkahwinan tu… Saya memang tak adakan bersanding, tapi pelamin memang disediakan tu pun bergambar kenangan bersama keluarga & tetamu. Kalau bersanding pun, cuma untuk tontonan keluarga yang terdekat sahaja, bukan untuk tontonan umum.hahaha…. (Memang pun aku taknak adakan walaupun member-member ramai yang bersanding, upacara menepung tawar pun aku memang taknak adakan… Sebabnya… “No comment”, sensitive, aku tak nak ulas di sini ;-)

(Selepas aku jawab soalan-soalan tu, aku mula terasa pening-pening lalat, susah jugak nak terjemah bahasa sastera nie.. Anyway, thanks sebab bertanye ;-)..

Aku bukan ape, kekadang aku kesiankan orang yang datang daripada jauh, mana hendak bayar duit minyak nak datang majlis lagi, kalau hari tu ade 5 tempat majlis perkahwinan, sure dah berapa dah duit minyak keta dorang. Kalau seminggu, dah berapa RM dah kalau setiap hari dorang ada undangan. Lepas tu, kalau dorang kena hulurkan duit masa hendak pulang tu, dah berapa RM dah duit dorang kena belanjakan. Kalau dorang daripada golongan sederhana, lagi la kesian… Dulu ada sorang pakcik mengadu yang untuk bulan tu dia kena standby paling kuran RM500 untuk menghadiri kenduri selama 10 hari, satu hari dia dijemput ke 3-5 kenduri, kesian plk aku dengar. So, aku niat daripada dulu, aku tak nak tetamu aku yang datang tu bersalam kaut. Jadi, pada kad aku tu aku letakkan “UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN” yang bermaksud, tetamu yang datang cuma datang menjamu selera sahaja, bagi aku doa mereka dah cukup bermakna. Cuma untuk kenduri aku nie, setiap tetamu yang datang akan diberikan “door gift” (ada sepucuk surah Yassin & beberapa gift lain). Sebab duduk satu kawasan perumahan, insyaAllah semua akan dijemput tambah plak ayah aku dilantik sebagai pengerusi taman tu...

Untuk Majlis Perkahwinan aku nie, tak adela aku plan nak buat grand sangat, cukup la yang sederhana tetapi meriah & mendapat keberkatan daripada-Nya. Apa yang aku dah plan?!! Tunggu selepas majlis kawin nnti (^_^). Cuma kekadang tak senang duduk juga bila beberapa kawan bertanya kenapa wang hantaran tinggi? Aku bagitau la, tu permintaan drp pihak perempuan & aku setuju sebagai hadiah aku kepada pihak perempuan tetapi dengan syarat, wang tersebut sebahagian besarnya seeloknya disimpan sebab susah tau aku nak mengumpul duit tu..huhuhu… Then, tunang aku pun dah bersetuju sebagai simpanan/pelaburan dirinya pada masa akan datang. (Jika di Kelantan, kebiasaannya sebahagian kos kenduri ditanggung oleh keluarga pihak perempuan kerana bagi ibu bapa, itulah masanya mereka ingin menyumbangkan sesuatu kepada anak perempuan mereka. Kekadang ada juga saudara mara yang bermurah hati menyumbangkan sorang satu par).

Setiap negeri mempunyai keunikan yang tersendiri mengenai Majlis Perkahwinan. Semasa di Johor dulu, memang aku pun sukakan majlis di sana, memang cukup meriah & berbeza daripada tempat aku sampai la ke malam. Johor bagi aku kaya dengan seni budayanya yang tersendiri. Bila malam, majlis di meriahkan dengan pelbagai acara seperti karaoke & pelbagai acara lain yang menarik.

Kalau di Kelantan, semasa majlis berlangsung, majlis akan dimeriahkan dengan persembahan silat, tomoi/muay thai, persembahan dikir barat (dah ade beberapa orang offer diri nak bersilat masa majlis nanti.hahaha), persembahan tiupan serunai & pelbagai persembahan lain. Pada malamnya, akan diadakan persembahan seperti Dikir Barat.

Kekadang, di sesetengah tempat akan diadakan bermarhaban, berzanji dan nasyid.

Bila menjejakkan kaki ke Sabah, first time pergi kenduri kawin, memang aku tengok memang betul-betul cukup meriah (masa kursus pra perkahwinan kat JHEAINS/MUIS hari tu, penceramah/imam tu bagitau purata wang hantaran di sini tak kurang daripada RM15 ribu, bagi aku that’s why majlis kat sini begitu meriah ;).

Menurut kawan aku, di Sabah nie memang meriah. Contohnya, malam pertama sebelum Majlis Perkahwinan, memang meriah suasana di sini dengan ramai orang berkumpul, bermain game (seperti domino rase, tu pun kalau aku tidak silap) & siapa yang menang game tu akan dapat hadiah. Bila majlis berlangsung, memang cukup meriah cuma aku tak berkesempatan untuk pergi ke majlis perkahwinan di sini pada sebelah malam sebab orang lame yang aku kenal di sini cakap, majlis kat sini paling meriah ialah pada sebelah malam.

Aku pun baru nak study Majlis Perkahwinan di Sabah nie, so takde la banyak sangat info yang aku tau, sorry kalau tersilap ;-)



Hardy Boy : Setiap negeri ade keunikan Majlis Perkahwinan yang tersendiri . Setiap individu mempunyai hak masing-masing bagaimanakah mereka ingin meraikannya (^_^).

: Hopefully mimpi-mimpi ngeri tunang aku yang berulang kali tu tidak menjadi kenyataan. Nauzubillah...