MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, April 08, 2011

AWAS, AL-ARQAM KEMBALI LAGI???

HARDY BOY : Aku tak faham la knape la ada sesetengah pengikut ajaran-ajaran sesat nie walaupun dah terang-terang mereka dah jauh terpesong macam Al-Arqam, Ayah Pin, Rasul Melayu & sebagainya, tapi hati mereka nie buta masing menganggap ajaran dorang tu betul dan konon-kononnya dorang tu golongan terpilih. Bila Asaari Al-Arqam buat road show membuat pengakuan tentang bahawa ajaran yang dibawanya tu sesat dan dia telah bertaubat, masih ade segelintir pengikutnya menganggap pengakuan Ashari tersebut ada mesej tersirat yang dapat dibaca oleh pengikutnya konon-kononnya (dengan menggunakan isyarat secara tersirat) dia menafikan pengakuan lafaznya tu. 

Dah la diri sendiri dah sesat, lepas tu dengan taksub & fanatik terus cuba menyebarkan ajarannya kepada sesiapa sahaja kononnya ber"dakwah". 

 

AL-ARQAM BUAT HAL LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Dakwa mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW

KOTA BHARU: Pemimpin dan pertubuhan agama menganggap dakwaan isteri kedua bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam, mengaku mampu menghubungi Nabi Muhammad SAW sehingga terhasilnya satu surat ditujukan kepada pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI sebagai satu pembohongan besar dan menyesatkan.

Mereka beranggapan perbuatan Hatijah itu adalah untuk mengaburi pengikut yang begitu taksub dengan ajaran Al-Arqam serta bekas pemimpin mereka, Asaari Muhammad.

Thursday, April 07, 2011

ILUSI OPTIK- JOM UJI KUASA MINDA ANDA!!!

Jom cuba Ilusi Optik berikut, UJILAH SEJAUH MANA KUASA MINDA ANDA!!!

AMARAN : Menurut hasil pembacaan saya, anda boleh menguji tahap tekanan minda anda dengan melihat objek ilusi optik ini, semakin laju objek tersebut bergerak, bermaksud semakin tinggi tahap tekanan minda anda. Tak Percaya??? Cubalah!!! (^_^)


TEST THE POWER OF OUR MIND IN THIS ENTRY. For this optical illusion to work, stare at the center crosshairs and move your head in and out from the screen. Sometimes when you just look to the side or relax your eyes a bit, You’ll notice that some of the pictures are moving.




Jennifer Peluk Islam Setelah Melihat Umat Islam Dilayan Buruk


You are in Islamic section (Ada juga follower-follower & pembaca saya non-muslim tapi saya langsung tak berniat untuk bermain dgn isu keagamaan, cuma sekadar untuk mengingatkan umat Islam supaya tidak terus lena)-hardy boy.



Jennifer Fayed merasakan perkawinannya suram. Ia melihat tak ada kesungguhan pada suaminya yang menganggur, yang telah dinikahinya tiga tahun lalu. Ia mendapati dirinya hamil, sementara dua anaknya yang masih kecil belum dapat lepas dari pengawasan.

Jennifer, yang berusia 21 tahun, mulai merenungi tujuan hidupnya di dunia. Fikiran itu menggantung di benaknya: “Pasti ada alasan atas kewujudan saya ini.”

Wednesday, April 06, 2011

SAYA BANGGA JADI BANGSA MELAYU!!!

HARDY BOY : Saya tertarik dengan artikel berikut daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya teringatkan kepada seorang ex-housemate semasa belajar di matrikulasi dulu, bole dia bagitau saya "Aku tak suka orang Melayu sebab orang Melayu nie pemalas & mempunyai banyak ciri-ciri negatif yang lain". Aku rase nak lempang je muka budak nie (yang sebaya dengan aku), tau la dia kacukan Melayu & India. Aku bagitau yang dia dapat sambung belajar ke peringkat sekarang pun atas tiket nama "Melayu".  Kalau bab bercakap memang dia no.1 asyik cakap berulang-ulang kali yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia, tapi aku tengok dia nie memang pandai bercakap tapi kerja satu pun tak jalan, tapi asyik berlagak & fanatik/ada hati nak jadi ahli politik. 

"BIARLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!!!"


VIDEO KONTROVERSI ANWAR IBRAHIM & PILIHANRAYA. Saya tidak menyokong mane-mane parti politik. Cuma, sekarang nie, rase meluat bila asyik buka televisyen, tengok je berita pastu dok siar menda yang bagi saya membosankan dan meluat, iaitu dok tengok sesama Bangsa Melayu dok kutuk sana, kutuk sini semata-mata nak menang pihanraya dengan pengaruh media yang fanatik melampau-lampau.

Aku rase BOSAN & MALU???

MISTERI SEGITIGA BERMUDA ~ Bermuda Triangle




Misteri segitiga Bermuda..Memang misteri kan cerita ni..Sampai sekarang pun orang tak tau macam mana kapal besar-besar tu boleh hilang sampai tak dapat dikesan..Pelik! Besar tapi habuk pun tak jumpa...Kalau korang peminat cerita-cerita misteri ni boleh la join sekaki ngan saya..Terjumpa aktikel lama-lama kat dalam laptop ni jadi saya pun share la k..Meh baca meh..^_^.
  
KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.


Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.


Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.