MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, November 26, 2024

Episod : Tarbiah Diri

Alhamdulillah, done kursus motivasi bersama student diploma KV hari ni... since 2010 terjebak dgn program gini... 
Pelik sebenarnya, semakin banyak kita ceramah motivasi kpd orang lain (dah cecah ribuan org dah kot...), semakin ko rasa diri ko semakin kerdil, sebab para peserta tu la sebenarnya mentarbiah diri ko sebenarnya, mereka yang sebenarnya yang sedang memotivasi diri ko yg Allah hantarkan mereka kpd ko... 

kekadang bila selesai je program tu, ko balik nak menangis sepuas-puasnya bila Allah sedarkan bahawa diri ko terlalu kerdil dengan menghadirkan mereka, dan perasaan tu dtg lagi hari ini😭😭😭

Monday, November 18, 2024

Sayap Ilusi

Maksud sebenar disebalik lagu "Sayap Ilusi - Wings"
Selalu juga layan lagu ni tenang & healing juga sambil dgr ptg2 sambil karok dlm kereta lepas balik keja😊...
(Kisah mengenai curahan hati, monolog keCINTAan dan pengabdian Hamba-Nya kepada Allah, hanya kita & Allah sahaja)...


Saturday, November 16, 2024

Episod : "Tempat "Healing" Sang Pendosa"

Entah la, bila makin meningkat usia, tempat ni (masjid) dah menjadi tempat yang menenangkan...

Walaupun ko meluangkan masa berjam-jam (beriktikaf, solat, beribadah dsbgainya), terasa pantas masa berlalu...
Kalau rasa nak "meluahkan", ko sujud @ berdoa je kepada Allah Yang Maha Mendengar.

Kalau nak suntikan motivasi, dengar je Kuliah Maghrib kat sini, ramai je "motivator" /penceramah yang sudi motivate diri kau secara percuma setiap kali dengar kuliah dorang.

Kalau rasa diri penat & lelah dengan dunia ni, percaya la setiap kali ko sujud di tikar sejadah di "tempat ni", automatik ko akan rasa energy dan semangat ko sedang "dicas" laju je secara free je ke dalam diri kau, seolah telefon yang dicucuk cas elektrik...

Doakan semoga saya kekal istikomah...
Amin...
(Pakcik nak balik dah ni sebelum pintu pagar masjid kena kunci😅)...

Episod : "Tumpang Iktikaf"

Tumpang beriktikaf jap😊
(Tak pernah jemu dtg sini sebenarnya, jemaah2 yg datang beribadah/musafir tak pernah putus-putus, disamping keseniaan disebalik rekaan masjid yang unik & sgt cantik + menenangkan, ada bermacam2 program kat masjid ni tidak hanya keagamaan sahaja. Paling kagum bila selalu jumpa pelancong2 asing dtg tergerak hati dorang utk memilih "melancong" ke masjid semoga hidayah dtg menjentik hati mereka, insyaAllah...).
Bukan ape, hari tu Pegawai masjid ni ada offer saya buat video review tentang masjid ni, kalau sempat & ada team, bole la kita plan bagus2 review sama-sama😊.

Episod : "Kasihnya Bapa" Part 2

#KasihnyaBapa
Hantar gurlfren@anak perempuan gi kelas tambahan KAFA UPKK pagi ni, orangnya dah risau takut kena marah ustazah, nasib hujan2 ni ramai x sampai lagi, jalan pun lengang😅.

(Sebagai seorang bapa, ada masanya kita (bapa) akan berperanan mcm Bapa Singa.

Bapa Singa akan membiarkan anak singanya (anak kita) main2 mcm kita abaikan sorang2 dia je berdikari, nampak mcm dia main sorang-sorang je, tapi anak singa ni tak tau yg bapa Singa sentiasa perhati dr jauh, tu sbb bila anak singa ni di hampiri ancaman mcm drp hyena ke, tak tau dtg drp mana, tetiba bapa singa tu (perumpamaan kpd bapa kita) yg datang dulu gi gigit hyena tu.hahaha.. 🤣🤣🤣.. 

Tu sebab kalau nak tackle org perempuan, kena kenali karakter bapanya macammana sbb menurut kajian psikologi, seorang perempuan  akan mencari bakal pasangan hidupnya mempunyai@ yg menghampiri karakter bapanya. Takpun seorang suami perlu cuba wujudkan karakter bapa isteri dalam diri mereka, baru isteri sayang sebab mengingatkan kepada bapa mereka..😊