MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, May 08, 2025

6 STRATEGI BERKESAN KETIKA JAWAB SOALAN TEMUDUGA DAN BERKOMUNIKASI


Berikut merupakan soalan-soalan yang biasa ditanya di dalam temuduga kerja:

1. Bolehkah anda ceritakan sedikit tentang diri anda.

2. Apakah yang menarik anda untuk bekerja dengan syarikat ini?

3. Apakah sebab anda mencari peluang pekerjaan. 

4. Kenapa anda minati jawatan ini?

5. Bolehkah ceritakan kekuatan dan kelemahan anda?

6. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?

7. Bolehkah anda terangkan pencapaian terbaik anda?  

8. Apakah cita-cita anda dalam kerjaya yang anda pilih?

9. Bolehkah anda terangkan tentang jenis tugasan dalam pekerjaan terdahulu anda, serta pengalaman dan kebolehan yang anda perolehi?

10. Bagaimanakah anda menjalin hubungan baik dengan rakan kerja dan penyelia baru melalui komunikasi dan kerjasama

 yang efektif?


Bagaimanakah anda boleh menunjukkan bahawa anda ialah calon yang paling sesuai

untuk jawatan tersebut?

⁠Tunjukkan pemahaman yang mendalam tentang keperluan jawatan dan sampaikan secara jelas bagaimana pengalaman, kemahiran, dan sifat peribadi anda menyokong dan memenuhi keperluan tersebut. Gunakan contoh spesifik daripada pengalaman kerja sebelumnya untuk menonjolkan kebolehan anda. 

No comments:

Post a Comment