MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, December 27, 2024

NANTIKAN KAMI DI SYURGA YE ABAH


"Nantikan kami di pintu syurga, abah"
Alhamdulillah hari ini berkesempatan ziarah pusara abadi 2 orang individu hebat yang pernah menjadi tulang belakang saya terutamanya bagaimana menjadi pemimpin, iaitu Bapa dan Bapa Mertua saya yg pernah menjadi pemimpin masyarakat yg disegani. Bila ada masalah di tempat kerja & bila melibatkan masyarakat, mereka lah org paling utama saya akan rujuk & mengadu masalah serta pandangan... 
Skrang Allah dah tarik kembali nikmat berkenaan...

Rezeki Abah apabila pusara abah betul2 berjiran bersebelahan dengan  pusara ibu & bapa abah (walaupun abah pergi dulu, ketika arwah terlantar sakit kalau boleh nak ibunya 24 jam berada disebelahan, kalau bole saat meninggal pun di riba ibunya, tapi alhamdulillah Allah makbulkan arwah nenek (ibu abah) sempat mengajar arwah mengucap di saat-saat akhir hayat arwah di jam 5 pg).. mungkin di atas keberkatan Arwah Abah yang sentiasa tak putus-putus berbakti kepada ibu bapanya (datuk& nenek saya)...
Al-Fatihah...


SEMOGA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI DI SYURGA YE ABAH, insyaAllah... 😭

No comments:

Post a Comment